Restoran Bendang, kedai makanan sedap dan best di Setia Alam

1:32 AM ida ahmad 0 Comments

Restoran Bendang, kedai makanan sedap dan best di Setia Alam !.Nama pun dah catchy..Makanannya apa lagi! Hangpa tau tak bendang tu apa n ada kat mana? Bendang tu sawah padi bahasa orang utara. Jadi, hangpa patut boleh agaklah, kedai makanan ni menyediakan makanan utara yang sangat best dan sedap.

restoran sedap di setia alam

HARI OPERASI


Kedai ni buka setiap hari kecuali hari Jumaat. Pernah p hari jumaat, deng…tutup!! Makanan kegemaran aku dan suami di sana dulu-dulu sotong sumbat bakar dan kerabu perut! Kini dah tukar ke menu best yang lain pulak!


MENU KEGEMARAN YANG SEDAP


Yang terbaru makanan kegemaran aku adalah gulai sembilang. Terangkat sedapnya! Sup sayur bebola ikan adalah menu wajib anak perempuan aku. Yang anak laki, sup ayam. Ni dulu, sekarang dia suka ikan goreng ja dia pilih. Ikan goreng pun mak tumpang sekaki.

 kedai makanan sedap di setia alam

Jarang dah nampak kerabu perut so aku bertukar ke kerabu taugeh pula. Lagi apa ya menu yang kami pernah cuba.. ayam masak hitam @ kicap..SEDAP ! Ayam masak merah ! Sedap.. Kalau aku teringin nak masak lauk kenduri, memang aku piliah ayam masak merah dengan acar timun. Hehe..Baru feel kenduri.. Kalaulah ada nasi minyakk..hmm.. bertambah naik minyak aku.

 masakan melayu sedai di setia alam

Lagi menu yang selalu ada gulai ikan, telur terbang :D @ telur masak lemak kuning tu, ikan ikan bakar, pelbagai jenis sayuran dan ulam.. Selalu sayur kat kedai lain tak banyak pilihankan. Ha, kedai Bendang di Setia Alam ni banyak sayur ya. Aku memang selalu tak tau nak pilih mana satu.


Kedai dia cantik dan cozy. Kipas banyak !!! Hehe.. Kalau malam ada steamboat. Pernah sekali ja pergi time tu.


MENU MALAM


Bila malam dah tak ada lauk2 seperti biasa. Lebih istimewa ada steamboat, satay, burger, kerang rebus! Memang banyak pilihankan. Sesuailah kalau bawa anak-anak yang memilih makan. Haha!!

LOKASI



Kedai ni terletak di belakang Shell. Kalau dari tol NKVE Setia Alam tu, terus exit kiri dan kiri lagi sampai nampak Shell, ambil kanan. Betul-betul di belakang Shell tu, corner lot. Ha, kalau p siang, jaga2 la parking tu. Selalu juga ada operasi menyaman kereta yang tak letak kupon parking.

 restoran bendang best

Berapa ya nak bagi rate.. 5 star untuk makanan. 4 star untuk harga! Harga dia tak murah. Boleh? Nak kata mahal, mungkin ada kedai lain lagi mahal. Hampir-hampir nak mahallah.. Haha tapi sedap best ok. Aku rasa kedai makanan best dan sedap di Setia Alam so far!  Jemputlah ya!!!


Ibu anak-anak syurga



013 488 2382

0 comments:

Kenapa Gigi Anak Hitam Menurut Doktor Klinik Gigi Setia Alam

2:33 AM ida ahmad 2 Comments

Hari ni Nazhan gugur lagi dua batang gigi susunya. Dia memang berani. Dia yang minta nak ke dentist bila gigi dah goyang. Kami ke Klinik Pergigian Setia Alam yang cozy dan calm itu untuk kali ke-tiga.

klinik pergigian setia alam


Gigi susu pertama tercabut dengan sangat mudah di rumah. Bila gigi kedua longgar, kami buat visit pertama ke klinik ni, betul2 atas Kedai Kek Secret Recipe di Setia Alam. Kali kedua datang, satu family jumpa dentist tapi xada gigi yang kena cabut.

 Doktor gigi bagus di setia alam

Nazhan ada beberapa gigi hitam yang dah tak ada enamel, juga dipanggil karies. Kenapa gigi anak hitam? Gigi dia mula decay dan sedikit sedikit sejak baby lagi walaupun belum start solid dan gigi-giginya semua saiz kecil-kecil. Nazhan memang rajin gosok gigi dengan teliti pulak tu bila semakin besar. Masa kecil pun hanya menyusu badan secara terus dan saya akan mencuci giginya dengan kain dan berus bayi. Jadi, kenapa gigi anak boleh jadi hitam, decay, rongak dan karies? Boleh baca sini pendapat Dr. Husna.


Kenapa gigi anak hitam



Masa mengandungkan Nazhan saya belum ambil supplemen ostematrix Shaklee. Saya ambil asid folik warna pink tu dan NeuroGainPB. Sambil tu ada minum susu Anmum juga. Selepas melahirkan Nazhan, saya memang senang sakit pinggang dan belakang.

 gigi hitam bakal dicabut

Bila pertama kali nak cabut gigi Nazhan yang hitam dan mula longgar, doktor gigi Klinik Pergigian Setia Alam ada interview saya dulu. Nazhan suka makan manis tak? Coklat tak? Bila saya cakap dia tak suka makan aiskrim atau gula-gula. Coklat makan juga kadang-kadang tapi memang rajin gosok gigi. Gigi tu mula rosak masa baby lagi, doc. Saya ingat lagi, gigi pertama ok. Masa tumbuh gigi kedua, gigi pertama dah mula decay walhal baru 5-6 bulan usia.


klinik gigi di setia alam yang cozy


Doktor gigi pun tanya, ada ambil kalsium tak masa mengandung.. Errr.. Memang tak la.( tapi susu minum ). Doktor kata sebab tulah. Kalsium ibu yang tak cukup yang akibatkan gigi Nazhan cepat decay dan hitam. Betul juga. Gigi Iris ok, tak decay dan besar2. Walhal suka makan aiskrim dan sweet. Gigi Nuh Iman pun so far perfect. Masa anak kedua dan ketiga, saya dah mula ambil vitamin untuk ibu mengandung Shaklee.




Masa mengandungkan Nazhan dan berpantang belum cukup kesedaran lagi kurang kalsium walaupun sakit pinggang dan belakang yang sangat ketara. Bila gigi dia decay, baru ibu mula mencari supplemen kalsium dan mula makan Ostematrix Shaklee. Decay nearly stop walaupun still berlaku. Lama2 bila dah konsisten Ostematrix dan gosok gigi Nazhan regular, barulah betul2 stop gigi decay dan hitam sampai gigi ke empat sahaja. 4 batang ja gigi dia hitam! Alhamdulillah.



Penting rupanya kalsium untuk ibu mengandung. Ingatkan dah cukup sifat, tulang dan gigi tumbuh sempurna tu dah ok. Rupanya siap boleh beri kesan gigi hitam untuk anak di kemudian hari.




Jadi, ibu yang nak gigi anak sempurna, elok dan cantik serta tak hitam jangan sekali-kali abaikan pengambilan kalsium tambahan sejak dari mengandung. Kemudian waktu berpantang dan sepanjang penyusuan susu ibu ok! Ostematix Shaklee ni cinta pertama saya dan saya sangat puas hati dan nak sangat rekomen pada semua orang! Oh ya, bayaran untuk cabut gigi azhan tu RM 40 untuk 2 batang di Klinik Pergigian Setia Alam!




Ibu anak-anak syurga,


013 488 2382

2 comments:

Resepi seafood masam manis

10:31 PM ida ahmad 0 Comments

Nama asal resepi ni adalah udang masam manis borneo tapi telah diolah mengikut apa yang ada dan tahap kerajinan jadi nama sudah tukar menjadi seafood masam manis. Senang ja sesuai untuk orang bujang dan ibu yang 'rajin' di dapur. Jangan risau tetap sedap dan disahkan oleh anak-anak saya.

Hari ni adalah hari malas nak masak tapi lapar. Oleh sebab anak balik awal hari Jumaat, so plan nak masak selepas anak-anak balik ja. Bila masuk rumah lapar pula. Boleh pula tanya kat anak-anak.." Nak ibu masak ka nak makan luar? ". Walhal dah masuk dalam rumah. Bila jawapannya "ibu masak!!!", haruslah kugagahi juga ke dapur. Sebelum tu google dulu resepi paling udang paling senang, cepat tapi menyelerakan!

Jadi, cara-cara nak buat seafood masam manis adalah:

Bahan-bahan:
Udang
Sotong
Bawang kecil
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Lobak merah
Sos tomato 1 sudu
Sos cili 1 sudu
Sos tiram 2 sudu
Sedikit minyak sahaja

Cara-cara nak masak seafood masam manis adalah :

1. Lumur udang dan sotong dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.

2. Tanpa perlu ketepikan masukkan bawang putih dan kecil yang telah dipotong halus bersama lobak merak.

3. Gaul rata dan biarkan seketika.

4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.

5. Tambah air jika sotong atau udang masih belum masak @ sotong liat.

6. Bila dah masak tutup api. Siap.

Ini memang version pantas dan lengkap dengan sayur demi menjimatkan masa sebab tak tahan lapar dah.



resepi Seafood masam manis


Sekian, selamat mencuba!

