Pengalaman mengandung, traveling dan melahirkan Nuh Iman di DEMC

12:17 PM ida ahmad 0 Comments

Sekarang keluarga kami telah berlima. Alhamdulillah, pantang pun dah settle. Sebelum terlupa, ibu nak share pengalaman melahirkan Nuh Iman, putera kedua dan anakanda ketiga kami.

Pengalaman mengandung Nuh Iman pun sangat berbeza dengan abang Nazhan  dan kakak Iris. Sepanjang mengandungkan Iman, ibu memang sentiasa bergerak maklumlah driver hantar abang and kakak pergi dan balik sekolah. Lebih kurang minggu ke -20 pula kami follow abah ke Terengganu out station. Toilet train Kak Iris pula..Jadinya mengandung kali ni di usia 30an pula perlukan kekuatan fizikal dan mental. Peneman ibu adalah vitamin mengandung Shaklee. Bisnes Shaklee pun dibawa bersama ke Terengganu. Ada juga ketika perlu ke pos opis dan beratur panjang. So terasa kepayahan seorang ibu mengandung tu...dapat pahala banyak la hendaknya. Semoga Iman pun menjadi anak yang kuat dan sihat hasil dari co-training dengan ibu semasa di dalam rahim.

Masuk minggu-minggu akhir kehamilan tu, ibu rasa Iman akan keluar awal. Masa tu ibu mengalami sakit girdel pelvis. Ibu tak di dignose pun. Bila bagitau doktor, doktor cuma cakap normal. So, google2 sendiri ja la sebab risau punya pasal. So rasanya sakit itulah yang ibu alami. Banyak ligamen menjadi lembut untuk persediaan bayi keluar namun turut menyebabkan otot, sendi dan pelvis terutama bahagian bawah punggung sakit kerana berat bayi yang semakin membesar. Suspend juga kalau sakit berpanjangan. Alhamdulillah sangat2, sekarang dah sembuh sepenuhnya. Rasa 3 minggu selepas melahirkan Iman jugalah ambil masa untuk pulih sakitnya. Kena pula, Iman agak besar dengan jahitan di perineum yang juga lebih kurang tempat yang sama.


Kali ni, first time ibu deliver anak di semenanjung, selangor dan di demc tampa bantuan epidural. Hehe. Nazhan dan Iris sah-sah epidural.. Maklumlah ibu muda.. Padahal dua2 comel molek dan tak la lama sangat sakitnya. Bila dah start 4cm memang contraction lebih cepat tapi ibu jenis tak lama.. tapi bila dah sakit sangat 4 cm tu, rasa nak tunggu 8-10cm mesti lagi sakit..sebab tu dulu ambil edpidural. Namun kali ni sebab dah tau tak lama, memang bertahan ja..dan sakitnyaaa...ohhh myyy...

Sehari sebelum Iman deliver, ibu dah turun darah tanpa sebarang rasa sakit. Pergi demc, memang tak ada bukaan lagi. So terus berjalan-jalan ke shopping mall since tak admitted. Di demc, check bukaan di labour room. Budak2 tak boleh masuk. Apa lagi masa bersalin nanti. Labour room jauh dari wad so memang tak boleh nak tinggal anak2 di wad. Compare labour room di Columbia Miri, Nazhan dulu tunggu di luar labour room ja masa ibu bersalinkan Iris tapi di DEMC x dapatlah..dalam labour room area tu ada 5 labour room lagi.

Esoknya tuk dah sampai..Lega2. Pagi 18hb Disember tu dah regular contraction.. Sampai tengah hari ja..lepas tu dah tak regular. Pukul 3 ibu dan abah keluar rumah ke Shah Alam Plaza cari camera. Tak dapat pun..Kemudian terus ke DEMC. Kali ni dah buka 4 cm lebih kurang pukul 6.45 petang. Alhamdulillah.. Doc aspect tengah malam tapi ikut pengalaman tak lama ni..

Pukul 7, abah pergi maghrib dan tapau makan. Doc pesan soh makan untuk energy. Kemudian bermulah contraction yang tak berapa cool. Nurse bawakan makanan, nasib baik katanya. Nurse ni baik sangat.. Tenang ja rasa.. Namun bila contraction dah semakin sakit, ibu dah gelabah..mana doktor ni.. Time nilah nurse tukar shift dan ibu dapat 2 nurse yang tak berapa mesra. Tragis2. Cakap lembut tapi muka kelat. Apakahh?


Pukul 8 ke 8.30, bukaan dah 9 cm..ibu asyik2 suruh nurse cek ja..sebab rasa sakit sangat dan nak doktor ada.. Rupanya di DEMC ni, semua nurse yang buat, doktor datang time baby dah nak keluar pun.. Tu pun ibu taktaulah apa function 2 nurse dan doktor selain sambut baby.. Huhu.. Sebagai ibu yang sedang bertarung nyawa, we need support. Time tu supporter ibu hanya abah dan Iman. Nurse boleh sembang kow kow..Ibu memang tak ada kudrat nak sound or ambil tahu apa yang mereka tengah sembang.. Mulut kumat kamit zikir dan bagi semangat pada diri sendiri dan Iman.. Alhamdulillah, pukul 9 Nuh Iman selamat dilahirkan.. Tangan abah habis calar balar ibu buat. Mujur ada abah yang minta ibu push dan tarik nafas semuaa.. Semoga 2 nurse tu tak buat perangai gitu pada patients lain dan doktor boleh tegur mereka bukan join sembang sama.





Nuh Iman dilahirkan dengan berat 3.52 kg..Semangat.. Paling herolah dia.. tapi pengalaman jaga anak besar ni senang banyaklah.. tak rasa fragile dan seriau.. Nanti ibu share lagi kisah Nuh Iman hero ibu ya.


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: