Petua nak jadi jutawan dermawan

8:14 PM ida ahmad 0 Comments

Beberapa minggu lepas Ida ada join seminar NLP ( Neurolinguistic Languange Programme) dan LUA (Law Of Universal Attraction ) oleh Ateh @ Zuhairi Nopiah. Masa seminar tu, ida juga beli buku tulisan beliau. Jadi nak share jugalah ilmu dan kesedaran yang Ida dapat dari seminar dan pembacaan buku LUA ni.
20140522-125039-46239143.jpg

Seminar dia sangat best dan tinggalkan kesan mendalam. Dalam bisnes atau kehidupan kita, kadang-kadang kita stuck lama kat certain stage. Kita dah usaha habis baik, tapi masih xada perubahan. Makin slow or makin kebawah.
20140522-125746-46666100.jpg

Perlu diingat, kejayaan yang kita kecapi so far adalah kerana Allah. Nak lebih maju haruslah minta pada Allah. Niat kerana Allah. Barulah boleh jadi berjaya dan bahagia. Ramai orang kaya raya tapi jiwa kosong, hati tak tenang atau kekayaan tak kekal lama.

Ok, macam mana pulak yang rasa dah niat kerana Allah. Tahu tak, untuk Allah sayang kita kena kenalah bersyukur padaNya. Untuk menjadi magnet kekayaan dan kebahagian, kita kenalah jadi seorang yang POSITIF. Macam mana nak jadi positif kalau banyak masalah silih berganti, banyak alasan atau rasa tak ada apa untuk disyukuri kerana hidup pun kais pagi makan pagi.

Hakikat sebenarnya, terlampau banyak nikmat Allah yang kita dah dapat tapi kita gagal untuk menyedarinya. Untuk menarik tenaga positif, bersyukurlah kerana syukur merupakan getaran perasaan yang mempunyai gelombang berfrekuensi positif.

Dalam ayat 7, surah Ibrahim, Allah berkata, " Sekiranya kamu bersyukur, pasti kami menambah kepadamu.."

Tak percaya yang Allah dah bagi banyak pada kita, amalkan tulis nikmat Allah setiap hari dan jana tenaga positif dengan kesyukuran yang tidak terhingga. Tulis...

Saya bersyukur kerana saya masih hidup
Saya bersyukur kerana ada anak-anak
Saya bersyukur anak - anak saya boleh bercakap
Saya bersyukur kerana ada duit untuk makan
Saya bersyukur kerana ada perut untuk rasa kenyang
Saya bersyukur kerana ada mulut untuk merasa dan bercakap
Saya bersyukur dapat suami yang rajin tolong jaga anak
Saya bersyukur kerana ada kereta untuk pergi bekerja
Saya bersyukur kerana dapat parking
Saya bersyukur suami ada kerja

The list never end... Bersyukur tak? Allah beri semua ni pada kita!!!

.. dan Allah tak suruh kita stop berusaha kerana nikmat yang Allah dah beri tetapi Allah suruh kita minta dan minta lagi padaNya kerana Allah Maha Pemurah.

Bila kita dah berjaya create tenaga positif dan sedar yang kita ni banyak kebaikan dan kelebihan yang Allah dah bagi, jiwa kita lebih tenang dan lapang. Rezeki terbentang luas untuk dikutip. Masalah bukan lagi alasan tetapi adalah ujian untuk kita bersyukur dan belajar bersabar.

Semoga bermanfaat. Jom jadi lebih berjaya dan bahagia.

Super ibu,

Ida khairani
Shaklee iD 846056
~m.i.k.a~



Cara mudah jadi ahli shaklee cars order shaklee

0 comments: