Ibu ke Disneyland, Los Angeles

1:37 AM ida ahmad 0 Comments

Suka betul trip ke US ni. Usah tanya berapa bayaran masuk ke Disneyland sebab kami masuk PERCUMA ja sebab semua ditanggung beres oleh Shaklee. Bila ke tempat macam ni tanpa anak rasa kosong juga. Namun, bila fikir balik, oklah. Lain kali bawa anak-anak boleh layan dan fokus kat diorang ja. Kalau tak, ibu makan hati ja tak sempat main rides best2. Kekeke!!! Ibu pun berjiwa muda remaja + adventure, ok!

Tiket ke disneyland

Tiket pun dibawa balik sebagai buah tangan ke Nazhan

minnie-mouse-di-disneyland


Minnie yang nak bergambar dengan ibu. Layan ja la .

mickey toon town di disneyland

Comel town ni!

Tarikan di mickey toon town

Balai bomba & post office di Mickey Toon Town

Stesen minyak di toon town

Stesen minyak yang kuit miut di Toon town disneyland

Istana yang glamur di Disneyland width =

Istana yang sinonim dengan disneyland. Malam ada bunga api di sini

Gambar-gambar sekitar parade di disney





mickey-mouse-parade-di-disneyland

elsa-frozen-di-disneyland

Princess Elsa yo!

Pengalaman di Disneyland menang sangat syok dan menaikkan semangat lagi utk work harder in shaklee supaya dapat bawak anak-anak sendiri dan anak-anak Shaklee datang di masa depan!

Oh, sepanjang kt sini, ibu makan pisang ja. Diet seharian tu. Kalau nak dapatkan makanan halal mungkin boleh keluar dari Disneyland dan ke area berdekatan di luar & visitor boleh masuk balik dengan syarat kena cop invisible di tangan dulu sebelum keluar. Ibu x ada internet nak surf utk halal food tapi mengikut tour guide kami dalam Disneyland tak ada.

Untuk solat pula, boleh bertanya di City Hall. Dalam City Hall ada bilik yang diorang benarkan untuk solat. Ibu solat di bilik tu tapi ramai kawan-kawan solat ja di mana-mana area yag sesuai. Janji tak kacau orang. Like it
Love it !

tempat solat di disneyland, Los angeles

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments: