Percutian percuma ke Bangkok untuk ahli Shaklee baru yang komited !

4:07 PM ida ahmad 0 Comments


Bertuah sangat siapa yang join shaklee sekarang kerana Shaklee beri peluang terbaru bukan saja double up bonus malah dapat free trip ke Bangkok !!!!

Berminat nak tau dan sertai kami, hubungi Ida 013 488 2382 ok.

Dulu kami tak ada tau. Ini new incentive..

0 comments:

Resepi cup cakes tanpa oven hanya microwave

4:42 PM ida ahmad 0 Comments

Nak tahu resepi cup cakes paling senang dan dimasak hanya guna microwave?

Resepi ni jadi viral di FB.


Ini resepi cup cakes senang dan lazat ni. Hari ni ibu tambah topping whip cream!

4 sudu besar/makan/tablespoon milo/coklat
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar susu cair
1/4 sudu teh baking powder
1 biji telur
1/4 sudu teh esen vanila jika suka
Coklat chip/badam/kismis jika suka

Gaul semua dalam bekas dan tuangkan ke dalam acuan cup cake atau cawan/mangkuk tahan microwave

Reheat selama 3 minit. Bukan setting defroze ya.

Siap!

Boleh tambah topping suka hati jika suka.

Credit: Pemilik FB Idayu Shuhada.

By:
Ida Khairani

Shaklee Distributor Pilihan Ramai www.mysupervitamins.com

WAHM
www.idakhairani.com

0 comments:

Projek jahitan senang sarung kusyen

5:16 PM ida ahmad 0 Comments

Projek hari Ahad ibu! Ibu suka tengok kertas dan kain cantik-cantik tapi tak pandai menjahit sangat. Dalam tak pandai tu pun, gigih beli mesin jahit juga beberapa tahun lepas. Mesin jahit yang dah lama jadi tukun, 2 minggu lepas di warming up kembali.

Lepas di polish polish, terhasillah sarung kusyen. Haha!! Sarung kusyen @ bantal senang ja nak buat. Yang xada zip la. Yang ada zip, lupa dah macam mana nak buat:P. Yang ni tak ada mesin jahit pun boleh buat insyaAllah. Sesuailah untuk projek beginner a.k.a newbie tapi akak bukan newbie. Cuma skill dok tara tu ja. Bilalah nak dapat jahit baju kurung sendiri kalau tak belajarkan.

Walaupun comot dan simple, syok weh tengok hasilnya.

Sarung Kusyen Panjang

Ini lebihan langsir. Kain ni sesuai buat sarung kusyen. Ini kusyen yang jenis panjang tu. 

Pelapik dulang

Ini pula lapik dulang. Senang ja. Jahit keliling ja. Malas nak buat bujur. Kekeke. Macam ni pun orang dok jual RM2-10 juga. So eloklah guna apa kain2 yang ada untuk tambah koleksi.

Penyakut langsir.
Ini pula projek sebaik saja mesin jahit tu di ON beberapa hari lepas. Penyangkut langsir namanya. Special sikit sebab 2 sided berlainan corak. Unik la sikitkan. Terbuktilah handmade-nya di situ.

Penyangkut langsir

Bukan pakai kain lain pun. Cuma terbalikkan kain yang sama ja sebelum jahit tu.

Penyakut langsir 2 muka .. ewah 

InsyaAllah lepas ni terjahit la seluar2 yang terkoyak yang kupejam mata ja sebelum ni.


Ibu Expression,
Ida Khairani

0 comments:

Kanak-kanak dan menyorok dalam almari..Berpisah tiada

8:21 AM ida ahmad 0 Comments

Almari memang sudah legend jadi tempat sembunyi zaman kanak-kanak. Nampaknya dah tiba masa anak-anak pula. Teka dalam gambar ni ada berapa orang dalam almari?


menyorok dalam almari
Kenangan kanak-kanak
Ha.. sebenarnya Iris pun ada di belakang Iman tu? Masa solat atau lepas solat memang budak2 suka melepak dalam tu.

Selain itu, almari juga jadi tempat menyorok barang mainan dan masukkan apa yang anak-anak rasa muat walaupun kita ibu bapa ni rasa tak muat.

Kanak-kanak dan almari


Ida Khairani

www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

D.I.Y Roadmap untuk anak-anak

11:01 AM ida ahmad 4 Comments

Kalau ada kotak kadboard di rumah, memang otak berlegar ja nak buat apa. Macam-macam boleh buat. Kali ni kita buat peta besar punya. Anak-anak pasti boleh join melukis dan mewarna dan enjoy main lepas tu. Dah besar gabak ni, banyaklah ruang untuk main-main. Kuranglah sesi bergaduh rebut kawasan.
diy-racetrack-untuk-anak-anak
Jom lumba!
Lawa belakang kira, janji anak-anak pun boleh sama-sama warna.

aktiviti-diy-untuk-anak
D.I.Y road map untuk anak-anak ibu main

Untuk warna, kami guna color pensel dan krayon. Untuk tulisan kami highlight dengan magic pen dan pen marker.

diy-peta-untuk-anak
Giants menyerang!
Kami lukis banyak kemudahan asas di peta ni seperti hospital, balai bomba, balai polis juga restoran, bengkel, kedai kek. Tak lupa stesen keretapi, rumah sendiri, rumah tuk dan rumah mak tuknya. Semua label ibu tulis dalam Bahasa Melayu sebab in English dah banyak sangat. Lagipun nak kukuhkan BM anak-anak ibu ni.

dig-roadmap-for-kids
Kereta giant mengganas!!!
Ini memang hobi Nuh Iman. Langgar kawasan dengan push car.

Selamat Mencuba!


Ida Khairani

www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

4 comments: