Minuman teh Cinch Energy Tea Mix untuk tenaga dan kuruskan badan

11:03 AM ida ahmad 2 Comments

Shaklee selalu juga bagi free cinch energy energy tea mix ni. Cuba sekali, tak kena selera tekak sebab tak bubuh gula. Sebab nak diet dan kekalkan keaslian, tak nak la letak gula.. tapi terbaru saya cuba guna MADU.. Hasilnya. AWESOME! Belum lagi letak dengan lemon. Mesti lagi kow. Sebab tak ada lemon, saya ada juga cuba dengan Performance Drink..MARVELOUS la! Dasyatkan, dengan teh bukan kopi, mampu mengelakkan mata dari mengantuk dan tenaga berpanjangan. Oh lagi best, sesuai untuk berdiet okey! Terus saya beli sekotak... Tak tunggu yang free dah dari Shaklee.

tenaga-cinch-tea-mix

Saya sering dapat free cinch energy shake mix ni bila join shaklee conference setahun sekali atau bila enjoy insentif percutian domestik dari Shaklee. Selalunya kalau dapat award atau beli tiket ke conference, bukan ja dapat masuk ..banyak lagi gift yang dapat seperti bag, majalah, risalah, sample produk, shaklee merchandise seperti pin baju, belon, car sticker dan wisel. So, silalah join ya!



Untuk yang bermalam di insentif percutian pula, malam2 tu bila kami turun dinner, adalah special dan surprise gift dari Shaklee. Last year dapat cinch energy tea mix ni la..tapi saya bagi pula free pada customer yang order barang. Tahun ni dapat collagen. Cinch energy teh mix semua  yang hadir conference 2014 (untuk reward cycle 2013 ) dapat sebagai sebahagian hadiah dalam goodie bag. Best tak buat Shaklee? Memang kerja dapat free gift jaaa.. Saya suka saya suka!!!


Ok, sambung cerita Cinch ENERGY TEA MIX balik...




Dalam rangakain Shaklee Cinch iaitu Cinch Shake Mix dan Cinch Energy Tea Mix ni memang semua untuk yang nak jaga badan, kurangkan inci dan kekalkan berat ideal.. Jadi Cinch Energy Tea Mix ni bukan sebarangan teh ya.  Ramuan dan diadun dengan Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang pasti umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. Nak lagi sedap, boleh tambah lemon, Performance Drink atau madu ikut selera tekak masing2 ya. Produk Shaklee ni memang fleksibel dan dibenarkan berkreatif ala chef.



[caption id="attachment_1018" align="aligncenter" width="300"]Minuman teh untuk tenaga dan bakar lemak untuk kurus Teh untuk kurus[/caption]

APA LAGI YANG PERLU TAHU TENTANG CINCH TEA MIX ?




• Ia pastinya selamat dan membantu peningkatan tenaga semulajadi. Teh Tenaga Cinch Mix ni boleh diminum secara panas atau sejuk.
• Sangat sesuai dijadikan alternatif minuman bergula dan kopi kerana lebih SIHAT dan BANYAK FAEDAH.
• Peningkatan tenaga segera. Boleh elak mengantuk sewaktu memandu dan bekerja!
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan so bolehlah dibawa ke mana sahaja dan diletak dalam poket atau handbag.

Produk Shaklee semestinya tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


TESTIMONIAL SAYA, SUAMI DAN RAKAN:




Cerita ibu menyusu yang dah lama gagal untuk berjaga lama

Saya berjaya stay up hingga 3 pagi kalau minum cinch energy tea mix ni tau. Sejak melahirkan Iman dan menyusu badan ni, susah juga nak stay up lama. Selalunya pukul 10 dah surender. Paling lama pun pukul 12. Kronik betul. Sekali minum cinch energy tea mix tu terus berjaya. Suka ibu! Alhamdulillah. Oh ya, selamatkah untuk ibu menyusu? Selamat ! Namun, kalau anak kita kecil lagi atau senang kembung minum teh, so jarakkan masa BF atau delay minum ya. Saya mula bila Nuh Iman dah 6 bulan lebih. Ikut kesesuaian baby masing2.



Cerita Suami yang menikmati Cinch Energy Tea Mix hasil tangan isterinya

Suami saya nak pergi out station ke Kerteh. Malam bertolak tapi sepanjang siang tu, kami keluar pagi sekejap dan petang keluar lagi sampailah malam. Selepas Isyak dan terawih di rumah, suami akan bertolak ke Kerteh. Saya risau dia mengantuk.. Jadi, saya pun buat Cinch Energy Tea Mix campur madu yang sangat lazat tu.. Saya pun tumpang sekaki share. Ingat nak bekalkan minum dalam kereta tapi dia nak minum di rumah ja bersama isteri yang cantik. Kuang kuang kuang.. Alhamdulillahhhh... Syukur sangat, perjalanan dipermudahkan dan beliau tak mengantuk langsung.



Cerita Suami kawan yang tak nak tidur tidur

"Bila nak tidur ni..haishhh..dari awal perjalanan sampai dah tiba mata tak nak tidur-tidur lagi.." Hafiz, suami Paa, ibu cergas.

Paling best, video sahabat saya ni. Pengakuan selepas mencuba Cinch Tea Mix yang sangat best hingga tak jadi mengantuk dan beri tenaga segera.





Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.



Rugi gila kalau tak cuba. Jadi, wajib Order Cinch Energy Tea Mix dengan klik sini atau hubungi hari ini ya barulah sihat lagi menyihatkan + KURUS + Bertenaga Maksima !

Ibu anak-anak syurga,

013 488 2382

Shaklee Independent Distributor 846056



Cara mudah jadi ahli shaklee
cars order shaklee

Email admin untuk pertanyaan

2 comments:

Cerita kehamilan dengan Vitamin kesuburan Shaklee

8:10 AM ida ahmad 0 Comments

Seronok dapat bantu orang & bertambah-tambah seronok dan bersyukur kalau bantu orang dapat baby yang sudah sekian lama dinanti. Set kesuburan Shaklee berjaya bantu ramai orang untuk merasai kehamilan.. Kami hanya membantu selagi terdaya, selebihnya adalah ketentuan Allah.



Saya rasa nak share testimonial customer saya ni. Beliau dah menanti untuk hamil selama sejak 2013. Sebelum mencuba set kehamilan, . Ini semua dah menjadi titik mula penjagaan kesihatan yang sangat penting ke arah kehamilan yang berjaya.



Selepas mencuba set kesuburan mengikut cadangan yang telah saya berikan dan dengan izin Allah ............... Akhirnya, Rita berjaya hamil.

20140723-101619-36979798.jpg



Untuk pengetahuan, Rita mengamalkan set asas b complex, vitalea & vit c dan suaminya zink & vit e. Sangat penting, kedua suami isteri fit & sihat supaya badan mampu hasilkan telur yang sihat & power. Tahu tak, stress & penat bekerja bukan saja hilangkan mood nak bersama yang boleh jejaskan hubungan intim... Malah walaupun bermood, stress tu boleh menjejaskan kualiti sperma mahupun ovum. Sebab tu, set asas vitamin tu, kita semua perlu ambil, apalagi yang merancang nak hamil.



Selain dari menyihatkan badan, mengurangkan stress dan beri tenaga, vitamin kesuburan yang khusus membantu menghasilkan sperma yang banyak, berkualiti dan power, membantu menaikkan rasa untuk bersama & membetulkan kitaran haid. Sebab tu, penting untuk share masalah dan dapatkan konsultasi terbaik dari saya supaya usaha tidak sia-sia. Vitamin untuk membantu kesuburan banyak dan boleh diamalkan mengikut masalah anda suami isteri.



Semoga ujian Allah membuatkan kita sentiasa berusaha mencari penyelesaian dan mendekatkan diri padaNya.



Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
013 488 2382

cars order shaklee







Cara mudah jadi ahli shaklee

Email admin untuk pertanyaan

0 comments:

Vitamin menambah kesuburan

10:40 AM ida ahmad 1 Comments

Set Subur Shaklee dihasilkan demi bantu ramai orang yang belum dikurnikan zuriat supaya menjadi lebih subur. Banyak vitamin dalam rangkaian produk shaklee yang dapat membantu meningkatkan kesihatan & kesuburan seterusnya menambah peluang untuk ibu hamil. Vitamin shaklee sesuai untuk suami dan isteri kerana kami sedar peratusan punca masalah kesuburan bukan datang dari sebelah pihak sahaja. Jadi, lebih baik kedua-dua suami dan isteri sama-sama ambil set kesuburan supaya peluang dapat zuriat lebih cerah.

Antara masalah kesuburan yang jadi punca gagal dapat zuriat tapi kita tak sedar adalah:
- badan tak cukup fit
- berat badan berlebihan
- hormon tak stabil
- sukar agak waktu subur
- sperma sedikit
- sperma lemah
- kurang nafsu

Masalah kesihatan yang lebih serius perlukan nasihat dan bantuan dari doktor
- pcos
- saiz dan bentuk rahim tidak normal


Antara vitamin shaklee yang HOT dan membantu masalah kesuburan adalah:
- zink
- vitamin e
- gla
- esp
- coq10
- vitalea
- b complex
- vitamin c
- alfalfa

Cadangan set vitamin kesuburan untuk masalah-masalah sukar hamil

Set kesuburan Lelaki:
Zink, vitamin e, coq10

Set kesuburan Wanita:
GLA, Alfalfa, B Complex

Set kesuburan Asas Suami Isteri:
Vitalea, B complex, vitamin C

Set kesuburan Premium
Vitalea, b complex, vitamin c, gla, coq10, zink


HOT TIP Kesuburan

- cara kira waktu subur

- Zink membantu sperma untuk lebih kuat dan sempurna

- Vitamin E dinamakan vitamin CINTA

- B complex mengandungi Asid folik Kritikal dan patut dimulakan sejak merancang untuk hamil lagi

- Vitamin C dan E anti oksida yang kuat yang melindungi sel dari rosak dan gagal untuk hamil

- COQ10 bantu beri kuasa dan tenaga berganda

- GLA bantu menggandakan cecair pada faraj bagi bantu sperma berenang !!!


Alhamdulillah, ramai pelanggan yang sudah berjaya hamil dengan izin Allah, supplemen Shaklee yang hebat dan KONSULTASI Eksklusif dari ibu. Dalam dok bantu orang, diri sendiri terlekat juga dan lahirkan Nuh Iman. Hehehe
!!!!

Ibu anak-anak syurga,
Ida khairani
shaklee independent distributor 846056

1 comments:

Didik anak boikot produk yang bantu Israel dan zionis

8:17 PM ida ahmad 0 Comments

Anak-anak saya suka minum air coklat termasuklah m***. Jadi, macam mana nak boikot produk
N***** yang sangatlah banyak terutama yang menjadi minuman sejak dulu. Boleh..! Pasti boleh! Sebagai ibu, benda yang sepatutnya kita buat adalah konsisten.



Anak-anak ibarat span. Mereka senang dengar dan terima. Bila mereka dah terima tapi pada masa lain, lain pula ceritanya, mereka akan confius. So tugas kita jangan bagi mereka confius jadi kena konsisten jika mengajar dan memberi contoh. Sekali tak boleh, 2 kali tak boleh, bila-bila tak boleh dan kita sendiri tak boleh jadi contoh sebaliknya.



Ibu memang dah banyak kali dah remind dan cakap... Selalunya memang straightly No M***! Malam ni, bila abah yang bawa ke kedai Shell, tiba-tiba Iris pilih M***. So tugas ni harus dipikul oleh both parents. Kalau ibu tak boleh, abah boleh.. Again, confius for the kids.



ajar-anak-boikot-israelIbu tak expert part explain2 ni but i'm trying...



