Assestment untuk tentukan Lasik sama ada boleh atau tidak

12:29 AM ida ahmad 2 Comments

Selepas berkira-kira dan duit cukup, ibu pun buat keputusan nak berLasik. Lasik ni pendeknya, operate mata supaya tak perlu lagi pakai cermin mata tapi mata dah jelas. Panjangnnya Lasik "Lasik (Laser-Assisted in situ Keratomileusis), commonly referred to as laser eye surgery or laser vision correction, is a type of refractive surgery for the correction of myopia, hypermetropia, and astigmatism. The LASIK surgery is performed by an ophthalmologist who uses a laser or microkeratome to reshape the eye's cornea in order to improve visual acuity", menurut wikipedia. Untuk nak jalani lasik, perlu assessment dahulu ya. Assessment ni ujian-ujian mata yang perlu kita jalani untuk tau mata kita sesuai untuk buat lasik tak. 16 ujian kesemuanya akan dilakukan semasa assestment untuk tahu kita layak lasik tak. Selalunya pakar mata, akan suruh nurse, assistant atau Optometrists lakukan. Jangka masa nak siap 2-4 jam juga.

Siapa yang layak untuk jalani Lasik ?


Kalau salah maaflah ya. Sila refer balik pada pusat perubatan mata pilihan korang atau klinik mata Prof. Muhaya.

- mereka yang berumur dari 18 hingga 67 tahun. Umur kurang dari 18 tahun tidak sesuai.

- power paling tinggi 1200 .

- astigmatisma paling tinggi 500 telah dilakukan.



Lasik ni tak lama macam operation lain. Prosidur ambil masa 15 minit sahaja dan boleh memandu selepas 4 jam, insyaAllah. In fact, boleh bekerja esok hari kalau rasa ok.

Tak semua orang boleh jalani Lasik . Hanya untuk mata yang sihat. Jika ada masalah retina , katarak atau masalah kornea lasik tidak dapat merawat. LAsik ni macam ganti speck.

Berapa kos nak buat lasik?


~ RM810 untuk assestment sahaja.
~ RM7000 untuk kedua belah mata.
~ Kalau ada promo atau dalam kumpulah 5 orang dapatlah kurang jadi RM6700.
~ Hingga hujung tahun 12/14 ni, di klinik Prof Muhaya ada promo untuk umrah. Maksudnya kalau kita nak p umrah, minta surat dari travel agent sebagai bukti, kita layak dapat harga promo RM 6700.
~ kalau selepas assestment kita memang layak dan nak jalani lasik, RM 810 tu akan ditolak dalam jumlah keseluruhan Lasik. Kalau tak layak, masih kena bayar RM 810 sahaja.

Prosedur Assestment dan Lasik untuk baiki rabun mata



Alamat untuk ke Eye Centre Prof Muhaya ni adalah :
PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE
S 29, GROUND FLOOR
PEARL AVENUE,
JALAN PASIR EMAS,
SG. CHUA,
43000 KAJANG, SELANGOR


Boleh hubungi mereka dahulu untuk temujanji dan pertanyaan dengan call atau sms 


Office hours (Isnin-Jumaat):03-87415138/017-8771819/016-3873282.
SMS bila-bila masa: 017-8771819 / 016-3873282



Sebenarnya, saya dan suami dah selamat buat assesstment untuk Lasik di klinik Prof Muhaya. Masa kami limited sangat sebab suami sering out station. Klinik prof pula tak buka hari sabtu dan ahad. Masa kami p tu, suami baru ja balik dari traveling. Set appointment dalam masa sejam sahaja. Pukul 1 call dan nurse cakap, paling lewat pukul 2 untuk assestment sebab klinik pukul 5 dah nak tutup. Assestment ambil masa kurang-kurang 4 jam katanya. Kami pun terus rushing ke Kajang dari rumah di Bandar Bukit Raja, Klang.



Alhamdulillah sampai dan masih lagi diberi ruang untuk jalani assesstment. Selepas register dalam pukul 2.15 kami beritahu, kami tak solat lagi. Dia minta kami solat dulu. Lega2. Prosedur pun tak jalan serentak. Suami buat dulu. Jadi, saya bolehlah jaga anak-anak. Ada 2 bilik yang kami kena masuk untuk buat assestment... Keputusannya, kedua kami mempunyai korneo yang nipis. Hampir2 gagal untuk buat Lasik dan dicadangkan untuk jalani SMILE, prosedur lebih terkini tapi lebih mahal. Namun, lepas buat calculation, Prof dan staff dia kata kami layak juga untuk Lasik. Alhamdulillah. So, masanya untuk set masa untuk Lasik.



Nak bebas cermin mata? Pasang niat yang betul. Kumpul duit dan setlah appointment untuk jalani assesment untuk tentukan anda sesuai untuk jalani Lasik atau tidak!



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

2 comments:

Cheq Eem said...

kakak saya pon buat lasik dengan prof muhaya juga...

Ida Khairani said...

together gether la kami.. B-)