Cara - cara nak hadiri speech dan occupational therapy untuk anak.

4:52 PM ida ahmad 1 Comments

Antara khidmat sukarela saya adalah konsult parent yg ada anak speech delay dan kenal pasti tanda2 awal anak autistic, selain dari Pengedar Shaklee yang sah.
.
Percaya ka? .
.
.

Tak ada tauliah pun. Nantilah ada kerajinan kita p sambung belajar. Ini cuma sedikit pengalaman saya.
.
Cara - cara nak hadiri speech dan occupational therapy untuk anak.
.
1. Bawa anak ke klinik, nyatakan concern anda dan minta surat reference ke hospital.

2. Jumpa pakar kanak-kanak hospital & mereka akan refer ke therapist plk.

3. Kalau hospital ada speech & occupational therapy, akan ada quentiore utk parents isi utk kenal pasti ciri-ciri anak macam di Sime Darby Medical Center, Subang Jaya.

4. Kalau mmg ada speech delay & hanya ada speech therapy ja di hospital tu, terus la set appointment mcm di DEMC, Shah Alam.

5. Hospital kerajaan maybe dpt sebulan sekali & selebihnya kena rajin apply di rumah.  

6. Hospital swasta bayaran mungkin sekitar > 90 ke atas persesi. Call utk cek sama ada hospital tu ada terapi tak sebab tak semua hospital ada. So pilih hospital yg ada pakar kanak-kanak & terapi utk dirujuk sejak di klinik lagi. Ada company insurans yg cover terapi kanak-kanak, so tanyalah dulu.

7. Sesi terapi selalunya parents akan join utk belajar sama dan apply di rumah. 1 sesi selalunya sejam.
.
All the best ! 

" Early Intervention Makes a Huge Difference for Autistic Children "


Ibu,
Ida Khairani 

http://www.mysupervitamins.com


1 comments: