Resepi ayam panggang percik mudah

8:00 PM ida ahmad 0 Comments

Awal Ramadhan dulu, ibu ada buat ayam percik. Macam2 resepi percik ada tapi yang ni paling sempoi. Rasa pun sedap. I likeee...!!! Cuba tau, senang sangat & rasa sedap!


Bahan-bahan untuk panggang ayam percik:


Ayam
Kunyit
Garam

Bawang besar 1 labu
Bawang putih 3-4 ulas
Halia 1-2 inci
Serai 1 batang

Cilibo / cili kisar 1-2 sudu
Asam keping 2-3 keping
Halba 1 sudu makan
Serai 3 batang

Santan 1 kotak
Garam sedikit

Cara-caranya masak ayam percik panggang:


resepi ayam



1. Ayam dilumur dengan kunyit dan garam kemudian dipanggang



ayam panggang percik



2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai kemudian tumis.



cara masak ayam percik



3. Masukkan cilibo, asam keping, serai yang diketuk dan halba & kacau.



ayam percik pemangang ajaib



4. Masukkan santan dan garam. Gaulkan ayam yang sudah dipanggang tadi. Tutup penutup pemanggang ajaib sehingga 15-20 minit atau sehingga masak. Siap!

Cuba tau! Resepi asal ibu ambil dari website nadia. Tq dear.

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments: