Kenapa Mini Malaysia di Melaka Wajib Dilawati?

6:57 PM ida ahmad 2 Comments

Di Melaka, banyak sangat tempat menarik untuk dilawati. Dulu masa study di MMU, ada juga jalan-jalan. Selepas 10 tahun, memang bertambah cantik dan maju Melaka ni. Taman Mini Malaysia dan bertambah dengan Mini Asean juga. Kali pertama pergi masa zaman kanak-kanak dulu. Ingat lagi dulu meraung tak rety turun tangga dari Rumah Panjang Sarawak.  Jadi kali ni, ibu pula bawa anak-anak ibu ke Taman Mini Malaysia, tengok skill mereka panjat dan turun tangga rumah panjang pula.


aktiviti-di-mini-malaysia8







Ini mesin taip di Rumah Perlis.. Oh..nostalgiakan kalau mak-mak kita pergi. Zaman ibu kecil-kecil dulu, sempat lagi mesin taip ni. Maklumlah tuk kerja cikgu. So ada juga dok menaip guna mesin taip di rumah.
aktiviti-di-mini-malaysia7





Haha ! Mari kita kopek nyiok cara lama. Ada lagi kot di kampung-kampung ni. Di kampung ibu dulu, memang ada. Sempat merasa zaman kanak-kanak yang nostalgia di Kampung Ulu Nor, Selama Perak. Dulu kecil-kecil, memang rajin ikut Cu  balik kampung masa belum sekolah lagi. Geng pun ramai kat kampung.

aktiviti-di-mini-malaysia6



Petting Zoo ni terletak dekat dengan Rumah Selangor. Kami beli tiket masuk Mini Malaysia guna kad Touch N Go jadi dapat percuma makanan dan dapat beri binatang makanan. Ada ayam, kambing dan arnab. Nazhan dan Iris suka gila dengan arnab. Ibu?? Sukaaa juga tapi penakut.. Hampeehh..



aktiviti-di-mini-malaysia5







Ada rumah yang ada jualan kuih muih dan kraf tangan. Macam rumah ni gerainya tak buka pula hari tu jadi Nazhan dan Irislah yang bergaya.

aktiviti-di-mini-malaysia4



Selain dari rumah, alat muzik tradional pun ditunjukkan juga.



aktiviti-di-mini-malaysia3



Ni gambar self timer.. Mula Nazhan tak nak join. Tempt duduk tu ibu yang sepatutnya duduk. Sekali laju ja dia datang duduk. Terpaksa ibu berdiri dan zasss kepala kena potong.

aktiviti-di-mini-malaysia2



Kami asah bakat seni juga dengan mencanting batik. Hasilnya memang cantik gila ! Nak beli ???





aktiviti-di-mini-malaysia9

Ni back ground rumah di Mini Malaysia yang cantik. Nazhan dan Iris sangat happy gila dengan hail batik kami.



aktiviti-di-mini-malaysia

Selain tu, ada pertunjukan kebudayaan juga.. Haa apa lagi.. Haruslah anak-anak join sekali.. Bila lagikan.. !!!



Akhir kata, Mini Malaysia memang tersangat best untuk dilawati. Banyak ilmu dan keseronokan menanti. Ada rumah yang cantik, kuih muih yang sedap, kereta kuda dan kraf tangan juga.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani.

2 comments:

cheq eem said...

nice...!! nanti kalau tetiba rasa nak sesat ke Melaka boleh lah datang sini....

Ida Khairani said...

Best Em ! View sangat cantik untuk bergambar juga ;)