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani

0 comments:

Kenapa suami susah sangat nak faham kita?

3:11 AM ida ahmad 0 Comments

Bengang sangat bila suami tak boleh baca apa yang kita nak! Rasa membara ja di hati. Otak pun berserabut. Tahu tak itu semua tanda kita tak bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

Syukur adalah suatu yang sering diucapkan, tetapi adakah kita benar-benar memahami maksudnya. Adakah kita benar-benar hidup di atas jalan syukur?
tip hadapi suami pendiam dalam alam rumah tangga


Bagaimana untuk bersyukur Ustaz?


Seorang wanita sedih telah bertanya akan hal ini.
Ustaz saya hendak bertanya bagaimana saya hendak bersyukur? Ustaz selalu bercerita pasal syukur. Tetapi bagaimana ya?

Menurut wanita tersebut, suaminya seorang yang lambat, slow,kurang perasaan, lurus dan tidak suka membantu. Ini membuatkan dirinya tidak senang dengan sikap dan tingkah laku suami.

Dia merasakan hendak marah sahaja kerana tidak boleh memahami jiwa suaminya. Wanita itu berasa tertekan dan berserabut. Wanita itu inginkan jawapan cara bagaimana untuk bersyukur dan mahukan suaminya berubah.

Terima seadanya : Hayati Maksud Syukur


Syukur pada Allah s.w.t wujud dari hati yang apabila kita belajar tunduk pada Allah s.w.t dan kerana Allah s.w.t. Semuanya menjadi manis.

Jawapan saya pada wanita tersebut adalah, dia haruslah bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang lambat dan lurus. Hal ini kebiasaannya lelaki sebegitu adalah setia. Ini menunjukkan dia mencintai puan seorang.

InsyaAllah saya percaya dia akan jujur dengan pasangan. Dia akan jaga pasangannya semasa pasangannya sakit nanti.
“Betul ke suami puan begitu?”

Tanya saya padanya.
“Ya ustaz. Suami saya memang begitu. Dia memang boleh dipercayai.”

Tip hadapi suami pendiam : Luahkan


Tambah saya lagi. Jika puan ingin dibantu untuk membuat kerja rumah, cubalah puan minta secara satu-persatu padanya. Contoh seminggu ini cubalah puan minta tolong dengan suami, “abang tolong buangkan sampah yang banyak ini di tong sampah luar”.

Sekali sekala cakap dari dapur,goda sesikit dirinya. Kata padanya, “Abang, I love u.”

Suami pasti berlari pergi ke dapur ingatkan ada hal. Rupanya, ingin meminta tolong membuang sampah. Petua ini telah ramai sudah amalkan dan amat berkesan.

Selepas seminggu ajari pula dirinya perkara lain. Walaupun wanita suka kejutan dan pertolongan tanpa diminta tetapi kadang-kadang memendam dan membiarkan semua yang diinginkan berlalu tanpa penyelesaian dan dizahirkan pada suami lebih memeritkan jiwa.

Beritahu pada suami.


Menulis : Cuba Lahirkan Perasaan Syukur Untuk Merasainya


Allah jadikan pasangan suami isteri semuanya ada kelemahan dan kekurangan. Bersama-samalah menuntut ilmu, mendoakan, dan bertolak ansur serta bersyukur ialah rahsia bahagia dalam rumahtangga..

Cuba puan sebut.

Ya Allah s.w.t terima kasih kerana memberikan aku suami yang setia, dan kehidupan yang baik dan tulislah di kertas kebaikan suami..
Ish nak kena buat ke ustaz? Tanya wanita itu

Puan cuba tulis. Menulis ini membuat akal berfikir dalam mencari baik dalam buruk dan menulisnya memerlukan hati yang ikhlas dan syukur.


Kesan dari menulis kebaikan suami


Dia pun mula menulisnya dengan air mata. Mula-mula lambat tangannya bergerak tetapi semakin lama air mata semakin laju dan tangan pun semakin laju.

Itulah syukur. Itulah cinta yang lebih manis dan boleh memadamkan segala kepahitan dan sakit.

Buat lelaki.Jangan lupa beri duit nafkah mengikut kemampuan dan yang wajib. Serta jangan lupa untuk tolong membuang sampah tanpa diminta. Itu sangat menggembirakan isteri hari ni.




SUMBER



Dah dapat idea untuk lebih cool dan happy dengan suami tersayang? Semoga wanita termasuklah ibu lebih menghargai jodoh Allah dan sentiasa berikan terbaik untuk rumah tangga masing2. Jodoh kita adalah ujian dan tangga kita ke syurga. Syukur pada Allah s.w.t wujud dari hati yang apabila kita belajar tunduk pada Allah s.w.t dan kerana Allah s.w.t. semuanya menjadi manis.

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

0 comments: