Pengangkutan & Apps Yang Penting Semasa Holiday di Korea

11:26 AM ida ahmad 0 Comments

Untuk yang plan nak ke Seoul, pengangkutan awam atau public transport memang banyak, mudah dan BERSIH. Kalau pilih bergerak dengan subway atau bus awam, guna T-Money kad lebih murah berbanding bayar cash setiap kali naik. Sebab ada diskaun.

T-Money Kad untuk bayaran semasa naik pengangkutan awam di Seoul. Yang bergambar tu dapat free dari Korea Tourism di Malaysia.

Untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah free untuk subway tapi hari tu Iris pun free ja bila kami bagitau umur dia dah 6 tahun. Syok la.

  • 6-12 tahun, 450 won / per 10km.
  • 12-18 tahun 750 won / per 10km.
  • 19 tahun - Dewasa 1250won / per 10km.
  • 10km berikutnya tambah 100won.


Boleh beli t-money kad di kaunter informasi KTX, mesin di stesen subway, convenient shop macam 7 Eleven & G25. Kalau nak dapat t-money card ni free boleh baca entry ' Cara nak bergerak di Seoul dengan jimat' ni.

Prepaid kad naik subway ni seoul
Yang tulisan Korea tu kami tukar di Korea sebab T-Money kad kami dapat tu rosak. Duit akan ditransfer dalam kad baru.

Cumanya untuk dapatkan rate kanak-kanak tu kena register kad tu di information center di kaunter KTX di subway. Isi nama dan birthdate anak ja. Kalau tak register, kad tu flat rate ikut adult rate ja.

Tak susah sangat nak jalan2 naik subway sebab signboard di subway ada English walaupun banyak line. Kalau dalam bas, horror sikit cuma ada bahasa Korea sahaja kecuali kalau nasib baik ada bas yang ada board English dan kemungkinan besar tersalah arah. Kalau naik bas arah bertentangan memang tragik weh, macam kami. Dah sampai malam baru tahu salah arah.

Sila translate.. haha!! Ini adalah route map bus yang boleh menguji minda.

Kalau bawa parents kita yang tua, memang kena kuat jalanlah sebab subway ni bertingkat-tingkat dan perlu tukar2 line. Banyaklah berjalan walaupun dalam stesen subway sahaja. Jangan lupa bawa Ostematrix kalsium tau tapi orang Korea yang tua2 pun ramai naik subway. So sure orang Malaysia pun Boleh !!!

Signboard di Subway Korea ada dalam English jadi tak ada masalah.



Arah subway dan stesen seterusnya di tulis dengan jelas. Harap jangan salah arah juga.
Pilihan lain boleh naik teksi. Teksi pun tak mahal sangat. Start dengan 3000won dan akan naik ikut kilometer dan boleh juga bayar dengan t-money card. Kalau rasa susah nak cakap sebab orang sana tak ramai boleh cakap English dan bahasa Korea pula bunyi lain dari ejaan, bawalah map dan tunjuk pada diorang . Untuk bercakap dengan orang awam boleh download apps ni.


  • Google Translates: Guna speaker phone untuk bagi diorang dengar sendiri kalau kita dok cakap diorang tak faham2.


Applikasi yang Ida download dan guna semasa di Seoul.

  • iTour Seoul - ada maps dan navigation sebab waze kat sana tak jalan sangat.


  • Korea Subway - boleh pin point untuk start stesen subway dan ens stesen sunway so boleh bantu beritahu nak tukar subway di stesen mana.


  • Korean - apps untuk simple dan common perbualan pendek dalam bahasa Korea.

Oklah, selamat jalan-jalan di Korea. Pastikan korang bersedialah untuk berjalan banyak kalau pilih pengangkutan awam ni. Kalau bawa anak, kena ada snack untuk kundapan dan minuman juga. Kalau tak mengamuk diorang. Boleh guna google translate untuk translate ingredient kalau mahu membeli.

Happy Holiday !


Ida Khairani
Seoul Autumn Adventure

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: