Travel ke US : Persediaan & Cara buat stok Susu ibu & training untuksusu botol

7:52 PM ida ahmad 1 Comments

Ibu sekarang dalam perjalanan ke US, insyaAllah untuk 10 hari lg. Buat pertama kali ibu tinggalkan anak-anak bawah penjagaan abah sepenuhnya.. Sedih, weird, risau, excited suam-suam.. It my me-time for the 1st time ever.. Never dream n never plan. Ini adalah reward dr bisnes shaklee sepanjang setahun. Cycle akan datang bakal ke Italy pula. InsyaAllah semoga next year, dapat bawa keluarga sekali.

Pertama kali berpisah dgn Nuh Iman yg berusia 7 bulan +, perlukan ibu buat stok susu sepanjang ibu tak ada. So apa yang ibu beli untuk tujuan membuat stok susu sepanjang 10 hari berjauhan ni adalah:

1. Plastik storage bag


Plastik storage untuk simpan susu yang diperah. Plastik storage ni lebih murah berbanding botol & tak makan space dalam frezer. Ibu beli brand Autumn rm12.50 untuk 25 keping & brand 'lupa nama' untuk harga rm10 ++ 25 keping. Disebabkan banyak stok EBM kena prepare , ibu habiskan semua bahan mentah sebelum fly ke US. So abah & tuk makan tapau ja la sepanjang ibu melancong. Kurang sikit tutup buka freezer.

Pada plastik storage bag ibu tulis tarikh dan jumlah susu dalam oz supaya bila nak minum, guna yang awal dulu. Kebanyakkan ibu prepare 3oz untuk Iman guna 1 sesi. Ada juga yang 1oz-2oz. Kalau Iman minum setiap 3 jam sekali 3oz, sehari akan ada 8 sesi. 8 x 3 x 10 hari = 240 pek EBM berisi 3 oz.

2. Warmer elektrik


Warmer elektrik untuk mudahkan abah nak hangatkan susu untuk Iman. Susu frozen ( EBM ) kena dicairkan dulu. So utk kegunaan esok, kena bawa turun dulu EBM tu dari freezer ke bahagian bawah peti ais. Susu yang masih sejuk dan dah cair / defroze, baru dipindahkan dari plastik storage ke botol susu untuk dipanaskan guna warmer elektrik. Ibu guna brand little bean, harga less 20% masa beli tu.



Warmer Little Bean



Macam mana nak guna warmer little bean? Dalam warmer kita isi air dan pusing ke gambar botol . Masukkan botol yang dah diisi susu. Lampu akan nyala. Bila suhu tu dah sampai 40 degree, dia akan auto off. Kita test la tengok susu tu dah suam ka belum sebelum bagi baby minum. Untuk makanan, pilih suhu yang ada icon bowl.

3. Breast pump


Breast pump ibu guna brand Avent. Memang dah beli sejak dari anak pertama, Nazhan. Masa beli pump elektrik dapat manual sekali. Selepas 6 tahun, yang pump elektrik tu dah rosak so ibu guna manual pump dan marmet ja la untuk purpose kumpul stok ni.

4. Streallizer


Microwave Steam Streallizer murah anakku

Streallizer pun memang dah ada. Ibu guna microwave steam streallizer brand Anakku Disney. Masa tertinggal streallizer ni di kampung, nak cari baru dah tak ada. Tak tahu la masih jual lagi tak. Memang best strealizer ni. Lepas basuh letak ja semu botol, pump, puting dalam tu, isi sikit air pada dasar dan masuk dalam microwave untuk 4 minit. Masa 2 hari tanpa streallizer, ibu just masukkan botol, puting dalam air sedang dimasak guna periuk atas api.

Ini hasil perahan susu ibu untuk Nuh Iman. Semoga susu ibu sentiasa cukup untuk anakku.

stok susu ibu banyak

Training menyusu botol, transition dari fully direct ke botol susu.

Ibu plan seminggu sebelum fly nak buat training utk Nuh Iman, tapi Nuh Iman tak sihat lepas raya & abah tak cuti. So sambil2 direct feeding & membuat stok, ibu sendiri bagi susu fresh pada Nuh Iman guna botol. Memang tak jalan langsung. Nuh main-main ja dengan puting tu. Hati ibu memang gelisah betul.. Dah tak excited nak ke US masa ni. Macam nak cancel pun ada.

Bila abah cuti sabtu, ahad terakhir tu, itu ja training yang betul2 tanpa ibu. Syukurrrrr sangat Iman nak minum bila abah bagi. Terima kasih Nuh Iman sebab sanggup mencuba dan sudi minum guna botol. Sayang Nuh Iman ketat-ketat tau.

Nuh Iman berjaya menyusu dengan botol selepas training yang sekejap

Masa malam waktu tidur tu, dalam 4 kali Iman jaga, 2 kali abah bagi guna susu botol. Iman layan Alhamdulillah. Bila Iman nak minum meniarap tu susah sikit untul botol. Tu yang dia boleh terjaga tu & nangis2. Takpa, insyaAllah nanti Iman akan biasa sebab anak kita ni pandai dan cepat adapt.

So hari ni, adalah masanya. Masa ibu tulis draft entry ni, ibu atas flight dah. Pagi tadi, Nuh Iman and abah hantar ibu ke airport KLIA. Abang Nazhan & Kak Iris tidur di rumah dengan tuk yang sampai semalam. Ibu sempat direct feeding Iman banyak dalam kereta masa hantar hero-hero ibu ke kereta dan sempat marmet untuk fresh EBM untuk sayang Nuh Iman. Syahdu sikit bila menyusu dan pesan-pesan kat Iman.

Pagi ni flight ibu ke LA guna Silk Airline (Regional Singapore Airline). Berlepas pukul 7.40 am lewat 10 minit, sampai Singapore 8.40. Teruss bergerak tanpa duduk pun di airport tu ke terminal 3, Changi Airport. Jauh berjalan & kena naik skytrain. Kalau yang tak larat jalan, silalah naik kerusi roda biar orang tolakan. Sampai di pintu A10 pukul 9.20am, terus masuk kapal yang dah sedia. Kami akan ke LA melalui Jepun. Kena stop isi minyak di Narita Airport, Tokyo. So, nak p Los Angeles, US ni, merasa la ibu airport singapore dan airport jepun. Oklah tu, sebelum holiday betul-betul dengan family ke Singapore dan Jepun.



travel tampa bayi yang mash menus



InsyaAllah kami sampai LA pukul 1.30 pm, selepas 19 jam perjalanan. KL-Singapore 45 minit, Singapore-Jepun 7 jam, Jepun-LA , 12 jam. Total atas flight saja dekat 20 jam! Suka tak??? Takpa movie banyak atas flight ni. Buku bawa banyak2 boleh baca. Tadi dah layan cita hindustan Chennai Express. Best!

Semoga pengembaraan ibu dengan geng Shaklee membawa rahmat, faedah dan motivasi buat diri dan anak-anak Shaklee Sxtraordinary Team. Terima kasih Allah atas peluang ni, TQ abang sebab bagi kebenaran dan full support.

Ibu anak-anak syurga,
Ida khairani
Shaklee independent distributor 846056
013 488 2382

1 comments:

[…] Selepas seminggu lebih balik dari US dengan mengekalkan konsep penting iaitu supply vs demand dan tip memperbanyakkan susu ibu, nampaknya susu kami tak meriah macam sebelum ni. Anak saya, Nuh Iman makan sangat banyak macam memang tak kenyang minum susu. Malah di sebelah malam, jaga banyak kali sangat bangun untuk menyusu. Bila saya bagi air kosong, minum macam sangat dahaga. Saya masih positif yang susu saya sentiasa cukup untuk dia dan tidak sesekali top up dengan susu formula lain. Sedangkan masa pi US pun saya tinggalkan EBM untuknya. […]