Resepi Choc Chip Muffin Yummy

5:22 PM ida ahmad 0 Comments

RESEPI CHOC CHIP MUFFIN

BAHAN-BAHAN

250 gram tepung gandum 
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 -3 sudu besar serbuk koko 
175 gram gula kastor
150 gram choc chip
250 ml susu segar @ susu cair
90 ml butter yg dicairkan 
1 biji telur bersaiz A
1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.

2. Masukkan juga gula ke dalam adunan tadi. Ketepikan.I 

3. Pecahkan telur di dlm mangkuk kecil yg lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur kuning telur dan putih telur. Ketepikan.

4. Masukkan susu cair ke dalam bekas tepung secara sedikit demi sedikit sambil digaul rata (menggunakan senduk kayu).

5. Masukkan teur, butter cair @ minyak dan esen vanila. Gaul lagi.

6. Masukkan pula chip coklat @ choc rice sambil di gaul sederhana.

7. Panaskan oven dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.

8. Masukkan bacuhan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh 

9. Taburkan sedikit choc chip di atasnya sebagai hiasan. Tak letak pon tak pe, sebab di dalam adunan pon dah ada terlalu banyak chips.

10. Bakar selama 20 minit.



Resepi ni dari facebook. Saya lupa sumbernya. Kalau jumpa, saya akan edit dan credit balik.

Choc cihip saya guna hanya 50g sebab tu tak meroah sangat. Semua selindung dalam muffin lagi. :D

Ida Khairani


0 comments: