Petua elak anak demam berlarutan

2:37 AM ida ahmad 1 Comments

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM



1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2.  Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

3. Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang daripada anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dalama sungai yang mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x, 7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah..

4. Daripada Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.



5. Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Jampi Ayat Quran untuk rawat demam

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
ruqyah untuk rawat demam

Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”

“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”
Bersabarlah wahai ibu abah, sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.

Petua elak anak demam



Petua Ibu untuk elak demam berlarutan

Berdasarkan hadis dan petua orang tua juga nasihat doktor, ibu akan lakukan beberapa petua untuk elak demam dari berlarutan.

1.  Check suhu. Kalau dah ada anak kecil, wajib kita ada termometer. Termometer ada beberapa jenis, yang jenis sukat di ketiak, dahi atau telinga. Kami guna digital termometer yang sukat suhu di telinga. Bila bacaan melebihi 37.5 degree, warna jadi merah dan menandakan demam. Kalau guna termemoter yang di sukat di ketiak, bacaan 36.7 degree menunjukkan sudah demam. 

2. Lapkan badan dengan tuala yang direndam air suam. Ibu juga fokus pada bahagian pelipat dan sensitif iaitu ketiak, perut, dahi dan kepala.

3. Mandikan anak dengan air suam. Kalau guna air sejuk, badan akan terkejut. Mulakan dengan kaki baru naik ke atas.

4. Cool fever. Kami hanya guna untuk 1-2 jam sahaja sehingga cool fever dah sampai limit kemudian buang. Ada doktor cakap, bila sampai limit, cool fever dah tak boleh membantu menyerap haba panas.

5. Bagi anak minum air kosong banyak untuk elak dari kekeringan atau terhidrat atau kerapkan menyusu untuk bayi. Tanda-tanda hidrasi seperti mata mencengkung, bibir atau mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik. Kalau bayi, kerapkan menyusu.

6. Alhamdulillah anak - anak ibu selalu demam tak lama. Sebagai ibu kalau kerisauan semakin menebal dan suhu masih tidak turun-turun juga, sila dapatkan doktor segera. Selalunya ibu spondge dan mandikan dengan air campuran beberapa titis Basic H Shaklee...Syuuuhh pengalaman sendiri ni ya tapi Alhamdulillah memang berkesan.

7. Oh, untuk Nazhan dan Iris, ibu dah mula perkenalkan Meal Shakes Shaklee (klik untuk info lengkap) sebagai supplemen harian. Nazhan pada usia 4 tahun dan Iris pada usia 2 tahun. Meal shakes boleh di ambil bermula pada usia setahun ke atas. Caranya mix 1 sudu teh Mealshakes dengan air susu mereka, EBM, jus atau dimasukkan dalam resepi masakan mereka seperti cup cake dan pan cake. Minuman boleh di kacau atau di shake, supaya mudah larut, berbuih dan naik aroma vanila. Mesti anak suka.

Mealshakes yang bernutrisi tinggi bantu badan anak menyerap zat dan meningkatkan imun badan. Kalau masih baby, saya sangat confident dengan keunikan dan nilai nutrisi susu ibu. Tambahan pula, saya memang ambil Vitalea dan Vitamin C. Bila anak demam atau saya sendiri mula rasa nak demam, saya ambil Nutriferon iaitu imun booster Shaklee. Bila anak dah wean off, jadi makanan merekalah menjadi tempat bergantungan dan sumber utama pembinaan sistem imun. Dalam Mealshakes turut ada vitamin A,C, E dan Zink iaitu agen anti oksida yang penting melawan jangkitan penyakit. Saya memang rasa bersalah kalau benda kecil macam ni pun, saya tak boleh sediakan. Ini ja kot usaha kecil saya yang boleh bantu sokong tumbesaran dan kesihatan mereka. Precaution is better than cure, right. Lagi best, Mealshakes turut ada serat yang tinggi yang membantu pelawasan dan elak sembelit. Namun, kena juga ajar anak makan sayur dan buah-buahan yang kaya vitamin dan serat, ya tak?



Selain dari petua yan sudah ibu amalkan, ibu share juga petua petua tambahan lain untuk elak anak demam berlarutan.

  • Minum air badak

  • Mandikan dengan air asam jawa. Caranya ramas sebuku asam jawa ke dalam sebesen baldi dan jurus badan.

  • Ramas daun bunga raya dengan air dan lapkan badan dengan air tu.

  • Minum air kelapa muda

  • Tempek parutan ubi kayu di dahi. Bila kering, ganti dengan parutan ubi kayu yang baru.

  • Tumbuk daun sirih dan pinang hingga lumat, campurkan dengan sedikit air. Kemudian lap ke kepala anak.

vitamin anak mealshakes

Bagi ibu, daya pertahanan badan anak kena ditingkatkan dari awal. Sebab tu tambahan vitamin yang boleh menguatkan imum badan sangat penting dan jadi pilihan ibu. Oh ya, kadang2 sakit kita atau sakit anak kita adalah tanda ingatan Allah pada hambanya. Cuba check amal ibadat kita ada yang kurang atau tidak juga pastikan gaji dan rezeki kita berkat. Jangan sedih kerana Allah masih sayangkan kita dan nak kita mengingatiNya juga. Seperti hadis di atas,  "..sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam.."



Super Ibu,

iR Ida Khairani
Shaklee ID 846056

Cara mudah jadi ahli shaklee

ordershaklee

TANYA-PASAL-SHAKLEE









1 comments:

Hero Borneo said...

bagus info ini..anak-anak jika demam risau ibubapa dibuatnya