Kisah ketaq lutut.. Woodlands itu singapura.

6:05 PM ida ahmad 0 Comments

Ibu memang suka holiday dan pamper myself. Abah, kalau nak bagi hadiah apa untuk ibu bawalah holiday atau belanja spa ya. Lamanya tak pergi.. Siapa nak buka spa, jangan lupa untuk buat kids friendly ok. Ini demand untuk working from hom mom macam ibu. Seminggu selepas cuti sekolah kami ke Johor Bahru ikut abah lawat kapal. Jadilah short family vacation di samping tu ibu ambil peluang juga untuk dating dan coaching Shaklee dengan anak (downlines) di Johor.



Kami bergerak ke Johor, pagi Sabtu. Lepas Subuh dah siap2 dan tapau breakfast sebab ibu akan suap abah :D dan keluar dari Bandar Bukit Raja dalam pukul 8 pagi. Alhamdulillah, sampai Johor Premium Outlet pukul 10.45, first pit stop. Tujuan singgah nak ushar hadiah untuk anak - anak Shaklee juga. Bulan lepas buat cabaran untuk anak - anak dan janjikan reward hand bag Bonia. Itu ja dulu. Nak yang lagi awesome, kenalah performance pun super awesome.



[caption id="attachment_29" align="aligncenter" width="225"]shopping saran di johor premium outlet Shopping at Jpo[/caption]



Kami gerak keluar dari JPO pukul 12 + dan check in di hotel pukul 1. Pukul 2 abah dah start meeting di Port Tanjung Pelepas. Ibu plan nak jumpa anak Shaklee petang lepas Asar, namanya Eliy. Eliy pun nak spend masa dengan family dulu. Johor Ahad sekolah so Sabtu last cuti. So lepas dia dah berjimba dengan family, pukul 6 baru nak dating. Kami keluar dari hotel pukul 5. Kami bermaksud ibu dan my 3 babies.



Kami nak ke Jusco Skudai, setengah jam perjalanan. Ibu gunakan bantuan WAZE. Namuuunnnnnn.... ada jalan yang waze tak update lagi. So, jalan dari Hotel Renaissance ke Jusco Skudai tu korang kena aware ya. Last2 ibu terlepas ke jalan nak ke Singapore. Untuk perhatian lagi, Woodlands adalah Singapore bukan Johor atau Tanah Kayu ya. Adoilahh. Singapore yang ibu tau Temasik, Jurong, Changi dan Walt Disney ja. Kenapalah signboard tak letak 'Singapore' ja.. So ibu dan gelabah tahap dewa sebab tak nampak jalan U-Turn. Kalau ada prepare passport memang ibu p Singapore terus dah.



[caption id="attachment_30" align="aligncenter" width="300"]kastam johor tengah ketaq lutut[/caption]



Untuk yang tiada passport dan nak U-turn ke Johor dari kastam, korang kena parking tepi dan ke office yang berada di tengah2 lanes yang sesak, bawa mykad dan ingat no plat kereta. Ibu pula kena melintas dengan bawa 3 anak kecil. Perasaan time haru biru tapi maintain cool. At least bahasa bukan barrier. Kalau jadi mcm ni kat Arab or Siam lagi haru. Lepas dapat pelepasan dari office Imegresen, kena follow arahan nak ke mana. Jangan terlepas melintas jambatan pula. Ada gate lagi satu untuk U-turn, abang kastam jaga. Akhirnya selepas cabaran ala-ala Amazing Race tu, kami selamat tiba di Jusco Skudai dengan selamatnya dan jumpa my anak Shaklee.



iR Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor 846056

0 comments: