Resepi Cucuq Ikan Bilis Sedap

8:43 AM ida ahmad 2 Comments

Kuah satay memang sedap dicicah cucur udang atau cucur ikan bilis. Disebabkan ada kuah kacang satay lebih, ibu menggoreng cucur ikan bilis yang lama sudah tak buat. Resepi ni sempoi ja. Haruslah..Walaupun simple tetap nak kongsi dan jadikan panduan. Hehe.. Semoga bermanfaat.

Resepi Ikan Bilis Sedap dan Mudah

Resepi Cucuq Ikan Bilis Sedap


Bahan-bahan

Tepung gandum

Ikan bilis

Bawang besar

Kucai

Cabai

Air

Garam



Cara-cara

Ikan bilis, bawang, cabai dan kucai dipotong halus.

Masukkan dalam tepung gandum dan campur dengan air panas atau suam hingga agak pekat, bukan cair.

Panaskan minyak dan ambil cedok adunan dengan sudu besar.

Goreng hingga kekuningan.

Dah siap goreng boleh dihidang dengan sos cili selain kuah satay.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

2 comments:

ikhwan said...

sedapnya, boleh cuba resepi ni.

Ida Khairani said...

Sedap dan senang, Ikhwan :)