Projek jahitan senang sarung kusyen

5:16 PM ida ahmad 0 Comments

Projek hari Ahad ibu! Ibu suka tengok kertas dan kain cantik-cantik tapi tak pandai menjahit sangat. Dalam tak pandai tu pun, gigih beli mesin jahit juga beberapa tahun lepas. Mesin jahit yang dah lama jadi tukun, 2 minggu lepas di warming up kembali.

Lepas di polish polish, terhasillah sarung kusyen. Haha!! Sarung kusyen @ bantal senang ja nak buat. Yang xada zip la. Yang ada zip, lupa dah macam mana nak buat:P. Yang ni tak ada mesin jahit pun boleh buat insyaAllah. Sesuailah untuk projek beginner a.k.a newbie tapi akak bukan newbie. Cuma skill dok tara tu ja. Bilalah nak dapat jahit baju kurung sendiri kalau tak belajarkan.

Walaupun comot dan simple, syok weh tengok hasilnya.

Sarung Kusyen Panjang

Ini lebihan langsir. Kain ni sesuai buat sarung kusyen. Ini kusyen yang jenis panjang tu. 

Pelapik dulang

Ini pula lapik dulang. Senang ja. Jahit keliling ja. Malas nak buat bujur. Kekeke. Macam ni pun orang dok jual RM2-10 juga. So eloklah guna apa kain2 yang ada untuk tambah koleksi.

Penyakut langsir.
Ini pula projek sebaik saja mesin jahit tu di ON beberapa hari lepas. Penyangkut langsir namanya. Special sikit sebab 2 sided berlainan corak. Unik la sikitkan. Terbuktilah handmade-nya di situ.

Penyangkut langsir

Bukan pakai kain lain pun. Cuma terbalikkan kain yang sama ja sebelum jahit tu.

Penyakut langsir 2 muka .. ewah 

InsyaAllah lepas ni terjahit la seluar2 yang terkoyak yang kupejam mata ja sebelum ni.


Ibu Expression,
Ida Khairani

0 comments: