Tanda-tanda dan Video fisio di hospital untuk anak yang kena pneumonia

12:22 AM ida ahmad 0 Comments


Raya tahun ni, akibat lemang dan rambutan, ramai pula anak-anak kawan yang masuk hospital akibat sesak nafas, batuk berkahak dan radang paru-paru. Selalu orang tua yang kena pantangkan. Lain pula kisah Nuh Iman, sejak dua minggu sebelum raya, ada 2 kali dia demam dan selang seli dengan batuk dan muntah even tengah tidur. Sampai hari kami nak balik raya, petang tu dia demam tiba-tiba.

Kabus-kabus kat paru-paru tu tunjukkan tanda-tanda pneumonia


Jadi, kami ambil keputusan untuk teruskan juga balik kampung dan bawa ke hospital di kampung ja. Klinik pun dah pergi 2 minggu lepas dan dapat antibiotik untuk 5 hari tapi sakitnya berulang. Hasilnya, buat pertama kalinya, Nuh Iman terpaksa admitted hospital selepas usia cecah 1 tahun 7 bulan. So far, Imanlah yang pecah rekod adik beradiknya. Kesian, muda-muda lagi dah kena admitted. Ibu redha ja la sebab kesian juga tengok Iman asyik muntah ja sebab kahak yang banyak.

Penyakit biasa di bahagian paru-paru dan saluran pernafasan termasuklah bronchitis, pneumonia dan brochiolitis

Doctor suspected Iman pneumonia minta untuk jalani xray. Masa datang, Iman masih demam.

Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Alveoli bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit.

Air Sacs juga dikenali sebagai alveoli


Hasil X-Ray bertulis seperti gambar bawah ni, "Pneumonia is considered". Gambar X Ray nya yang kat atas sekali entry ni. Doktor cadangkan antibiotik disuntik terus ke darah supaya lebih accurate dan berkesan berbanding antibiotik oral. Selepas tu, kami pun balik dan tunggu call dari hospital bila bilik ready.

 Ini result x-ray Iman.

Kami check in pukul 9 malam. :D Dr. beriya minta dihabiskan antibiotik selama seminggu untuk pneumonia. Hoho!! Habis cuti raya kat hospital ja la. Malam tu, Iman diambil darah dan proses untuk injeksi intravena untuk masukkan antibiotik dibuat tengah malam tapi rutin antibiotik start esok pagi.

Setiap kali check suhu Iman memang tak demam tapi still dapat ubat demam, batuk dan selsema. Huhu.. Muntah pun dah stop. Alhamdulillah. Cepat juga dia serasi dan recover. Setiap hari ada fisio percussion yang longgarkan kahak di paru-paru.

Untuk pengetahuan ibu abah sekalian, tanda-tanda awal Pneumonia adalah :

  • batuk
  • demam
  • muntah
  • sesak nafas @ sukar bernafas
  • bernafas laju
  • sakit dada
  • bila bernafas pula, boleh nampak sedikit tenggelam di bahagian antara bawah dada dan di atas perut.


Walaupun Iman tak ada banyak tanda-tanda Pneumonia cuma demam, batuk dan muntah, tapi X-Ray tunjuk ada radang di paru-paru. Sini ibu nak share video fisio untuk radang paru-paru atau kalau kahak banyak selalu hospital dan klinik akan buat.


Ini tepukan percussion untuk kurangkan pneumonia. Tangan kena dalam bentuk cupping. Tepuk kiri dan kanan dada untuk 15 minit depan dan 15 minit belakang badan. Mula-mula kena balut Nuh Iman ni. Kalau budak dah biasa tak perlu dibedung pun. Fisio ni iman kena buat pagi dan petang.


Jangan makan dan minum sejam sebelum terapi ni untuk elak muntah. Tapi ada sekali tu setengah jam sebelum terapi, Iman ada menyusu tapi tak muntah mungkin sebab Iman dah memang semakin pulih.


First time buat terapi, kahak disedut untuk dibuat ujian.
Lepas tu cuma tepukan, kahak dah tak sedut.



Selain terapi percussion, Nebelulizer pun membantu proses pemulihan radang paru-paru @ pneumonia ni. Nurse soh ibu buat sendiri sebab kata mereka, budak2 selalu dengan nurse pun takut. So, first for both of us. Mula-mula memang Iman reject. Pertama kali dalam hidupkan.. Huhu.. Kadang2 ok, kadang dia tak nak. Selalunya tak nak. Neb bertujuan untuk cairkan kahak dan lancarkan pernafasan. Waktu tidur pun boleh buat sebenarnya. Janji diorang sedut wasap berubat tu. Kalau jaga, dia demand buat neb sambil menyusu. :D Bolehlahhh...

Iman discharge awal dari yang dirancang doktor. Admitted hari Selasa malam .Jumaat pagi dah boleh keluar. Sebenarnya doktor asal cuti raya. Doktor ganti check semua ok so dia release masa hari raya pertama tu. Iman konsisten tak demam sejak Rabu dan paru-paru pun totally clear. Jadi kena sambung antibiotik oral di rumah. Since Iman kena cirit birit teruk kesan dari antibiotik, doktor bagi probiotik sekali.

Antibiotik yang Iman terima ada 2 jenis. 1 cucuk masuk kat darah terus. 1 drip. Yang drip, sehari sekali. Yang cucuk terus 2 kali sehari. Tak ingat pula nak check namanya. Rutin antibiotik ni cuma 2 hari, Rabu dan Khamis. Lepas tu, doktor bagi antibiotik Zinnat pula, untuk 5 hari lepas discharge.

Antibiotik untuk membunuh bakteria jahat. Pada masa sama, bakteria baik pun dibunuh. Jadi probiotik membantu galakkan pertumbuhan bakteria baik kembali. Bakteria baik ni penting untuk kesihatan usus. Kalau tak cukup, tu yang kesan cirit birit tu.

Hasil ujian darah tu, Iman negatif untuk 3 jenis bakteria punca pneumonia. Virus pun tak jumpa kat kahak. So, adakah Iman betul kena Pneumonia? Doktor kata, ujian-ujian tu tak cover semua jenis bakteria dan virus. Since perkembangan positif lepas diberi antibiotik, kata doktor memanglah bakteria puncanya cuma tak dapat detect bakteria apa. Vaksin pneumococcus pun dah ambil 3 dos sebelum ni. Mungkin sebab itu, Iman cepat recover.

Anyway, semua dah selamat. Iman pun dah sihat sejahtera dan aktif berhari raya. Alhamdulillah. Untuk tahu cara buat terapi percussion dan steaming untuk keluarkan kahak di rumah sebelum melarat, boleh baca sini.


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: