Bila Nuh Iman Menolong Masa HomeWork

6:03 PM ida ahmad 0 Comments

Hari-hari Nuh Iman ni memang agak menguji kesabaran. Huhu.. Bila petang , ibu kena tolong kakak Iris siapkan homework. Homework sekolah Q-Dess bila masuk 5 tahun sangat banyak ok. Pengsan mak. Kalau anak yang boleh buat sendiri, memang bertuahlah emak. Ibu memang perlu assist akak. Kalau tak, sama ada Kak Iris stuck lama-lama atau dok menconteng. Hehe..tapi oklah. Not bad juga kerja akak. Bi, Math, BM so far bagus sangat. Chinese.. adoi.. memang tak mampu ibu nak tolong sangat. Redha ja la..menyalin tanpa faham apa. 



Dalam masa nak bantu kakak iris, Nuh Iman..macam2 la projeknya. Ibu ok ja kalau Iman projek menyemak... sel otak tengah bersambungkan. Ni kalau kami buat kerja di meja, Iman akan campak2 barang ke bawah. Kalau tegur, melalak atau lagi rancak melempar. Kalau meja dah clear, mulalah kacau buku kakak Iris pulak. Kakak Iris lari ubah tempat lain, kacau laptop ibu pula. Ha...memang attention seeker dan suka kacau orang betul si kenit ni.






Hmm..Apa yang ibu boleh bagi Iman main ya yang menjamin ketenteraman awam.. Dah habis campak barang atas meja, gigih panjat kerusi campak barang di kabinet pula. Kalau OCD pantang nampak barang kemas, yang ni pantang tengok barang elok.





Mainan apa la nak bagi ya.. Mungkin boleh bagi vacum dan penyapu kot. Soh Nuh Iman 'kemas' rumah. Kot boleh aman. Fourite Iman tu. Vacum and penyapu sampai kena buat sorok di  luar rumah tau sebab sorok dalam rumah mesti Iman jumpa.





Ok, nanti kita test menthod ni. Tengok berjaya tak.


By,
Ida Khairani


0 comments: