Pengalaman Sebelum dan selepas Lasik

6:48 AM ida ahmad 1 Comments

Tiba masanya saya buat keputusan bersama suami untuk jalani Lasik pada Rabu, 16 hb Oktober yang lepas. Seperti biasa, tak rushing tak sah. Ini disebabkan suami masih lagi bekerja pada sebelah pagi. Kami hanya gerak ke Eye Centre Prof Muhaya bila suami pulang kerja separuh hari. Saya yang jalani Lasik dahulu. Hingga kini suami belum buat keputusan lagi bila nak buat Lasik kerana tunggu free dan full review dari saya, pengalaman sebelum dan selepas Lasik.

Walaupun tak cukup anggun, tanpa cermin mata, saya tetap buat keputusan untuk jalani Lasik. Kami telefon untuk temujanji pada hari Isnin dan confirm hari Selasa kerana menunggu reply dari agensi Umrah. Selasa petang baru dapat reply dari agensi Umrah untuk surat sokongan, terus forward ke Klinik Prof Muhaya. Kami plan untuk jadi patient pertama atau terakhir hari Rabu tu supaya suami tak perlu ambil cuti untuk bawa saya ke sana. Malangnya, Kami tak dapat untuk jadi first patient, appointment pukul 3 pm. First prosedur pun boleh pukul 10 am sebab mesin Lasik perlu ON selama sejam juga.

Kami bawa bersama dua orang anak Iris dan Iman. Iris dah tidur dalam kereta dan sepanjang prosedur. Nuh Iman, menangis sebaik saja saya tinggalkan dia bersama suami sebab dia baru ja terlelap masa dalam kereta. Nervous tak saya? Tak..sebab saya dah tonton video lasik malam sebelum prosedur. Jadi saya dah tau apa nak aspect. Bila kita dah tahu, kita lebih cool! Atau korang sebaliknya...  :D

Meh tonton video lasik ni ya.. Bukan saya..Nanti saya kongsi apa beza video ni dengan yang real dengan Prof Muhaya.



Sebelum Lasik


Sebelum lasik hingga ke pagi hari tu, adegan meminta tolong si suami dan anak2 mencari cermin mata adalah common. Kalilah ia akan kekal dalam ingatan sebagai pencarian terakhir insyaAllah. B-)

Antibiotik untuk lasik


Sehari sebelum prosedur kita kena pakai antibiotik. Antibiotik ni diberi selepas kita assesstment. Bila saya sampai, ada seorang patient tengah jalani Lasik. So masa ni saya banyak2 doa dan berzikir semoga tiada kesan sampingan selepas ni dan semoga dipermudahkan operation ni.

Semasa Lasik


Pengalaman sebelum dan selepas lasik

Bius untuk Lasik


Semasa prosedur Lasik saya dalam keadaan baring dan Prof ada 2 pembantu. Salah seorang ada titiskan cecair bius pada mata. Jadi, saya tak akan rasa sakit langsung. Kemudian saya dipusingkan ke satu mesin yang akan memotong korneo mata. Haha ngeri ya dengar!!! Bulu mata akan diseletip dan dibuka dengan alat supaya tak tutup2. Mata kita kena fokus pada lampu hijau sahaja. Korneo sebelah mata akan dipotong, kemudian baru bertukar ke sebelah lain. Cool ya, remain cool. InsyaAllah tak sakit. :D

Betulkan kedudukan imej di retina mata


Kemudian, mereka tolak saya ke mesin kedua. Di mesin ni, barulah power mata dikurangkan. Korneo yang dipotong tadi, diangkat. Laser akan point ke mata kita untuk membentuk korneo demi membantu imej difokuskan pada retina. (Mereka tinggalkan power 100 untuk saya). Ada dua cahaya, merah dan hijau. Kita kena fokus pada lampu hijau. Assistant Prof dok buat count down or up masa ni..Ada bau hangit. Hehe.. tapi tak sakit. Lapisan kornea yang dipotong tadi ditutup semula.

15 minit untuk presedur Lasik selesai


Mata masih tak sakit sebab masih ada bius. Ubat titis yang dapat masa assesstment kena bawa sebab kena pakaikan lepas Lasik. Saya tak bawa. Mujur mereka bagi 1 untuk bekalan balik ke rumah. Masa keluar klinik dan sepanjang jalan saya memang berkaca mata & pejam ja mata. Silau sangat. Orang lain ada yang boleh memandu dah.


Pengalaman Selepas Lasik


Semada tiba di rumah selepas prosedur Lasik, saya susah untuk buka mata. Balik rumah solat dan tidur. Badan tak penat pun. Mata yang berat nak buka. Esoknya makin ok dan makin siang makin ok. Hampir 24 jam selepas Lasik, saya boleh buka mata dengan lebih lama dan tanpa spek hitam dan pekerjaan memandu anak-anak ke sekolah kembali seperti biasa.

Kini selepas seminggu, mata saya sudah ok tanpa spek hitam dan cermin mata lama. Kita kena rajin titiskan ubat mata yang dibekalkan, lubricant dan antibiotik. Bila dah ok, mulalah nak ngelatkan. Akibatnya, kadang-kadang mata saya susah juga nak tengok komputer atau iphone yang terang, bila lampu bilik ditutup. InsyaAllah bila follow up saya akan check sama ada ini hanya sementara dan akan pulih sepenuhnya overtime atau inilah level yang terbaik Lasik boleh lakukan. Yang pasti saya nak konsisten ambil Carotomax Shaklee sebagai supplemen mata saya untuk kuatkan kornea mata yang dipotong semasa prosedur Lasik.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

013 488 2382

1 comments:

excelview said...

Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.