Hadiah Contest Baby Comel yang pertama

6:31 PM ida ahmad 0 Comments

Minggu lepas Nuh Iman sertai Contest Baby Comel di butik baju ibu menyusu yang baru dibuka di Seksyen 7, Shah Alam. Saya ada tulis tentang butik nursing baju yang best ni di sini. Kami memang pi masa grand opening jadi banyak offer, contest dan dapat free goodies.

Alang-alang, saja la join contest baby comel. Beberapa hari lepas mereka announce pemenang di Instagram AlmariBajuByAdrinis dan tak sangka rezeki Nuh Iman. Ini first time Iman join. Nazhan dan Iris pun tak pernah join sebelum ni. Maklumlah ibu 'rajin' sangat. Selalu sampai kat isi form ja la. Then soh hantar gambar.. hmm.. hareemm..

Kali ni senang gila cara join. Ambil gambar dan send to whatapps diorang. Tak payah nak caption2.

Gambar dari photographer hebat, ibu Nuh Iman :))


Jadi, hari ni ibu pun pi la Seksyen 7. Weekend memang azab la pi sana tambah2 nak raya ni. Hot spot ok. Macam sardin dengan orang dan kereta. Jadi, ibu decide p ambil hadiah hari Isnin.

Nak tahu hadiah apa? Hehe.. Iman dapat angpau duit raya awal dari butik nursing baju tu. Dah kata butik baju menyusu, ibu pun dapat tempias. Dapat lagi blouse menyusu. Raya sakan la ibu dengan blouse ya. Walaupun tema tahun ini 'recycle', nampaknya rezeki dapat blouse baru pula. Alhamdulillah.



Namuuuunnnnnn, malang tidak berbau. Alang2 tak sesak hari Isnin ni, ibu pun panjang kaki pi cari baju raya kat Nuh Iman. Kami nak cari jubah raya untuk dia. Sebab memandangkan kami guna tema 'recycle', Iman tak ada baju untuk di recycle.

Sekali dapat surat cinta pula dari MBSA sebab terlupa letak kupon parking. Ish ish.. serius bukan niat nak cilok tapi betul2 terlupa nak letak kupon tu. Maybe sebab dah lama tak keluar time weekdays terus tak menjadi habit untuk letak kupon tu.

Jadi, lepas dapat surat saman kami pun terus cari tempat bayaran saman. Tak apalah.. Allah bagi rezeki kat lain, dia tarik kat tempat lainkan. Belakang saman tulis ada cawangan Setia Alam. Call orang MBSA cawangan Setia Alam minta direction. Katanya dari KFC Setia Alam(KFC sebelah kiri), terus ja di traffic light tu kemudian ambil U turn. MBSA ada di sebelah kiri lepas U Turn. Oh no no, sebenarnya sampai hujung baru u-turn ya.  Akak dah ber u-turn u-turn tadi sebab tak ada pun lepas 1 st u turn.

Faham ke idak? Tak faham, tanya ya. Hahaha !!! Orang Setia Alam mesti tahu insyaAllah. Orang Bandar Bukit Raja ja tak berapa nak tahu. Hehe.. Kenapa beriya sangat bayar saman awal? Sebabnya kalau bayar dalam tempoh 24 jam, RM10. Kalau dalam masa 14 hari, RM30, kalau dalam masa bulan RM50. Kalau lebih dari tu RM100. Kopak ! Dalam bulan puasa sampai raya pula, MBSA tengah offer less 50% kalau yang settlekan saman lama.

Best tak hadiah? Tak apalah.. mood still mantap ni walaupun dah pukul 5 belum masak menu berbuka. Hari ni kita masak kurma ya. Bukan guna buah tamar tapi guna perencah kurma. Kita kombo kurma ayam dan telur ok tak? Haha, oklah. Tak pernah orang buat, kita buat k.

Ida Khairani www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: