Apa yang Menarik di Batu Ferringhi dan Tempat Makan Best

9:56 AM ida ahmad 2 Comments

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni terisi sejak mula. Minggu pertama kami balik kampung di Penang dan ikut abah ke Holiday Inn untuk team building untuk 3 hari 2 malam. Sementara abah bekerja, kami bercutilah! First time rasa stay hotel ni. Rupanya bilik kami hillview dan tak mengadap pantai. Hotel Holiday Inn Penang ni ada dua side dan dihubungkan dengan jejantas.

[caption id="attachment_1144" align="aligncenter" width="375"]Menarik di Holiday Inn Penang Nampak muka excited habis tu![/caption]



[caption id="attachment_1148" align="aligncenter" width="375"]bercuti di batu ferenghi Menangis tak dapat masuk bilik air yang best tu. Nuh Iman memang pantang betul tengok orang masuk bilik air tak bawa dia.[/caption]

Its ok. Walaupun tak mengadap pantai, kami boleh nak jalan2 di pantai atau swimming pool dengan melintas jalan atau guna jejantas. Yang bestnya hotel ni, semuanya dekat dan walking distance. Kalau nak cari makan, mengurut, medicure, pedicure, shopping sourvenior semuanya di luar hotel ja. Kedai tailor dan dobi pun ada. Senang banyaklah. Waktu malam, memang ada night market betul-betul depan hotel. Syok! Malangnya, ibu malaslah nak keluar dengan anak2 saja waktu malamkan. Malam abah still ada aktiviti.

[caption id="attachment_1149" align="aligncenter" width="375"]Tailor di Penang macam di Vietnam Kedai ni janji boleh siap tempah 1 hari ! Dah macam style Vietnam dah.[/caption]

[caption id="attachment_1150" align="aligncenter" width="375"]the ship restaurant Restaurant Golden Thai sebelah The Ship.. Snap gambar ja tapi tak pernah makan lagi.[/caption]

[caption id="attachment_1151" align="aligncenter" width="375"]gerai makan di Batu Ferenghi Gerai-gerai makan yang memanggil-manggil untuk disinggah.[/caption]

Sepanjang di Batu Ferenghi ni, beberapa kedai makan yang kami dah cuba dan nak rekomen adalah kedai makan depan Hard Rock Hotel, namanya .. lupa..haha!! Maaplah ya, tapi betul2 depan Hard Rock Hotel. Macam2 ada di kedai tu. Western, Melayu, India.. Kami order Fish and Chip, Spageti Carbonara (boleh makan 2-3 orang, pinggan sangat besar) dan set Ayam Tandoori dengan Nan Cheese. Sedap gila ok nan cheese dia. Ish.. terbayang-bayang pula kesedapannya.. Roti lembut, cheese banyak dan tarasa gila.

[caption id="attachment_1145" align="aligncenter" width="375"]Ni adalah makanan kesukaan saya Nikmatnya makan ayam tandari dan nan cheese ni.. Masih kuterbayang..yummy weh![/caption]

[caption id="attachment_1146" align="aligncenter" width="375"]fish & chip Ini menu pilihan Nazhan dan dipaw oleh Nuh Iman juga.[/caption]

[caption id="attachment_1147" align="aligncenter" width="375"]spageti_carbonara Memang untuk dikongsi ni. Macam menu pinggan tambah banyaknya![/caption]

Selain tu, kami makan nasi beriyani kambing di satu restoran nasi kandar ni. Again lupa nama.. Kedai dia tepi jalan ja, corner lot di shop lots sebelum Holiday Inn, mengadap Petronas. Kari kambing dia banyakk, mewah.. Hish macam boleh kongsi dua orang. harga ku tak tahu..makan ja tahu. Kami order roti nan untuk Iris sebab dia beriya nak makan roti canai. Petang dah time tu and depa tak serve roti canai dah. Boleh tahan jugalah. Ibu yang kenyang makan nasi beriyani pun dok ngap lagi roti nan ituuu..

Sekarang ni bukan saja Penang glamur dengan nasi kandaq dan pasemboq, Jeruk Madu Pak Ali juga.. Yezzaa!! Ibu yang tak suka makan jeruk pun, boleh jatuh cinta. Sekarang dah senang nak dapat. Sepanjang area Batu Ferenghi tu nampak ada 2-3 stall yang jual. Kami pun beli untuk kundapan makan di hotel.

Tempat menarik untuk dilawati di Penang ni selain dari tinggalan lama-lama, adalah 3D Art Muzeum. Syok weh! Enjoy anak-anak ibu. Itu kena cerita entry khas pasal 3D Art Muzeum aja yang penuh gambar. Percutian pertama kami di cuti sekolah ni sangat awesome ! Tq Allah and Tq abang :x.

[caption id="attachment_1152" align="aligncenter" width="375"]Pantai yang cantik dan bersih di Batu Ferenghi Kami yang comel ![/caption]



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

2 comments:

Ida Khairani said...

Konon nak misteri la sikit.. tapi entry lain berlambak gambar kami yg comel ni.

Rekomendasi wisata kuliner yang unik di kota Batu Malang :
· Steak & Sate Kelinci
· Jagung & Pisang Bakar
· Aneka sambal & masakan tradisional khas Jawa lainnya.
Rasanya extra kuat, tapi harganya relatif murah.
Suasananya santai & romantis, cocok untuk nongkrong atau sekedar refreshing bersama keluarga. Berlokasi tepat diantara Jatim Park & Museum Angkut.

Warung Khas Batu
Jalan Sultan Agung 29, Batu, Jawa Timur 65314 (Jatim Park 1 - Museum Angkut)
Tel / Fax : +62 341 592955
HP/SMS/Whatsapp: +6285707585899
BBM : 7D8DEB8C
www.TheBatuVillas.com/WarungKhasBatu
www.Facebook.com/WarungKhasBatu