Conversation dalam kereta dengan my kiddos



Ibu : We cannot drink M*** because they help bad guys to kill good guys. If we buy N***** or M*** or Coco C*****, its like we help the bad guys to kill the good guys. Faham tak?

Nazhan: Faham

Iris : Saya tak faham.. I can not understand.

(Anak-anakku kalau cakap BM memang skema)

Ibu : If we buy and drink M***, they will give the money to help bad guys. Then, the bad guys will kill the good guys. So, we dont want to help the bad guys to kill the good guys. We want to be good guys right. Understand Iris?.

Iris: Yes, i understand..

Ibu: Iris faham?

Iris : But can u say it again.. I want Nazhan to say it.

Ibu: Haha!! Iris tak faham la tu. Iris tak fokus yaa..

All: Hahahaha!!

Iris : I dont want to drink this anymore.

Ibu: Its ok. You can finish this. This is the last time ok.

Iris: No, i dont it anymore.



Nampak berjaya walaupun haru sungguh cara ibu explain tapi InsyaAllah anak-anak ibu faham. Kerja nak bagi faham anak-anak ni, bukan kerja sehari. Kadang2 diorang test consistency kita.. Dah explain banyak kali tapi setiap kali jumpa dok minta juga.. So cuba bertenang, bagi pilihan lain dan terangkan balik.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments:

Resepi ayam panggang percik mudah

8:00 PM ida ahmad 0 Comments

Awal Ramadhan dulu, ibu ada buat ayam percik. Macam2 resepi percik ada tapi yang ni paling sempoi. Rasa pun sedap. I likeee...!!! Cuba tau, senang sangat & rasa sedap!


Bahan-bahan untuk panggang ayam percik:


Ayam
Kunyit
Garam

Bawang besar 1 labu
Bawang putih 3-4 ulas
Halia 1-2 inci
Serai 1 batang

Cilibo / cili kisar 1-2 sudu
Asam keping 2-3 keping
Halba 1 sudu makan
Serai 3 batang

Santan 1 kotak
Garam sedikit

Cara-caranya masak ayam percik panggang:


resepi ayam



1. Ayam dilumur dengan kunyit dan garam kemudian dipanggang



ayam panggang percik



2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai kemudian tumis.



cara masak ayam percik



3. Masukkan cilibo, asam keping, serai yang diketuk dan halba & kacau.



ayam percik pemangang ajaib



4. Masukkan santan dan garam. Gaulkan ayam yang sudah dipanggang tadi. Tutup penutup pemanggang ajaib sehingga 15-20 minit atau sehingga masak. Siap!

Cuba tau! Resepi asal ibu ambil dari website nadia. Tq dear.

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments:

MH17 dalam kenangan, Al-Fatihah

6:44 PM ida ahmad 0 Comments

Kapal terbang Malaysia Airlines MH 17 dari Amsterdam ke KL terhempas di Ukraine, di kawasan sedang bergolak dan dikuasai pro-Rusia, timur Ukraine dekat sempadan Rusia. Lebih dasyat dan mengejutkan pesawat telah ditembak!!!



Ibu sangat stress dengan realiti ini. Sifat kemanusian dah semakin hilang pada manusia. Sanggup tembak pesawat awam yang tiada langsung kepentingan dalam pergolakan mereka. Ya Allah, tolonglah kami mencapai keamanan dunia.



justice-for-mh17





Sekarang, selepas 24 jam kejadian..
Kawasan kejadian masih tiada pasukan yang bertauliah dan selayaknya tiba. Macam mana dengan bukti-bukti yang perlu dijaga untuk melancarkan penyiasatan dan memastikan penyiasatan telus.



Bertabahlah wahai keluarga yang terlibat. Sebagai orang seagama dan senegara pun perasaan marah, sakit hati, sedih bergolak dalam diri.. Bagaimanalah dengan bahu yang memikul. Saya sedar, ramai yang redha kerana kita ada Allah. Segala yang berlaku adalah ujian dan membuktikan kita tiada kuasa dan upaya dan sepenuhnya harus meletakkan kebergantungan pada Allah.

Peristiwa ini diharap dapat bawa perubahan & pengajaran untuk

▶️ Malaysia harus jadi negara yang kuat dan berpengaruh. Dalam negara kita berbangga airport canggih, jalan hebat, airlines yang 5 star... Namun bila sesuatu terjadi, kita tak berupaya melindungi customer @ rakyat kita.

▶️ Pasukan keselamatan kita harus diperkukuhkan & diperkuatkan. Janganlah sampai orang tak takut nak buat penganiyaan pada rakyat dan jenayah pada negara kerana pasukan kita tak cukup integriti untuk menyelesaikan masalah.

▶️ Jangan kita alpa dengan hiburan & pembangunan sahaja tetapi asas kekeluargaan dan agama wajib diterapkan dengan betul.



Part bawah ni tak releven tapi saya nak share ja, pendapat tanpa bukti yg kukuh dah tauliah...

- Ukraine dapat tahu rancangan pemberontak nak tembak so bila pesawat Malaysia minta untuk fly higher diorang disapprove. Jahatlah part ni kalau betul.
- Rusia & pihak pemberotak memang plan tembak target lain tapi tak sangka yang ditembak adalah Malaysia Airlines. Whhhyyy???!!!
- so sekarang pihak terlibat pakat salahkan pihak lain dan pakat clearkan bukti.



Sedikit coretan dari hati & jiwa yang kacau..

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani

0 comments:

Lecitin untuk clogged duct / bengkak susu

9:25 PM ida ahmad 0 Comments

Ibu mengsyorkan lecitin Shaklee untuk ibu yang mengalami clogged duct iaitu saluran susu tersumbat. Bagaimana nak tahu jika ibu mengalami clogged duct? Selepas menyusu badan atau mengepam susu, payudara sepatutnya tidak penuh seperti sebelumnya dengan syarat anak minum banyak. Jika payudara masih lagi bengkak dan menyakitkan, kadang-kadang sampai ibu demam, kemungkinan clogged duct / bengkak susu / liang susu tersumbat berlaku. Ibu boleh mengambil lecitin dan melakukan petua seperti di bawah. Selalunya ibu berpantang akan mengalami bengkak payudara tapi masalah ni tidak terhad pada ibu berpantang sahaja. Jika production susu banyak sepanjang penyusuan, tetapi susu gagal dikeluarkan, bengkak payudara boleh berlaku bila-bila masa.



demam bengkak susu 


Petua jika berlaku bengkak susu, clogged duct / saluran susu tersumbat?


> Amalkan lecitin shaklee

> Mandi shower air suam dan halakan air ka atas payudara

> Lakukan urutan payudara untuk melancarkan proses penyusuan

> Lakukan marmet, mengeluarkan susu dengan tangan selain dari mengepam

> Letak daun kobis yang disejukkan

> Perhatikan lubang-lubang pada puting payudara semasa berdiri di hadapan cermin untuk mengenal pasti liang yang tersumbat. Keluarkan susu yang tersumbat secara berhati-hati

> Menyusu bayi sekerap mungkin

ibu gembira anak gembira jika tidak bengkak susu


Bagaimana lecitin boleh membantu liang payudara tersumbat a.k.a clogged duct?




Kemungkinan besar lecitin membantu masalah clogged duct ( plugged duct) dengan sifat lecitin yang mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak poli tak tepu dalam susu. Lecitin sememangnya berfungsi memecahkan lemak di saluran darah dan digunakan oleh orang yang nak kurus dan turunkan paras kolestrol.



Selain itu, lecitin biasa digunakan sebagai pengemulsi iaitu bahan penstabil dalam makanan seperti coklat. Lecitin ni special sebab ada unsur hidrofobik dan hidrofilik. Hidrofobik bermaksud ada pertalian dengan minyak dan lemak. Hidrofilik bermaksud mempunyai pertalian dengan air. Kepekatan dalam susu ibu semasa clogged duct terjadi dikurangkan dengan pengambilan lecitin untuk membantu masalah ini.



gambar bengkak susu, clogged duct



The reason why lecithin may help resolve and prevent plugged ducts is not clear. PerDr. Jack Newman, “It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” Lecithin is an emulsifier (used to keep fats/oils dispersed and in suspension): phospholipid molecules (such as lecithin) contain hydrophobic and hydrophilic elements; the hydrophobic portion has an affinity for fats and oils, and the hydrophilic portion has an affinity for water.


Cara makan lecitin untuk atasi clogged duct !


Tidak syak lagi, Lecithin Shaklee disyorkan untuk membantu masalah saluran bengkak susu atau plugged duct. Masalah ini perlu diatasi sebelum menjadi lebih serius seperti sakit 'mastitis', pengambilan antibiotik atau pembedahan. Dos yang disyorkan biasa untuk masalah plugged duct atau liang susu tersumbat adalah 3600-4800 mg lesitin setiap hari, atau 3-4 kali sehari mengikut kandungan kapsul lecitin. 1 kapsul lecitin shaklee mengandungi 520mg. Jadi, ibu boleh ambil 7-9 kapsul selama mengalami bengkak susu yang teruk. Selepas satu atau dua minggu keadaan ibu semakin pulih, ibu boleh mengurangkan dos ke 3-6 kapsul. Jika tidak ada liang susu tersumbat dalam satu ke 2 minggu, ibu boleh mengurangkan pengambilan lecitin secara gradually. Ibu mungkin perlu terus mengambil 1-2 kapsul setiap hari jika clogged duct masih berlaku sebaik sahaja tidak mengambil lecitin.


Banyaknyaaaa!! Tak overdose kaa??


Menurut "The Doctor’s Vitamin and Mineral Encyclopedia" oleh Sheldon Saul Hendler, MD, Ph.D. (1990, ms. 258-269), dos maksimum lesitin adalah 50 gram sehari. Syor dos maksimum untuk clogged duct ialah 4.8 gram sehari, kurang daripada 1/10 daripada dos maksimum yang disarankan. Jadi, ia selamat untuk ibu menyusu mengambilnya.



teknik lekapan yang betul ibu menyusu elak bengkak susu

HOT Tip !!!




✔️ ibu menyusu yang alami masalah kekurangan susu boleh ambil set penyusuan susu ibu yang super awesome ni.

✔️ baca kelebihan lecitin lain seperti untuk KURUS, pelembab, ekzema & untuk OTAK cergas!

✔️ selain lecitin, yang nak kurus boleh top up herblax dan alfalfa menjadi set slimming basic.

✔️ ibu menyusu yang sedang mengambil ESP untuk menambah susu dan kesihatan tetapi sedang mengalami bengkak susu boleh menghentikan pengambilan ESP sementara. Bila bengkak susu sudah pulih, boleh amalkan ESP semula.



Semoga bermanfaat!



cara beli lecitin shaklee



Klik sahaja untuk beli Shaklee


-> Lecitin 

-> Set Penyusuan Premium

-> Set Slimming Basic 

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

013- 488 2382



Cara mudah jadi ahli shaklee







cars order shaklee







Email admin untuk pertanyaan

0 comments:

Lecitin Shaklee - bantu untuk kurus lebih cepat

8:14 PM ida ahmad 2 Comments

LECITIN tu apa?


Lecitin adalah supplemen yang dicadangkan dalam set kurus walaupun ia adalah sejenis lemak. Lecitin penting untuk  badan dan dihasilkan secara semulajadi dalam badan oleh hati tapi dalam kuantiti yang sangat minima. Hati bukan saja menghasilkan lecitin semulajai malah memerlukan lecitin untuk melancarkan fungsinya. Lecitin adalah komponen utama dalam membran sel kita. Kita juga boleh mengambil lecitin dari supplemen, soya dan telur. Lecitin Shaklee adalah dari soya.



[caption id="attachment_169" align="aligncenter" width="170"]Lecitin Shaklee Lecithin[/caption]


APA FUNGSI LECITIN?


Biasanya lecitin digunakan juga untuk membantu masalah daya ingatan seperti untuk dementia dan alzheimer. Selain tu, lecitin juga orang diambil untuk masalah hempedu, hati, sesetengah jenis sakit tekanan perasaan, kolestrol tinggi dan masalah ekzema. Sebab itu ada customer yang memberi feedback, masalah ekzemanya berkurangan selepas mengamalkan set kurus yang mengandungi lecitin. Ada orang menggunakan lecitin sebagai pelembab. Terbaikkk!


APA KAITAN KOLINA, FUNGSI OTAK DAN LECITIN?



Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.


PERBEZAAN LECITIN SHAKLEE


Lecitin shaklee adalah halal. Kapsulnya adalah dari bovine gelatin iaitu lembu. Lecitin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik, bukan - GMO iaitu tidak diubah secara genetik yang boleh mengakibatkan kesan buruk. Setiap 1 kapsul leicitin mengandungi 520mg lecitin soya termasuk 80mg kolina dan 48 mg inositol yang bagus untuk otak.  Lecitin yang dirembeskan oleh badan akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tidak tepu. Seperti biasa tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Untuk mendapatkan lecitin yang terbaik untuk  pelangsingan, tekanan darah tinggi dan pemecahan lemak, sila hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi terbaik.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 4882382

2 comments:

Resepi bengkang atau kuih bakar dengan pemanggang ajaib

6:27 AM ida ahmad 0 Comments

Share lah resepi yang sempoi, insyaAllah akan saya cuba. Hehe.. Disebabkan ada kawan share resepi bengkang ni, tengok cara-cara sangat senang untuk saya.. Jadi saya pun mencubanya. Ada orang panggil bengkang, ada orang panggil kuih bakar.



20140709-222225-80545580.jpg


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan air pandan atau pewarna hijau
1 cawan santan
1 cawan susu cair
Sedikit garam
Bijan
Sedikit Marjerin



20140709-223109-81069832.jpg

Cara-cara:
Blend semua bahan kecuali bijan & marjerin.
Panaskan marjerin pada pemanggang ajaib.
Kecilkan api
Tuang bahan yang dikisar
Bakar selama 20-30 minit dan kalih untuk 5-10 minit lagi.
Siap.



20140709-223827-81507380.jpg

Cuba tau! Nanti raya nak buat lagi insyaAllah. Bangga mak i. Haha!!



Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
Wilayah: Bandar Bukit Raja, Setia Alam, Shah Alam

0 comments:

Ostematrix Shaklee - untuk sakit pinggang, kejang, ibu hamil dan susuibu

8:07 PM ida ahmad 2 Comments

Pentingkah kalsium tambahan untuk diambil?

Adakah tulang penting untuk anda? Untuk pengetahuan, tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh kita. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Kalsium umpama makanan tulang kerana pembinaan utama tulang adalah dari kalsium. Jadi, mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah sangat penting bagi mendapatkan kesihatan optima secara menyeluruh.

kalsium ostematrix shaklee

Dalam banyak-banyak, supplemen kalsium di pasaran, kenapa kena pilih Ostematrix Shaklee?


OsteMatrixTM Shaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Tablet ostematrix  yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Yang paling best, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Siapa yang perlukan Ostematrix?



Semua yang ada tulang, perlukan Ostematrix untuk penjagaan dan kesihatan tulang. Individu yang mengandung, berpantang, menyusu, kerja kuat, kanak-kanak sedang membesar lebih memerlukan kalsium.



siapa perlukan kalsium










Sumber kalsium semulajadi boleh didapati dari


sayur hijau seperti brokoli, susu, keju dan ikan



sumber kalsiuam semulajadi


Berapa dos kalsium yang diperlukan kita?


 dos kalsium yang diperlukan dewasa, ibu, dan kanak-kanak


Boleh rujuk gambar dosage kalsium di atas. Ostematrix Shaklee membekalkan 1200 mg kalsium dalam 4 tablet. Jadi untuk keperluan lengkap harian, kita patut ambil 4 biji ostematrix. Disyorkan ambil 2 bj siang dan 2 biji malam tapi jika kesan tak memuaskan boleh ambil 4 biji sebelum tidur dengan segelas susu.



Selamat mencuba! Saya sangat sukakan ostematrix shaklee dan berpuas hati dengan hasilnya. Ostematrix Shaklee adalah antara produk terbaik yang sangat cepat memperbaiki nilai kesihatan kita. Tak percaya, cubalah! Confirm anda jatuh cinta.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Ida Khairani

013 4882382

cars order shaklee







Email admin untuk pertanyaan






Cara mudah jadi ahli shaklee

2 comments:

Cara Berpantang Paling Lengkap, Mudah dan Berkesan

8:22 PM ida ahmad 1 Comments

Assalamualaikum :).Tahniah! Mesti yang membaca ni ibu mengandung atau suami yang sedang survey set semasa berpantang untuk dihadiahkan buat isteri selepas bersalin nanti. Anda mesti mencari apa yang terbaik yang dapat bantu pemulihan segera dalam tempoh berpantangkan. Apa kata, Ida bantu dengan berkongsi pengalaman Ida dan pelanggan yang telah mencuba Set Berpantang yang paling awesome, lengkap, mudah dan paling penting - BERKESAN ! Bukan nak cita over, tapi just sharing dari hati..

berpantang-dengan-shaklee

Dalam artikel ni, korang akan dapat info-info best termasuklah






Jadi, bila ja khatam artikel ni, sudah pasti yang membaca tanpa skip, akan dapat manfaat dan pengetahuan yang akhirnya membantu buat pilihan dan pembelian tepat

Korang akan
√  jimat masa untuk survey
√  terus tahu apa yang korang aspect bila cuba set berpantang shaklee
√  jatuh cinta dengan produk shaklee walaupun belum cuba!



Ok, jom ida cerita detail..


Perbandingan dan pengalaman ida amalkan beberapa set berpantang




Selepas Ida melahirkan Nuh Iman, anak ketiga Ida memang Ida tak ambil set berpantang jenama lain untuk dalaman selain vitamin untuk ibu berpantang Shaklee sahaja. Masa anak pertama dan kedua, Ida guna Salindah dan Leesa Formula. Semua best sebenarnya tapi Ida rasa masa Ida ambil Shaklee ni usia dah cecah 30-an dan sakit melahirkan anak lebih dasyat. Jadi proses pemulihannya perlu lebih intensif. Mujurlah masa ni Ida dah kenal Shaklee.

Berpantang buat pertama kali

Masa anak pertama & kedua, luka jahitan perenium almost none. Berpantang macam orang tak bersalin ja sebab tak rasa sakit langsung. So, dari day 1 dah segar bugar. Selepas beberapa hari berpantang anak pertama, tiba2 sakit punggung yang amat. Masa ni fikir kesan epidural kot. Tangan pulak sakit dok support Nazhan menyusu semasa Ida baring. Selain tu, pinggang dan belakang pun sakit bila bongkok atau dukung Nazhan. Ok..lepas tu Ida mula ambil kalsium Ostematrix Shaklee. Eh, ada juga selit Shaklee rupanya. Amazingly, sakit2 di tangan dan punggung hilang. So masa ni, set berpantang yang Ida amalkan tu belum cukup untuk cover simptom kekurangan kalsium yang Ida alami. Nasib baik di top up dengan Ostematrix hasil sedar diri fasa pertama.

Berpantang dengan anak kedua
Bila melahirkan Iris, Ida dah ambil Shaklee semasa mengandung, so lepas bersalin tu ambil set berpantang apa tak ingat. Mungkin LF juga. Walaupun masih mengharapkan epidural masa bersalin tu, sakit punggung dah tak ada masa berpantang. Alhamdulillah.. tempias amalkan Ostematrix dan vitamin Shaklee lain semasa mengandung, even dukung Nazhan pun tak rasa sakit melampau macam dulu. Proses berpantang masih lagi mudah dan senang sebab usia yang masih muda. Masa ni dah kena jaga anak seorang & baby, tapi badan sihat dan cergas, Alhamdulillah kerana dipermudahkan.

Berpantang dengan Shaklee bila anak ketiga

Masuk anak ketiga dan usia pun dah 30-an di samping rutin harian yang lebih padat dengan anak-anak, proses berpantang kali ketiga agak berlainan. Bersalin kali ni, pertama kali tanpa epidural dan malangnya mengalami koyakan perenium yang agak teruk. Huhu. Gara-gara angkat punggung sewaktu meneran bayi keluar. Pengajaran berharga, "Jangan Angkat Punggung" bila meneran nak bersalin tu. Lepas 30 hari, Ida dah kena drive sebab Nazhan dah mula sekolah darjah 1 dan encik suami out station. Jadi walaupun tak rasa segar bugar cepat macam dulu2 akibat jahitan perenium yang besar, Alhamdulillah tempoh 44 hari berpantang dengan vitamin Shaklee membantu pemulihan Ida dengan sempurna. Walaupun mak bising tak ambil sebarang herba dan jamu, kena tadah telinga dan Allah tetap izinkan kami sihat anak beranak.

Back to TOP

pilih-shaklee

Apa lebihnya vitamin berpantang Shaklee berbanding JAMU


Sebenarnya ada bayi yang sensitif dengan jamu. Ada bayi yang tak tahan panas. Ada bayi yang senang dapat ruam. Anak ketiga Ida begitu. Masa berpantang, kulit dia naik ruam panas. Walaupun tak teruk sangat tapi kulit dia tak licin. Ida dah cuba letak tepung ubi tapi tak jalan. Ida memang tak berani ambil ubat yang mengandungi chemical atau streoid untuk sapu. Kelak kulit anak kita akan terhakis dan jadi semakin nipis dan sensitif pula. Ida tak kisah sangat kulit dia tak licin sebab Ida yakin, kulit bayi belum cukup matang. Nanti dia akan jadi licin juga dan sekarang memang kulit Nuh Iman dah licin pun. So ibu - ibu jangan risau ya & kalut boh lotion pelbagai ya.



Namun, walaupun kulit bayi akan jadi matang dan cantik, kita sebagai ibu takkan la nak biar ruam semakin banyakkan. Untuk elak ruam ni, benda2 herba dan panas memang kena elak. Banyak benda Ida elak sebab nak tahu apa punca ruam ni termasuklah makanan yang orang syorkan untuk ibu berpantang seperti lada hitam. Jadi, jamu-jamu yang panas tu sangatlah TAK OK untuk bayi yang sensitif dan senang dapat RUAM PANAS.

Kalau baby ekzema pun ibu bapa kenalah test apa yg trigger ekzema baby dan perlu elak untuk makan. Oleh kerana kita sendiri dalam proses pemulihan dan perlukan makanan berkhasiat, vitamin berpantang Shaklee adalah sangat sesuai dan selamat untuk diamalkan semasa berpantang.



Ida sendiri bersyukur pilih VITAMIN SHAKLEE untuk BERPANTANG. Ida tak ambil Alfalfa Shaklee lagi sebab alfalfa ini herba juga. VITAMIN BERPANTANG Shaklee lain memang selamat untuk bayi kerana ia adalah vitamin yang sama terdapat dalam sayuran dan buah-buahan kita cuma lebih kosentrasi, dos yang mencukupi untuk pemulihan badan dan teramat senang disediakan. Ambil dan telan ja. Tak pahit dan tak ada flavour apa pun so "saya suka saya suka."

Back to TOP

shaklee-berkesan


Betulkah Set Berpantang Shaklee Berkesan?


Ramai yang risau, sebab sejak kecil kita dah diasak dengan jamu untuk berpantang. Kalau anak kita tak sensitif, kita boleh ambil jamu dan vitamin Shaklee serentak tapi jarakkan masa. Malah vitamin dari klinik dan yang disediakan doktor pun boleh. Masa anak pertama dan kedua, saya dapat vitamin free , sebab tu saya ambil serentak semua. Namun, untuk lebih jimat dan peace of mind ketahuilah, vitamin Shaklee sudah mencukupi.

Cukup berkesankah? Semasa dalam pantang, kita digalakkan makan ikan haruan. Ikan haruan ni kaya zink untuk cepat baik pulih luka. Maka  ZINK Shaklee dalam set berpantang Shaklee juga begitu.

Mengikut pengalaman sendiri, hasil check up selepas sebulan melahirkan, memang doc mengesahkan rahim dah kecut dan naik ke position asal. Selepas sebulan juga, saya sudah mampu memandu sendiri dan selepas 44 hari berpantang, rasa ngilu di bahagian jahitan dah totally gone.

Back to TOP


Apa isi kandungan set berpantang shaklee untuk ibu lepas bersalin ni??


Set Asas Berpantang mengandungui 4 supplemen iaitu
 -> Zink, B Complex, Vitalea dan Vitamin C.
Klik untuk order set berpantang asas shaklee  direct ke pintu rumah anda :X

Set Premium Berpantang mengandungi 5 supplemen
- > Zink, B Complex, Vitalea dan Vitamin C dan Energizing Soy Protein.
Klik untuk order set premium berpantang direct ke meja office anda :D.

Back to TOP



Berapa harga setiap set bersalin Shaklee ini dan berapa lama boleh bertahan?


Harga set asas berpantang sangat murah iaitu RM268.75
Ia adalah untuk kegunaan semasa berpantang bukan sahaja
sampai 44 hari malah 4 bulan iaitu 120 hari. Gila jimat!

Set premium berpantang shaklee berharga RM418.75
Set berpantang premium shaklee adalah untuk 4 bulan. Hanya ESP jika diambil sebanyak 3 kali sehari, bertaham selama sebulan setengah. Jika diambil 1 ke 2 kali sehari, boleh tahan lebih lama. Jika dicampur dan dipelbagaikan resepi, boleh hingga 4 bulan kerana hanya ambil 1 sudu sekali minum seperti saya. Stok ESP saya memang tahan agak lama kerana saya mencampurkan dengan cinch shake mix dan mealshakes. Formula nak kurus cepat ni.

Back to TOP


Adakah hanya set berpantang shaklee sahaja dah cukup? Apa fungsi setiap
Vitamin dalam set berpantang Shaklee yang bermanfaat untuk ibu bersalin?


Set berpantang shaklee sudah mencukupi jadi tak perlu membazir.

Di dalam set shaklee ada b complex yang berfungsi untuk mengelakkan meroyan, beri ketenagan, menukar makanan kepada tenaga. Jadi ibu lebih happy, tenang, sihat dan bertenaga.

Dalam set ini ada juga vitalea dan vitamin c. Vitalea membantu melancarkan pembuangan dan melengkapkan kekurangan nutrisi dalam diet ibu berpantang. Vitalea juga ada zat besi yang sangat kritikal untuk elak anemia dan bantu pembinaan hemoglobin di dalam darah.

Diambil dengan vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dalam vitalea. Vitamin C sangat penting untuk membaik pulih dan meningkatkan imun badan. Diharapkan ibu cepat sembuh dan kuat untuk menjaga bayi & anak2 lain.



vitamin-asas- shaklee

Zink dalam set ibu berpantang Shaklee sangat disukai ramai. Zink memainkan peranan merawat luka dalaman ibu bersalin. Selain tu, zink juga sangat penting untuk elakan keguguran rambut. Sekitar usia bayi 5 bulan, rambut ibu akan banyak gugur kerana proses semulajadi dan juga kerana kekurangan nutrisi. Jadi teruskan mengambil zink dan ESP untuk membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan menguatkan akar rambut.

Menurut Dr Zubaidi, tahap zink yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami “post-natal depression” (meroyan). Begitu juga dengan keperluan zat besi dan Vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru. Beliau sendiri sangat rekomenkan pengambilan vitamin Shaklee.

Dalam set premium ada ESP a.k.a Energizing soy protein. ESP ni adalah protein unggul yang sangat banyak
manfaat. Ia memberi tenaga, bantu pemulihan, bantu pembinaan tubuh bayi dengan memperkaya nutrisi susu ibu dan banyak lagi. ESP turut menjadi MILK booster untuk saya dan banyak ibu lagi. Bonus extra lain pun dapat juga seperti kulit yang lebih sihat dan cantik. Luka juga cepat baik.

Back to TOP


Supplemen lain untuk top up pada set berpantang Shaklee untuk tujuan penyusuan.


Untuk susu jadi banyak, ibu kena amalkan supply vs demand. Jangan down bila susu sikit sebaliknya terus menerus memberi. Kelenjar susu yang konsisten di stimulasi oleh bayi, pasti akan menghasilkan susu yang banyak. Kata kuncinya kena konsisten dan tidak putus asa.

Mood dan kesihatann ibu juga membantu dan set berpantang ini sudah cover keperluan itu.

