Anak lambat cakap.. Risau tak?

7:47 AM ida ahmad 0 Comments

Assalamualaikum.. Mau tak risau kalau anak lambat cakap. Mungkin kita tak rasa sangat kalau kita tak jumpa langsung anak-anak baya anak kita. Namun, kalau anak-anak jiran atau anak2 sedara ramai yg sebaya petah ya amat, kita akan sedar, sama ada anak kita lambat cakap atau tidak. Mesti terdetik sikit kerisauan. Ok, jadi ibu abah kena bertindak cepat. Aktiviti di rumah sangat mempengaruhi perkembangan pertuturan anak. Ibu abah boleh bawa anak untuk ikut speech therapy dan banyakkan latihan dan aktiviti di rumah supaya anak cepat bercakap.


Kalau korang jumpa anak-anak saya sekarang ni memanglah speaking aja. Antara punca yang mereka ni speaking aja ni.. Sebab..


Pertama masa baby memang kami dok cakap English dengan dia. Tujuannya nak anak pandai cakap BI la. Namun, sesama kami laki bini cakap BM. Jadi, ini mungkin jadi salah satu sebab dia keliru dan lambat cakap.

Kedua, masa dia baby tu, kami ada ipod touch. Selalu juga bagi anak layan video nursery rhymes kat ipod touch yang sekarang dah dalam kenangan.

Ketiga, bila saya dah rasa anak lambat cakap.. Kami ada p speech therapy yang guna medium english. Jadinya dah pandai cakap pun, english la yang keluar.

Oh, sebenarnya nak cerita pasal speech delay ni. Korang mungkin tak perlu melaluinya jika korang rajin cakap dengan anak 1 bahasa sahaja sampai anak petah barulah masuk bahasa kedua. Korang juga tak perlu melaluinya jika mengawal masa anak-anak guna gadget dan tonton tv. Anak saya ni, bila dah masuk 2 tahun, perkataan dia cuma abah. Jadi, saya dah mulakan ikhtiar cara saya.

Ok, apa yang perlu dibuat bila ibu bapa perasan anaknya lambat cakap. Ini berdasarkan pengalaman saya dululah.


Tip ikuti speech therapy


1. Mula-mula, bawa ke klinik.
Kalau kita ada insurans company cover, bawalah ke klinik panel. Ceritalah pada doktor apa yang kita risaukan dan minta surat rujukan ke pakar di hospital. Cari hospital siap2 dan nama doktor sekali pakar kanak-kanak. Cari hospital yang ada program Speech Therapy tau.

2. Di hospital tu, pakar kanak-kanak akan refer pada ENT (Ear, nose and throat). Anak kita kena uji pendengaran sebab nak tahu punca lambat cakap, sebab sakit telinga ka? Anak saya ditidurkan waktu ni dan bacaan signal otak diambil. Keputusannya ok. Pendengaran tak ada masalah.

3. Sebab telinga tak ada masalah, adalah sebab lainkan menyebabkan anak lambat cakap. Ibu bapa mungkin akan diberi questionare @ assignment untuk dijawab. Kalau di SDMC dia buat gini. Di Loh Guan Lye, Penang dia bagi test kat budak, tengok respond macam mana. Lepas tu, teruslah jalani speech therapy untuk bantu percakapan.



Tip ikut speech therapy dan aktiviti latih anak cepat bercakap



4. Speech therapy ni ikutlah ibu bapa nak bila. Seminggu sekali atau sebulan sekali. Kalau di DEMC Shah Alam, sabtu ja ada. Kisah beberapa tahun lepas ni. Sekarang tak pasti. Bayaran untuk speech therapy untuk 1 sesi 1 jam RM90 - RM100 di hospital swasta. Di hospital kerajaan pun ada tapi giliran panjang jadi kena Q sebab ramai. Jadi untuk tunggu sesi kita berulang tu mungkin ambil masa 1 ke 2 bulan. Latihan di rumah perlu kerap dan jangan lupa segala tip latih anak bercakap dan segala aktiviti yang kita buat bersama di speech therapy, ulang - ulang di rumah.

5. Ibu bapa juga boleh enroll anak-anak ke sekolah swasta atau kerajaan. Kami dulu hantar ke WQ Park, Kelana Jaya.


Itulah alkisahnya sampailah anak kita pandai dan lancar cakap.


Speech therapy ni bukan ja untuk anak tapi sebenarnya untuk mak bapak yang hadir juga. Apa yang diajar tu, kita kenalah apply dan buat sungguh-sungguh di rumah. Korang juga boleh bawa terus ke CDC di HUKM untuk tujuan sama.

InsyaAllah, nanti saya cerita apsal banyak sangat tempat saya pi untuk terapi pertuturan anak saya & juga gambar serta video yang saya buat. Buat masa ni, jemput baca 10 tip aktiviti anak di rumah yang boleh kita apply, hasil perkongsingan blogger parenting Ajlah.

Korang boleh hubungi saya juga kalau nak tanya pendapat apa2. Sikit2 tu saya bolehlah share hasil pengalaman lama. By the way, sekarang anak saya dah darjah 1 di sekolah kebangsaan biasa, Alhamdulillah.

Lebih lanjut tentang speech therapy dan kelas yang anak saya join ketika di Penang klik sini



Ibu anak-anak syurga,
ida Khairani
013 488 2382

0 comments: