Perkembangan anak 1 tahun 4 bulan

11:41 PM ida ahmad 2 Comments

Perkembangan anak 1 tahun 4 bulan @ 16 bulan, anak ketiga ibu, Nuh Iman.

Iman ni kadang-kadang eh selalu sangat buat ibu penat.. Tapi ibu redhakan ja lah.. Syok juga tengok dia explore macam-macam. Otak lebih cerdas dan boleh latih motol skill! Yang paling penting, aktiviti mengemas dan angkat turun dukung Iman tu lah yang bantu ibu excercise dan kuruihhh..!!!

Ini perkembangan yang dah beberapa minggu lepas..


1. Tutup toilet bowl. Panjat kerusi kemudian panjat atas toilet bowl dan flush. Dia geram tengok orang flush.. macam best ja tapi ibu tak bagilah.. Sekali dua ja dia buat, ibu dah tak kasi chance.

2 Buka tutup suis dan plug. Scary ok ! So far selamat lagi. Kami tak pakai penutup plug sebab dia memang suka tutup buka plug yang tengah guna juga. Jadi suis ibu cover dengan kerusi & boxes yang berat. Iron pun kena simpan tempat tinggi. Kalau tak, tak sedar dia boleh p cucuk sendiri. Dia sangat cepat meniru !!!


3. Tarik tong beras keluar dari kabinet dapur. Kena lock kabinet kalau tak kenduri!!!

4. Kalau tak letak Nuh Iman dalam car seat, dia akan panjat seat belakang kereta ke tempat letak barang ... pi mai pi mai dengan heaven sekali. Kita yang cuak masa memandu. Kalau keluar taman, memang fasten seat belt.

5. Panjat motor abah! Dia tolak kerusi kecik dan panjat relax ja tanpa rasa bersalah.

"Taklah susah pun nak panjat motor ni rupanya"


Setiap hari ada ja benda dia discover. Ini apa yang ibu cerita kat abah sepanjang abah tak ada 2 minggu ni ja dan sehingga usia cecah 1 tahun 4 bulan.

1. Dah panjat baby coat sendiri  !!!!.. Tarik kerusi kerja ibu dan guna untuk panjat ke baby coat & dah jadi tempat main. Padahal baby coat tu tak pernah pun dia tidoq dalam tu. Jadi tempat letak barang ja. Kukuku!!

Syurga baru


2. Panjat baby coat dari arah katil, ke meja (abah)dan ke baby coat. Raga baju yang di atas meja dah main sepah2. Ibu surrender. Malas nak lipat 18x.

3. Dah pandai buka pintu stor. Dia tolak kerusi meja makan & capai tombol. Dia tau dalam tu ada penyapu. Dah jadi alat mainan dia. Dulu tak bagi dia main sebab dia suka pegang bahagian bawah penyapu yang kotor tu. Since dia dah tak main bawah tu, so ibu bagilah dia 'tolong' sapu.

Is in my blood


4. Dah pandai buka pili air di bilik mandi.

5. Dah pandai guna getah paip air yang jenis spray. Sebelum ni dia tunjuk2 ja tapi jari masih tak kuat nak tekan. Bila dah terror, kena memancut2 ja la air tu.

6. Yang tak syok, suka panjat meja tulis ibu dan kacau board ibu selain punggah pen2. Why anak why?

7. Main printer and sorokkan benda dalam printer tu. Aritu remote aircond hilang. Nak guna printer baru jumpa remotenya.

8. Buka penutup tumbler air. Oklah minum sendiri. Yang tak bestnya, suka masukkan benda dalam air, cawan or tumbler. Rugi airrrrr !!!! Ibu terpaksa tak isi tumbler penuh. Kalau tak, alamat memang kena buang bila iman mula-mula minum dan diakhiri dengan ada benda di dalam tu.

Mana satu hujung, mana satu pangkal?


9. Dah pandai tukar channel astro dari decoder... Sehari ja la.. Lepas tu astro dah officially terminate. Dia pun dah tak tekan2.

10. Suka duduk atas abang bila abang meniarap. Yang ni Sweet !!!

Kudaku statik gagah berani


Semoga membesar bagai juara, Nuh Iman! Paling aktif dan paling banyak akai.

Tip: Luangkan masa kualiti dengan anak 10-30 minit sehari kalau busy sangat pun. Fokus hanya untuk dia, main, sembang dan galakkan fizikal aktiviti. Lihatkan perbezaan yang terjadi! Kalau kita busy sangat dan xsempat nak luangkan masa untuk anak, malam2 bila anak tidur kita mungkin rasa ralat, rugi dan terfikir apa yang aku main ya dengan dia hari ni? Tapi xbuat apa & ia akan berulang - ulang lagi.

Dalam 1-2 tahun lagi, kita akan nampak dan lihat kesan yang xbest akibat tak spend masa dengan anak pada tahun - tahun keemasan anak ni. Sebelum terlambat, buat perubahan yang akan bawa impak yang besar di kemudian hari.


By, Ida Khairani

2 comments: