Homestay di Brinchang, Cameron Highland

6:03 PM ida ahmad 4 Comments

Cuti sekolah yang lepas kami ke Cameron Highlands. Tak ada plan langsung nak ke mana jadi memang tak book awal. 2 hari sebelum gerak, baru decide nak ke Cameron Highlands. Ibu memang kata nak tidur ja dalam kereta sebab malas nak layan jalan pusing2. Google-google jumpalah juga homestay ya bolehlah.. dan ada dua bilik untuk family. Ini websitenya, argohighlands.

Ruang keluarga



Ini ruamg tamu. Cool kan.. Boleh jadi tempat santai dan borak.





Di homestay tu, ada jenis bilik/kabin dan apartment. Aku saja pilih apartment sebab nampak dalam gambar masih baru, jadi sudah pastinya lebih bersih. Apartment ni ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. 1 bilik air dalam bilik tidur. Ada mini fridge, sinki dan meja makan.


Kami tak pilih hotel sebab pergi sekali dengan keluarga mertua. Pak mertuaku sangatlah suka barbeku. So wajiblah cari tempat yang boleh menunaikan hajatnya juga.






Pertama kali kami ke Brinchang. Sebelum ni ke Tanah Rata ja dah boleh cover Bee Farm, ladang teh dan strawberry farm. Rupanya Brinchang lagi happening. Jadi tak salah pilihan kami. First day cuci mata di pasar malam, berbeku dan tidur..


Abah suka tengok Iman tidur time ni. Selalu tak gini. Kali ni ja sebijik gaya yang ala-ala smack down tu. Nazhan tu purak-purak saja.

Eh kalau korang nak p apartment ni, aku cadangkan request jangan pilih apartment no 5. Sebabnya, dari bilik kami ni, bila malam orang luar boleh nampak. Sepatutnya owner boleh letak pasu banyak kat luar tingkap tu so boleh cover sikit. Bilik kami ni macam basement or underground sikit sebab apartment ni dibina di kawasan berbukit. Lobi atas bilik kami. Susah pulak aku nak describe, gambar pun tak ambil. Kiranya problem boleh ja solve kalau tingkap tu cover dengan pokok supaya orang luar tak nampak kami. Bila malam tu, aku memang tak buka lampu biliklah. Aurat..aurat..

Selamat bercuti !


Ida Khairani


4 comments: