Review Rumah Sewa Best di Seoul Korea

12:15 AM ida ahmad 0 Comments

Ini rumah kami masa stay di Seoul. Kami Sewa di Gongdeok lepas tak dapat nak cari rumah di Itaewon. Dekat sebulan nak fly baru gelabah. Namun, aturan Allah memang terbaik.
.
Review Rumah Penginapan Kami di Seoul, Korea

Rumah ni lagi best dan berbaloi untuk kami sekeluarga. Easy access ke subway sebab dari subway boleh terus ke level B2 apartment ni. Tak payah menapak turun naik bukit setiap kali nak jalan nak ke subway. Lagipun ada 4 line subway yang lalu stesen Gongdeok.
.
Gongdeok Stesen yang ada line J,A, 6, dan 5 tu.
Jangan lupa download apps 'Korea Subway' ke smart phone untuk mudahkan perjalanan.


Kemudahan Yang Ada di Rumah dan Tak Perlu Nak Berkongsi

- dapur
- mesin basuh
- bilik mandi
- almari baju
- peti ais
- toaster
- microwave
- periuk nasi
- wifi di rumah dan portable so tak perlu roaming boleh guna whatapps everytime.
.

Klik Play untuk Video Keadaan dalam Rumah





Memandangkan kami banyak jalan, jadi ibu dah plan jalan dan lunch di luar siang, dinner akan masak di rumah. Lagipun kesian kat anak2 sehari suntuk sampai ke malam di luar pula kalau dinner di luar. Cuma ada hari-hari yang balik awal, kami keluar dinner di Itaewon dan terus pi melawat tempat ada night view yang cantik.
.
Saja la nak share makanan yang kami bawa dari Malaysia. Hehe... Macam bawa peti ais keperluan 6 hari.

Bekalan Makanan ke Korea. Sesuai untuk Non-Backpacker Sahaja. :D

.
- Roti ( 2 buku panjang )
- Nuttela (plan ja tapi tertinggal )
- Susu anak mix siap2 dengan Mealshakes
- Biskut yang banyak utk snack masa berjalan-jalan dan kundapan di rumah
- Air kotak ( 1 sehari seorang ). Selamat bawa sebab anak tak suka susu pisang tu kecuali Iman. Ini khas untuk masa siang ja waktu jalan2. So di rumah tu sorokkan.
- Teh
- Gula
- Beras secukupnya
- Sambal Bilis Pahang
- Jem Strawbery & Mentega mini size tapau dari flight.
- Cadburry drink 3 in 1. Ok yang ni kami minum time holiday ja sebab 3 in 1 tak bagus tau.
- Spagetti
- Sos Carbonara
- Mee Segera 5 bungkus :P ( Ramen pedas pun tak pernah makan lg😂 )
.
Rasa over juga tapi Alhamdulillah anak2 cukup makan dan tak buat perangai. Cubalah bayangkan, baru ja mula perjalanan dah minta makan. Memanglah kalau bawa budak, sila bawa snacks secukupnya. Lagipun kedai banyak sangat dalam stesen subway tu. Tu yang membuka selera tu.
.
Anyway, Ida sukalah rumah kami ni. Kalau korang nak book rumah di Seoul boleh book di airbnb ikutlah kriteria dan budget masing-masing. Boleh explore dan register di link AirBnb ni.

Oh ya, rumah ni ada 1 katil dan satu sofa yang boleh tukar jadi sofa. Kami suami isteri dan 3 anak memang sesuai la.

Ida Khairani
November 2016
Autumn Adventure in Seoul Korea.

0 comments: