Resepi bengkang atau kuih bakar dengan pemanggang ajaib

6:27 AM ida ahmad 0 Comments

Share lah resepi yang sempoi, insyaAllah akan saya cuba. Hehe.. Disebabkan ada kawan share resepi bengkang ni, tengok cara-cara sangat senang untuk saya.. Jadi saya pun mencubanya. Ada orang panggil bengkang, ada orang panggil kuih bakar.



20140709-222225-80545580.jpg


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan air pandan atau pewarna hijau
1 cawan santan
1 cawan susu cair
Sedikit garam
Bijan
Sedikit Marjerin



20140709-223109-81069832.jpg

Cara-cara:
Blend semua bahan kecuali bijan & marjerin.
Panaskan marjerin pada pemanggang ajaib.
Kecilkan api
Tuang bahan yang dikisar
Bakar selama 20-30 minit dan kalih untuk 5-10 minit lagi.
Siap.



20140709-223827-81507380.jpg

Cuba tau! Nanti raya nak buat lagi insyaAllah. Bangga mak i. Haha!!



Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
Wilayah: Bandar Bukit Raja, Setia Alam, Shah Alam

0 comments: