Baju Batik Sutera di Pusat Kraftangan Malaysia

6:30 PM ida ahmad 0 Comments

Masa bulan puasa baru-baru ni, kami ada berbuka puasa di Pusat Kraf Tangan Malaysia di Jalan Conlay, KL. Sebab sampai awal, kami ronda la dulu. Ada kuih raya, kraf tangan dan paling banyak adalah baju sutera batik. Saya memang old school sikit. Saya suka baju batik utk hari raya. Selalu setahun sekali saya belilah baju batik.

Dulu-dulu ada tailor yang akan jahitkan utk saya. Tailor saya di Bukit Mertajam tu semakin uzur sampai sekarang saya xdapat pengganti tailor. So dah banyak tahun, beli baju ready made ja.

Saya tak aspect or plan pun nak beli baju raya di Pusat Kraf Tangan sebab saya rasa harganya pasti mahal. Selalu jumpa di butik Shah Alam, macam PKNS or even di Terengganu baju kurung ready made batik sutera harga rm300 paling murah dan
boleh cecah rm400-500 kalau design cantik atau ada manik.

Tak disangka-sangka di Pusat Kraf Tangan ni saya boleh dapat lagi murah. Tak tahu la offer raya, stok lama or org dah tak minatkan.. Haha!! Janji saya minat lagi & cantik di mata saya. Dapatlah baju kurung raya sepasang ikut taste saya iaitu batik & tak ikut shape body. First time baju batik saya ada manik2. Saya dapat pada harga rm270. Ada kedai yang dapat rm250, ada juga yang rendah lagi tapi tak ada size. Yang lagi mahal pun ada tapi budget saya range tu ja.

baju kurung batik sutera ready made

Paling rambang mata tengok jubah batik tapi sebab tak nursing friendly tak dapatlah beli. Jadi, kalau korang peminat batik sutera Malaysia silalah ke Pusat Kraf Tangan Jalan Conlay tu. Pilihan sangat-sangatlah banyak.

Kalau nak pergi ni alamatnya Pusat Kraf / Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur. Sebelah dengan Hotel Royale Chulan.

baju kurung batik raya 2014

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382

0 comments: