Resepi Sambal Tumis Udang

2:39 AM ida ahmad 0 Comments

Masak sambal tumis adalah antara favourite suami. Anak-anak tak makan pedas. Iris bolehlah adventure, boleh cuba2. Jadi, ibu jarang buat sambal tumis. Kesiankan abah. Jadi, hari ni tanda kasih sayangku, kubuat sambal tumis udang dengan harapan mendapat 5 Bintang! Yeah.. dan kekasih awal dan akhirku kata JADI. Jadi tu pun Alhamdulillah.. Selalu mesti dia komen patut rasa gini gini..gitu gitu.. Taste kami berbeza. Kukata sedap, dia tak berkata apa.. Kalau kata JADI level abah, level ibu dah SEDAP AMAT DAH ni!

Resepi sambal tumis udang ni senang tapi sedap


 Meh pakat buat sambal tumis udang ni untuk keluarga meh..


Bahan-bahan untuk buat Sambal Tumis Udang


8 ekor udang besar atau berapa saja yang suka

2-3 sudu besar cili kisar / cili giling ( kali ni ibu buat 2 sudu besar melimpah)

1 biji bawang besar dikisar

3 ulas bawang putih dikisar

Air asam jawa

Gula

Garam


Cara-cara buat Resepi Sambal Tumis Udang yang SEDAP Meleleh ini adalah



1. Panaskan minyak dan goreng udang sekejap. Angkat udang dan letak sebelah dulu.

2. Tumis bahan kisar dan cili giling hingga garing.. Kalau guna periuk ajaib tu tutuplah supaya tak mercik, api sederhana ja.

3. Bila dah masak, masukkan gula sikit dan tambah air asam jawa dan garam. Kacau rata.

4. Masukkan udang yang digoreng tadi. Biar sekejap.

5. Rasalah dan biar seketika kalau nak lebih pekat. Kalau dah puas hati makanya sudah SIAP!


Jemputlah makan semua :)


Ibu anak-anak syurga,




0 comments: