Cara Nak Jalan-Jalan Korea dengan Lebih Jimat dan Teratur

12:37 AM ida ahmad 2 Comments

Hari tu Ida ada bagi Tip Cara Nak Pilih Penginapan Best di Korea. Kali ni Ida nak share Cara Nak Lebih Jimat Bila ke Korea ! Suka la tu...

Korang boleh ke website ni http://www.visitkorea.com.my

Booklet dan T-Money Card yang akan guna bila naik public transport di Seoul


Kat website ni Korea Tourism offer, siapa yang register jadi ahli 'Kaki Korea Club' dan buat sikit survey, dapat for FREE
T- Money dengan 2000 won credit.
Booklet yang banyak diskaun and freebies.

Apa yang diperlukan untuk dapat free T-Money Card dan Booklet Korea

Selain tu, ada lagi offer dari company lain macam yang ni. Mereka bagi pinjam smart phone dan data free sepanjang 5 hari di sana. Ops, utk 250 weekly lucky winners ja. Ni dah bagitau ni, mesti korang lucky punyalah. Bukan ramai yang tau pun.

Smart Phone Free :O

Bila Ida nak pi ambil T-Money Card dan booklet di Korea Plaza dekat Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee, banyak lagi booklet lain yang sempat Ida grab. Info2 dari booklet ni la yang sangat membantu Ida plan itinerary sepanjang di Seoul nanti. Mana yang ada offer baik punya, kita masuk list.

Booklet Korea ni sangat best !

Sebab ringan mulut bertanya, Ida juga dapat booklet Halal Korea ni tapi no worry, korang boleh download softcopy di link ni, 'E-book Restaurant Halal Korea'. Bolehlah makan dengan lebih tenang, tanpa rasa was-was.

Senang kalau ada buku ni atau download apps Halal Korea di smartphone Koran.

Restauran2 ni ada juga yang join Halal Fest. Jadi boleh dapat offer. Cuma diorang tak bagi kupon diskaun sejak di Malaysia, tapi kena tuntut booklet di Incheon Airport nanti dan beberapa tempat. Cuma perlu tunjuk gambar kupon ni ja.

Kupon untuk dapatkan booklet disdain restaurant halal di Korea


Ni nak tunjuk gambar2 makanan yang Ida snap di Korea Plaza. Mana yang halal, bolehlah Ida test nanti di sana.


So, bila dah ada niat nak ke Korea, jangan lupa ke website visitkorea tu tau. Macam-macam ada..

Team ibu ke Seoul Korea



Ida Go Travel
www.idakhairani.com

www.mysupervitamins.com

2 comments:

hanie said...

Wah bestmya..tq ida kongsi tips ni..dari prancangan ke jepun tukar ke korea la pula

Aya Chalo said...

Bestnya. Mmg jimat banyak ni. Terfikir pula kat KK ada ka Korean Plaza ni. Hihi..