Jika masih tidak mencukupi, cadangan saya adalah



Ostematrix @ kalsium
- merupakan komponen penting susu ibu.
- menjadi MILK Booster
- memberi ibu tenaga dan cover keperluan kalsium seorang ibu BF yang sangat kritikal.
- saya amalkan kalsium kerana saya memang tak cukup kalsium. Kalau termiss beberapa hari, badan saya memang sakit-sakit kerana kalsium untuk bayi yang menyusukan diberi keutamaan oleh badan kita. Mereka akan dapat kalsium dari kita hingga cukup selebihnya sahaja tinggal untuk kita. Kalau ada ibu yang tak ambil ESP atau ostematrix, tak makan sayur, tak minum susu, masalah akan jadi lebih kronik.



sumber-kalsium-semulajadi



Alfalfa
- untuk bayi yang tidak ada masalah kulit sensitif, ya ini adalah MILK booster yang sangat mustajab dan glamur di kalangan ibu.
- ibu boleh ambil dari 2 biji ke 10 biji mengikut keperluan badan dan keperluan bayi.
- ia adalah kegilaan ibu-ibu berkerjaya yang sibuk menyimpan stok EBM semasa berpantang



Lecitin
- kadang2, ibu akan mengalami bengkak susu.
- ini berlaku bila ada saluran susu yang tersumbat.
- bengkak susu boleh jadi juga bila susu ibu tidak diperah sebaiknya atau payudara tidak dikosongkan.
- keadaan boleh jadi lebih serius dan parah jika bengkak susu tidak diselesaikan.
- lecitin membantu mengelakan bengkak susu.
- selain tu, lecitin membakar lemak di saluran darah dan membantu proses menurunkan berat ibu dan menurunkan risiko sakit jantung.
- so ibu yang nak kurus cepat, sila top up lecitin dalam set berpantang anda.

Back to TOP

Banyak betul info yang Ida kongsikan khas untuk persediaan ibu bersalin nanti. Harap sekarang anda yakin dan memilih set berpantang shaklee kerana ia sangat komprehensif.


VIDEO Testimonial Ibu Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee !


Tak percaya dengan keberkesannya? Tonton video ibu yang berpantang dengan set berpantang ini. Lebih hebat lagi, anaknya adalah premature baby.. di mana ibu ni perlu pulih lebih cepat dan proses berpantang yang lebih memenatkan berjaya diatasi!







Back to TOP

Boleh klik link ini untuk lebih banyak testimonial para pelanggan Shaklee.

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

013 488 2382


Email admin untuk pertanyaan cars order shaklee Cara mudah jadi ahli shaklee

1 comments:

Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja, Shah Alam dan Setia Alam

3:05 PM ida ahmad 0 Comments

Mencari Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja? Semestinya sayalah tu. Sekarang ni ramai betul yang mencari Shaklee. Stok wajib ada terutama untuk membantu pelanggan dan peminat shaklee yang suka ambil sendiri atau dihantar sendiri. Pilihan pos sentiasa ada untuk yang jauh & suka fleksibiliti. Kalau anda tinggal berhampiran dengan Bandar Bukit Raja, Shah Alam atau Setia Alam, anda ada pilihan dan keistimewaan untuk ambil produk Shaklee di rumah saya atau meeting point yang memudahkan kedua-dua pihak. Kelebihan lain, anda dapat konsultasi face to face dari saya. Kalau pemalu, tak apa. Just ambil barang dan kita berhubung semula melalui whatapps, PM facebook, email atau phone call.

[caption id="attachment_560" align="aligncenter" width="220"]Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja[/caption]

Bandar Bukit Raja ni dekat ja dengan Setia Alam dan Shah Alam Seksyen 7. Kalau nak datang sini, saya suka exit NKVE Setia Alam berbanding Bandar Bukit Raja. Bandar Bukit Raja adalah bandar yang akan maju seperti jiran-jirannya. Hehe.. Saya suka Setia Alam sebab easy access to NKVE & tak jam. Senang nak balik kampung. Hope selamanyalah begini. Selain tu, bagi ibu bapa yang sedang mencari barang keperluan bayi selain dari supplemen Shaklee, kedai online LittleWhiz tu dekat ja dengan rumah saya. Kedainya di tingkat 1, shoplot di Setia Alam. Bila beranak kecil, saya akan mula jadi pelanggan setianya. Haha!!



Apa yang anda boleh dapat dari kedai online ibustory adalah supplemen Shaklee yang mantap dan terbukti berkesan. Kami ada rangkaian vitamin yang hebat dan no. 1 seperti Vitalea, Vitamin c dan Energizing Soy Protein.

Antara set vitamin Shaklee yang hot dan jadi permintaan ramai dan boleh didapati dari saya di Bandar Bukit Raja adalah:



1) Set Tambah Susu Shaklee


- yang membantu membanyakkan susu ibu
- yang memberi tenaga pada ibu
- menguatkan antibodi ibu dan bayi
- membantu ibu untuk lebih tenang dan gembira


2) Set Kurus Shaklee


- membakar lemak
- rendah kolestrol
- rendah indeks G.I
- bantu kenyang lebih lama


3) Set Gout Shaklee


- bantu singkirkan asid urik
- bantu mengurangkan bengkak dan lancarkan pergerakan


4) Set Kecantikan Shaklee


- bantu wajah berseri
- bantu kurangkan parut jerawat


5) Set Rambut Shaklee


- kurangkan masalah rambut gugur
- kurangkan masalah kulit kepala berkerak


6) Set Berpantang Shaklee


- membantu ibu untuk pulih
- memudahkan proses berpantang
- bantu stabilkan emosi ibu



Banyaklah sangat set dan vitamin Shaklee. Malah produk getclean shaklee pun ada seperti penapis air Water Pitcher dan Basic H. Anda boleh baca kelebihan setiap satu vitamin shaklee di page vitamin. Anda ada kelebihan untuk memilih 1 atau 2 vitamin jika tak mampu nak beli 1 set. Semuanya bergantung pada budget dan betapa besar kemahuan anda untuk berubah jadi lebih sihat.



Jadi, untuk jiran-jiran di Bandar Bukit Raja dan bakal pelanggan di Setia Alam dan Shah Alam, jangan lupa untuk dapatkan rangkaian vitamin Shaklee dari saya. Anda juga boleh mendaftar keahlian Shaklee terus dengan saya dan menikmati harga diskaun ahli.

shaklee ida khairani

Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382

0 comments: