Saat indah saya bersama Peanut Butter

12:07 PM ida ahmad 0 Comments

Ini kisah lama saya, masa saya berusia 13 bulan. Kami ada troli best di rumah kami. Ibu letak biskut, roti, nuttela dan peanut butter di situ. Suatu malam, sedang ibu dan abah tak sedar, saya cuba nasib membuka botol peanut butter.

Pusing punya pusing, penutup terbuka. Waaahhhhh !!! Bulat mata saya tengok dalamnya. Excited, seronok dan menyelerakan. Perasaan saya bercampur-campur. Saya masukkan tangan, genggam peanut butter tu, keluarkan tangan dan masukkan semuanya ke dalam mulut.

Kantoi !



Ya Allah ! Sedap gila !!! Kemudian saya teruskan lagi. Ibu dan abah tak perasan sebab asyik bersembang. Saya juga bagi pipi dan baju saya rasa apa yang mulut dan perut saya sedang nikmati. Mereka turut sukakanya !!! 

Ya, ada pa??


Tiba-tiba, gambar saya diambil. Argghh !!! Ibu abah dah sedar projek diam-diam saya. Gambar saya diambil berkeping-keping. Mereka bagi saya makan sikit lagi. Namun, itulah kali terakhir saat indah saya bersama peanut butter. Sejak malam tu, ibu dah ubah kedudukan peanut butter di tingkat atas troli tu. Bye bye peanut butter yang sedap. Gonna miss u.


Hmm.. hmm..dapnya.. Mana boleh stop ni ..


- by Nuh Iman.

0 comments: