Teknik percussion dan steaming bantu bayi keluarkan kahak dan hingusboleh dilakukan di rumah

9:32 AM ida ahmad 2 Comments

Ida nak kongsikan tip yang Ida dah cuba dan tulis di blog peribadi, ceriterakami.blogspot.com. Teknik steaming dan percussion yang bertujuan untuk membantu keluarkan kahak dan hingus anak kecil kita. Baby atau budak bawah setahun selalunya belum reti nak keluarkan hingus ni.. Akibatnya, mereka lebih senang selsema, sesak nafas dan hidung tersumbat. Jadi, keadah stim dan teknik tepuk percussion ni bolehlah mak ayah buat di rumah..



Baca ya catatan dari blog peribadi Ida ni.



...kahak dan hingus boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia. Bronkitis terjadi bila mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Jadinya ruang udara menjadi kecil dan boleh akibatkan batuk.





Selalunya bayikan tak pandai nak keluarkan kahak dan hingus. Jadi bila anak-anak ada masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, selsema, pernafasan berbunyi atau wheezing, ibu bapa akan pergi ke klinik untuk menggunakan nebulizer yang membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna alat untuk menyedut keluar kahak dan hingus. Di rumah juga kita boleh buat konsep dan tujuan yang sama, cuma guna alatan apa yang ada.
Untuk Nuh Iman, ibu gunakan kaedah stim (wap air) dan percussion (teknik tepuk). Untuk steaming, ada beberapa cara. Ibu guna besen yang berisi air panas dan ibu hancurkan tablet garlic Shaklee untuk kesan antibiotik pada wap air.











Besen berisi air panas dan tablet garlic untuk kaedah steaming keluarkan kahak bayi
Besen berisi air panas dan tablet garlic





Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan

-food warmer

-bottle sterilizer

-periuk nasi elektrik

-on shower air panas dan bila bilik air dan berwap, masuk bersama bayi selama 15 minit

-besen berisi air panas



Tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti

- tablet bawang putih 'Garlic Complex Shaklee' yang dihancurkan

- minyak bawang putih

- bawang putih yang diketuk

- habatus sauda











Stim keluarkan kahak: Posisi bayi
Posisi condong bayi semasa steaming



Macam mana posisi bayi untuk steaming ni?



Baringkan bayi mengadap wap air.. Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki  bayi dan kaki biar lurus. Kalau nak cover dengan selimut lagi bagus tapi baby memang meggelupurlah. Bagi kena wap air tu ke muka bayi.. Stay selama 10-15 minit. Time ni baby memang akan nangis kow-kow dan muka merah.. Parents kena tabah sikitlah.. Kita nak diorang getting better kan.. Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit seperti fungsi nebulizer.













Cupping : Keadaan tangan semasa tepuk bayi
Cupping





Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak-kahak. Boleh dilakukan selepas steaming tapi ibu buat semasa steaming juga.. Sambil Nuh Iman meniarap, Ibu tepuk2 belakang Nuh Iman. Bukan direct tulang belakang tapi sebelah kiri dan kanan dan tangan dalam keadaan cupping iaitu melengkung di tengah. Jika nak buat selepas steaming, boleh alas perut bayi dengan bantal juga semasa percussion dilakukan.













Steam dan percussion bantu kahak dan hingus keluar
Hingus dan kahak yang keluar





Hingus dan kahak akan keluar sambil bayi menangis. Nuh Iman memang nangislah... Lagi baby nangis, lagi banyak hingus dikeluarkan. . Kalau keadaan bayi anda lebih serius, boleh buat lebih lama. Macam Nuh Iman, saya buat tak lama sangat dalam 10-15 minit dan hingus yang keluar warna putih sahaja.. Selepas proses steaming dan percussion, ibu follow up dengan nasal aspirator..sedut saki baki yang tinggal..















Nasal Aspirator untuk sedut hingus
Nasal Aspirator untuk sedut hingus

Finally, kenalah bagi upah susu hasil kerjasama Nuh Iman... Sayang anak ibu. Selepas 2 hari teknik ni dibuat, bunyi wheezing Nuh Iman hanya kadang2 ja dengar dan malam semasa menyusu pun dah tak berbunyi. Tidur lebih lena.. Suka ibu.. Kalau anak-anak yang lebih serius sakitnya, teknik ni boleh dibuat 1-2 kali dalam sehari..











Susu ibu yang menenangkan
Best buddy







Semoga bermanfaat ;)

iR Ida Khairani

2 comments:

Alin said...

Good job ibu & thanks for sharing.

Ida Khairani said...

Welcome Ucu.Muah muah