Resepi bubur nasi ayam dengan keledek

9:13 PM ida ahmad 2 Comments

Makanan selain susu ibu boleh diperkenalkan selepas baby umur 6 bulan. Sebelum tu, sebaiknya eksklusif susu ibu. Kerana susu ibu sudah lengkap dan memadai untuk perut kecil bayi. Namun, ada bayi yang tak tunjuk minat terhadap makanan walaupun dah berusia 6-7 bulan. So tak perlu dipaksa dan tak perlu susah hati. Mulakan dan kenalkan makanan pejal bila mereka dan ready dan tunjukkan tanda-tanda bayi dah bersedia untuk makanan pejal.

Ibu kena bersedia juga. Kena baca apa yang boleh diperkenalkan untuk bayi usia 6 bulan, 6-8 bulan, 8-10 bulan, 10-12 bulan dan setahun ke atas. Saya ada kongsikan makanan bayi yang saya dah kenalkan pada baby Nuh Iman di usia 6 bulan, 6-8 bulan dan hingga kini.

Di sini ibu nak kongsikan resepi bubur nasi campur ubi keledek dan ayam untuk bayi 8 bulan ke atas.

Cara ibu..

1.Ambil segengam beras basuh dan letak air banyak2. Ibu masak dalam microwave untuk 20 minit. Tak perlu tutup.

IMG_4161.JPG

Bila siap begini rupanya.

2. Rebus ayam hingga lembut. Tak perlu masukkan garam.

IMG_4193-0.JPG

3. Cuci dan potong ubi keledek. Ni ubi keledek jepun warna ungu. Rebus juga sampai lembut.

IMG_4192-0.JPG

4. Bila semua dah siap masak, boleh campur dan kisar ikut tekstur dan sukatan yang anak suka.

Resepi bubur nasi ubi keledek ungu jepun untuk bayi

Tekstur bubur nasi untuk bayi

Kalau nak masak untuk sehari, 3 kali makan, boleh ja combine semua sekali masak atas api. Kena rajin tengok dan tambah air supaya nasi tak hangit.

Selamat mencuba!

Untuk anak setahun ke atas, ibu bapa boleh berikan Meal Shakes sebagai tambahan pada makanan utama untuk menyokong tumbesaran & meningkatkan imun badan. Mealshakes adalah multivitamin dengan protein dan serat dalam bentuk serbuk yang boleh dibuat minuman atau makanan.

Ida Khairani
013 488 2382

2 comments:

Fazira Aziz said...

Salam ida.. kebetulan esk memang tengah fikirkan apa nak masak untu baby Raudhah. Thanks for this entry!

visit me & follow me back
www.momsmilkyway.com

Assalamualaikum kak,

Rasa puri nie ala2 macam mana yea? k memang mrvlous? Nampak licin j bekas baby akak makan... ;)