Sertai Wakaf Masjid Bandar Bukit Raja

7:35 PM ida ahmad 0 Comments

Assalamualaikum. Bila kita meninggal dunia nanti, antara amalan yang berterusan adalah wakaf selain ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh. Wakaf tak semestinya tanah. Orang biasa2 pun boleh berwakaf. Sekarang dengan RM10 pun kita dah boleh mula berwakaf. Contohnya bila kita derma untuk pembinaan masjid. Untuk wakaf Masjid Bandar Bukit Raja juga boleh bermula dengan RM10. Selain tu wakaf boleh dalam perlbagai bentuk contohnya derma Al-Quran di masjid  dan telekung di surau. Kan best..selagi ada orang guna, selagi tu kita dapat pahala, walaupun kita dah meninggal dunia.

Jadi, cuba kita mula berwakaf dari sekarang, mana yang mampu. Sebenarnya lagi besar hikmah bila kita dalam kesempitan kita berjaya keluarkan duit kita tu ikhlas untuk kebaikan orang lain. InsyaAllah balasan Allah akan datang dari sumber tak disangka-sangka. Kita akan rasa bersyukur sangat, ramai lagi yang susah dari kita. Kita berjaya mendahulukan orang lain dari kepentingan kita. Allah sangat suka orang begini.

Oklah, kembali pada sebaran utama. Saya nak kongsikan peluang anda untuk sertai Wakaf Masjid Bandar Bukit Raja. InsyaAllah pembinaan fasa pertama akan mula tak lama lagi, dalam perancangan memang bulan Disember 2014 ni.



Maklumat derma dan wakaf masjid bandar bukit raja RM10



Kalau yang memang berniat sertai Wakaf Masjid Bandar Bukit Raja, berita baik selain dari Saham Akhirat yang berpanjangan, korang juga boleh tolak tax hasil dari berwakaf ni. Tax Individu 7% dan kalau tax syarikat 10%. Take note no rujukan LHDN di atas iaitu 01/35/42/51/179-6.5621.

SELAMAT BERWAKAF !



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382

0 comments: