Sekitar hari raya pertama 2014

6:24 PM ida ahmad 0 Comments

Alhamdulillah, dapat merasa kemeriahan raya tahun ni. Pertama kali buat Nuh Iman. Tahun lepas masih pregnant. Raya tahun ni, selain dari baju raya kuning gold sedondon ni, anak-anak beli t-shirt baru. Seluar guna apa yang ada ja. Dari Nazhan turun ke Iris kemudian ke Iman. So, tak salah beli seluar jeans elok2, sbb memang boleh tahan lama.

Raya kami setiap tahun di Pulau Pinang sebab memang both Penang mali. Sehari tu memang boleh ronda rumah mak, mak mertua dengan tuk sekali.

SOlat hari raya dukung anak

Pertama kali juga Iman dapat solat hari raya dengan ibu. Pertama kali juga ibu solat dukung Iman sepenuhnya sebab Iman cranky pagi ni. Sebab xnak mengganggu jemaah lain dan safety purpose, ibu decide nak solat dukung Iman. Masa di masjid baru google camna rupa org solat dukung anak. Masa bulan puasa pun, sekali ja dapat terawih di masjid. Malam2 lain, Iman tidur awal sebelum sempat ke masjid. Sebab tu, Iman x biasa lagi kot.

Shaklee Ida Khairani Shah Alam dan Bukit Mertajam

Gambar diambil guna iphone dan monopod. Cun jugakan. Tak payah soh orang pegangkan dah. Trend sekarang selfie dan monopod. GoPro belum sampai seru lagi. Tudung Iris tu rembat ja mana yang ada, siap tudung sekolah tadika lagi. Sempoi!. Same with my tudung, tudung lama. Beli online dari kawan, labuh dan besar di bahagian belakang.. bidang besar. Tengah dok cari matching tudung, cuba yang tu masuk plk. Both my kak ipar, pakai tudung Bokitta. Gambar kat bawah ni.

Keluarga ida Khairani hari raya 2014





Masa jumpa tudung Bokitta tu di booth rasa tak berbaloinya beli, harga Rm1++ , end up macam shawl ja pun.
Harga shawl rm10 ja kot. Tapi bila tengok diorang pakai, cun jugalah. Ka sebab diorang yang cun. Haha!! Korang nampak tudung diorang serupakan .. tapi tak sama tau. Selamat.. Kang dah jadi boria Pulau Pinang. Corak sama tapi lilit2 tu tak sama. Tudung Bokitta ni mcm tudung express serlup ja tapi dah dililit dan dijahit siap2. Sesuai utk mak2 yg teringin berlilit - lilit tudung tapi anak suka menarik-narik tudung emaknya.

tudung<br /> bokitta close up

Kasi close up bagi yang nak cari tudung Bokitta! Kalau terjumpa orang jual ni, terjebak juga haku. Ya, dalam gambar tu, muka saya ja coklat, melayu asli. Maklumlah aktif sukan. Kuang kuang kuang !!!

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Ingat Shaklee, ingat Ida Khairani Ahmad

Ibu anak-anak syurga

0 comments: