Kedai makan Chinese Muslim yang sedap di Seksyen 7, Shah Alam

1:14 PM ida ahmad 1 Comments

Hari ni kami makan di Restoran Haji Sharin Low, Seksyen 7 Shah Alam. Kalau nak rasa makanan chinese muslim sini memang best dan sedap.

Kedainya area kedai Bokitta dan Bella Ammara. Sekarang restoran ni dah tukar nama baru, Restoran Hong Kong Muslim.

Apa kami order hari ni & selalu bila makan di sini ?







Daging KAM HEONG.







Ayam Golden Sand @ Crispu Butter



Sup sayur seeweed.

Ini ja ka ya ada ? Idoller..

Ida share menu ya.. boleh budget siap2 sebelum datang.














Servise kedai ni memang laju. Cuma agak sempit la. Ada ruang yang ber-aircond dan ruang yang tak ber-aircond.

Kalau korang suka Ariani, Jakel atau shopping macam2 lagi brand jubah dan tudung, ha singgah la kedai ni. Area sini memang syurga beli belah wanita yo !

Ida Khairani

1 comments:

Supplemen untuk sakit lutut orang tua yang cepat berkesan

11:18 PM ida ahmad 0 Comments

Satu hari mak bagitau yang mak sakit lutut. Puncanya sebab mak jatuh jatuh katil.

Umur mak dah 70-an maka proses pemulihan tu makan masa. Mak dah consume ostematrix tapi sakit masih belum surut.

Entah mcm mana 1 hari Allah ilhamkan " Apa kata suruh mak try vivix". Padahal sebelum ni paling elak nak amik tau pasal vivix ni sbb paling mahal.

Tapi di sebalik harga tu memang tersorok hasil keberkesanannya. Alhamdulillah lepas amalkan 2 minggu Vivix, sakit lutut mak dah hilang dan mak aktif seperti sediakala..😘😘










Sudahlah mak dah tua, jatuh katil pula tu. Mesti sangat sakit.

Syukur gerak hati anak dan keikhlasannya sanggup usaha beri Vivix dan dengan izin Allah dapat hilangkan sakit lutut orang tuanya.

Macam mana Vivix membantu legakan sakit lutut?

Vivix mengandungi ramuan yang dapat mengaktikan sel, beri tenaga pada sel untuk memulihkan.

Bila usia semakin tua, sel semakin kurang efisyen untuk pemulihan. Walaupun dah ambil kalsium, sel yang sihat dan cergas diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium dan membantu fleksibeliti sendi.

Pilihan terbaik untuk bantu sakit lutut adalah Vivix dan kalsium Ostematrix.

Lagi satu testimonial:





Namun kalau sampai bengkak, tambah Omega Guard untuk turunkan radang. Jika kusyen dan fleksibiliti otot terjejas, top up dengan Colagen Shaklee.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pengedar Shaklee bertauliah ini dan dapatkan konsultasi eksklusif.

Ida Khairani
013.488.2382

0 comments:

Bahaya kalau tak ada plan dan tak kuatkan diri

3:51 PM ida ahmad 0 Comments

Apa jadi bila tak ada plan ?
- melepak & tidur.
.
Apa jadi bila ada plan tapi tak catat ?
- kelam kabut semua nak buat.
.
Apa jadi bila semua benda nak buat tapi tak fokus ?
- akan ambil masa nak buat sesuatu kerja dan tak siap dengan superb.
.
Apa jadi bila imun rendah ?
- senang sakit
.
Semua ni dah tau tapi masih lagi ulang benda yang sama.
.
Change and take control !







.
Kenapa nak kena tingkatkan imun sistem?
.
Kang dah fokus, dah plan tapi asyik sakit ja, tak kemana juga. Orang yang sibuk capai target, orang yang busy, tak ada masa nak sakit.
.
Supplemen for imun booster? Ambillah vit c setiap hari dan nutriferon weekly. Paling koman dah tu.
.
Sayang target dan sayang kesihatan kita.
.


Ida Khairani

0 comments:

Pelik Dengan Pemikiran Trump Terhadap Islam

10:30 AM ida ahmad 0 Comments

Sikap pembuli Donal Trump tak lama lagi akan memakan diri sendiri. Sejarah membuktikan Islam sangat tekankan akhlak mulia. Bila Islam berjaya tawan jajahan Rom dahulu, rakyat agama lain tak ditindas. So saya tak faham, kenapa ada orang yang berdendam sangat dengan orang Islam.

Mungkin kerana orang Islam sendiri yang gagal menjaga agama suci kita. Suka mencanang agama pada tempat yang salah. Atau mungkin juga ektremis dan orang jahat lain seronok menggunakan agama kita sebagai kambing hitam kerana tahu mereka akan terlepas.

Masanya untuk kita kembali memartabatkan agama kita. Menjadi orang yang boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan asing. Kembalikan kegemilangan Islam dengan ilmu dan peradaban bukan menggadaikan agama sendiri.

Jomlah doakan saudara seagama kita mendapat keadilan dan kemenangan.



----

WASHINGTON 2 Feb. - Selepas menandatangani pe­rintah eksekutif mengenai sekatan memasuki Amerika Syarikat (AS) membabitkan kumpulan negara Islam, Donald Trump terus menjadikan Islam sebagai mangsa ‘buli’ apabila pentadbirannya bercadang merombak dan menjenamakan semula program pembanterasan ideologi keganasan.

Program Membanteras Keganasan Ekstremis (CVE) yang sebelum ini memfokuskan kepada apa jua bentuk keganasan tanpa me­ngira latar belakang agama dan kaum itu akan ditukar kepada Program Membanteras Ekstremis Islam Radikal yang secara jelas memberikan tumpuan hanya kepada Islam.

Sumber memberitahu Reuters, melalui program baharu itu, kumpulan pelampau kulit putih yang turut melakukan serangan bom dan melepaskan tembakan di AS tidak lagi menjadi kumpulan sasaran.

Walau bagaimanapun, beberapa penyokong CVE melahirkan kebimbangan bahawa penjenamaan semula program tersebut akan menyulitkan usaha kerajaan be­kerjasama dengan penduduk Islam terutama selepas Presiden AS itu mengarahkan pelaksanaan larangan perjalanan sementara tersebut. Pengarah Dasar Majlis Hal Ehwal Awam Islam, Hoda Hawa berkata, pihaknya telah dimaklumkan pada minggu lalu me­ngenai desakan beberapa pihak dalam Jabatan Keselamatan Negara (DHS) agar CVE difokuskan semula daripada usaha membanteras semua ideologi keganasan kepada hanya pelampau Islam.

“Ini membimbangkan kami kerana mereka menyasarkan kumpulan agama dan menyenaraikan kumpulan ini di bawah kumpulan yang disyaki,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahkamah Persekutuan Los Angeles mengarahkan pentadbiran Trump membenarkan kumpulan pendatang dari tujuh negara berkenaan yang mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki AS.
Keputusan oleh Hakim Andre Birotte Jr. itu menyusul selepas keputusan yang sama dibuat hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di empat negeri yang turut mengehadkan pelaksanaan perintah eksekutif Trump itu.

Mahkamah Persekutuan Los Angeles memberi perincian terhadap penduduk negara-negara terlibat iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen yang berada di luar AS dan cuba memasuki negara ini namun keputusan itu tidak meliputi pelancong, penuntut atau ahli perniagaan yang tidak mempu­nyai visa pendatang.

Berdasarkan perintah sementara mahkamah itu, Birotte memerintahkan pegawai-pegawai AS dihalang daripada ‘memindah, menahan atau menghalang kemasukan plaintif (pendatang) atau mana-mana individu yang mempunyai visa pendatang sah’ yang tiba dari negara terlibat.

Dalam pada itu, Trump memberitahu akan mengkaji semula ‘perjanjian bodoh’ dengan Australia untuk menerima beratus-ratus pemohon suaka.
Menurut laporan Wa­shington Post, pemimpin AS itu dikatakan telah ‘memaki hamun’ Perdana Menteri Australia, Malcom Turnbull dan secara tiba-tiba menamatkan perbualan di telefon.

Trump menyifatkan perbualan antaranya dengan Turnbull adalah ‘yang terburuk setakat ini’.
Berhubung penghantaran ten­tera ke Mexico, kedua-dua kerajaan menafikan wujud laporan yang menyebut Trump akan menghantar pasukan tentera ke negara itu bagi menyelesaikan isu kartel dadah kerana pasukan tentera Mexico tidak melaksanakan tugas dengan baik.
Namun Mexico dan White House menafikan laporan itu.
Sementara itu, Senat AS me­ngesahkan bekas Ketua Eksekutif ExxonMobil, Rex Tillerson dilantik sebagai Setiausaha Negara AS yang baharu melalui 56 undian menyokong berbanding 43 undian menentang.

Tillerson, 64, sering dikritik anggota Demokrat yang memberi amaran pendekatan perniagaan dan kekurangan pengalamannya dalam pentadbiran akan menggugat kredibiliti AS di dunia.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan Florida memerintahkan kelab golf milik Trump membayar hampir AS$6 juta (RM26.6 juta) kepada bekas ah­linya yang menuntut pembayaran balik deposit masing-masing.

SUMBER

0 comments:

Speech Delay? Tak ada hal kalau ibu bapa faham dan sekolah bagus

1:59 PM ida ahmad 0 Comments

Beberapa tahun lepas, bila anak sulung lambat bercakap, kami ada hantar ke speech therapy. 
Oklah, company cover, peace of mind.

Mmg jadi rutin utk ke terapi setiap minggu. Best juga. 

Diorang ajar macam mana kita patut interact dengan anak kita supaya anak rasa motivated untuk bercakap..

Tak ada la asyik nak body language atau bubbling ja.

Bila umur dia 3 tahun +, kami hantar ke sekolah tadika. Dok sebulan tak sampai, kena panggil dengan cikgu.

Diorang rasa anak kami tak sesuai kt situ.

Bukan pasal kacau orang, tapi entahlah diorang aspect budak 3 tahun lebih dah paham bahasa dan boleh follow arahan..

My aspectation pula nak learning through play and have a lot of fun.

Masa ni memang menangis la.. Sebab anak kita tak sama level dengan anak orangkan, kena reject tapi bengang jugalah dengan sekolah tu. Wek :P ( macam bagus sgtkan.. huhuhu )

Bila bawa jumpa Pakar Kanak-Kanak di SJMC masa tu, diorang suggest WQPark, Special School for Rehab. Bila pi survey, yurannya beribu-ribu lemon..

Jadinya kami yg reject sekolah tu.. Haha, sebab tak mampu.. tapi rezeki dan perancangan Allah luas..

Ada rezeki yang Allah beri buat anak sulung kami supaya dapat juga belajar di sana.

Budget very tight. Masa ni memang syukur sebab bisnes yang sekarang ni, bisnes on the go.

Tak perlu nak minta unpaid leave, tak perlu nak hire driver. Masa menunggu anak memang fully utililized utk bisnes online.

Time flies, anak saya Alhamdulillah so far perkembangan baik. Sekolah aliran biasa ja.

Ada saya support juga dengan multivitamin, Mealshakes dan supplemen utk otak, Omega. Saban tahun, prestasi meningkat dan dapat naik kelas.

Aturan Allah dah cantik jadi kami hanya cuba buat yang terbaik juga.

Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: