Nak didik anak penyabar, ibu pun haruslah penyabar juga

6:17 PM ida ahmad 0 Comments

Saya baru baca buku kisah arwah Ammar.. Baru baca bab memori kawannya di sekolah rendah.
.
Pernah sekali ada budak darjah 2, tertumpahkan kuah sup di atas kasut Ammar. Ammar tak marah, sebaliknya tolong angkat mangkuk dan minta budak tu p beli baru. 
.
Baiknya akhlak, penyabar dan tak mudah marah.
Saya kenangkan perangai anak2 saya. Aduh, yg tua suka marah yang muda. Pantang salah sikit.
.
Malunya.. Saya juga teringat ada marah anak bila anak saya beritahu adiknya berak pada masa kami kelam kabut nak keluar. Saya pun dalam geram, terus ke toilet bukakan pampers adiknya. Sekali tak ada apa.
Kena marah anak yang salah mereport tu. Berderai air mata walahpun saya tak la menyinga sangat.
.

.
Bila baca kisah arwah Ammar. Saya insaf. Nak anak penyabar sepertinya, saya sendiri perlulah jadi contoh seorang penyabar dahulu.
.
Ok, lepas ni.. Ibu akan cuba lebih tenang. Explain dgn tenang dan jelas. Anak2 ni ada yg jenis sensitif, cepat ja berderai air mata. Kesian mereka. Sorry, ibu cuba perbaiki dan tunjuk contoh lebih baik.

0 comments: