Cara keluarkan kahak dan hingus bayi di rumah dengan kaedah steaming dan tepuk percussion

9:53 PM ida ahmad 13 Comments

Beberapa bulan lepas, group whatapps geng sekolah ibu 'soksek' sembang pasal anak2 tak sihat, kena neb, warded.. ibu hanya mampu baca dan bersimpati dengan anak2 ni... ibu bekerja kenalah ambil cuti menjaga anak-anak yang sakit. Syukurlah anak2 ibu jarang sakit dan ibu pun ada ja di rumah kalau mereka sakit tak perlu mengambil cuti.. Alhamdulillah, Allah izinkan ibu cari rezeki dari rumah sambil jaga anak2 sendiri.

Rupanya ilmu yang dikongsikan mereka, akan ibu gunakan pula untuk Nuh Iman. Abah pun ada share link untuk dibaca. Nuh Iman ni sejak lahir memang tak berhingus dan tak selsema. Namun bila MALAM SEMASA MENYUSU, nafasnya berbunyi SERAK, WHEEZY..Macam banyak kahak dan hidung tersumbat tapi masih boleh bernafas semasa menyusu. Lepas menyusu dan ok, tidur dah tak bunyi. Kadang-kadang ja la selepas menyusu, tak selesa nak tidur balik dan kena tidur meniarap baru lena. Lepas seketika, ibu akan pusing bagi tidur terlentang atau mengiring.


Menurut member ibu, anaknya pun mengalami simptom sama. Dia bawa jumpa Dr. Nadir di Klinik Wangsa. Dr. Nadir ni memang glamur juga di kalangan parents yang ada anak mengalami masalah pernafasan. Teori doktor selepas member ibu cerita keadaan anaknya adalah maybe kahak dah mampat. Macam dalam botol berisi kacang yang mampat, kita goncang tak akan berbunyi. Lepas guna nebulizer dan sedut dengan getah, banyak juga kahak keluar...


So hari ni, ibu buatkan teknik stim dan percussion untuk mencairkan kahak Nuh Iman jika ada. Risaukan sekarang ni banyak bayi yang meninggal dalam tidur, mungkin mengalami kesukaran bernafas semasa mereka tidur dan kita tak sedar. Lagipun kahak dan hingus boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia. Bronkitis terjadi bila mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Jadinya ruang udara menjadi kecil dan boleh akibatkan batuk.


Selalunya bayikan tak pandai nak keluarkan kahak dan hingus. Jadi bila anak-anak ada masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, selsema, pernafasan berbunyi atau wheezing, ibu bapa akan pergi ke klinik untuk menggunakan nebulizer yang membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna alat untuk menyedut keluar kahak dan hingus. Di rumah juga kita boleh buat konsep dan tujuan yang sama, cuma guna alatan apa yang ada.



Untuk Nuh Iman, ibu gunakan kaedah stim (wap air) dan percussion (teknik tepuk). Untuk steaming, ada beberapa cara. Ibu guna besen yang berisi air panas dan ibu hancurkan tablet garlic Shaklee untuk kesan antibiotik pada wap air.

Besen berisi air panas dan tablet garlic untuk kaedah steaming keluarkan kahak bayi
Besen berisi air panas dan tablet garlic


Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan
-food warmer
-bottle sterilizer
-periuk nasi elektrik
-on shower air panas dan bila bilik air dan berwap, masuk bersama bayi selama 15 minit
-besen berisi air panas

Tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti
- tablet bawang putih 'Garlic Complex Shaklee' yang dihancurkan
- minyak bawang putih
- bawang putih yang diketuk
- habatus sauda

Stim keluarkan kahak: Posisi bayi
Posisi condong bayi semasa steaming

Macam mana posisi bayi untuk steaming ni?

Baringkan bayi mengadap wap air.. Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki  bayi dan kaki biar lurus. Kalau nak cover dengan selimut lagi bagus tapi baby memang meggelupurlah. Bagi kena wap air tu ke muka bayi.. Stay selama 10-15 minit. Time ni baby memang akan nangis kow-kow dan muka merah.. Parents kena tabah sikitlah.. Kita nak diorang getting better kan.. Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit seperti fungsi nebulizer.


Cupping : Keadaan tangan semasa tepuk bayi
Cupping


Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak-kahak. Boleh dilakukan selepas steaming tapi ibu buat semasa steaming juga.. Sambil Nuh Iman meniarap, Ibu tepuk2 belakang Nuh Iman. Bukan direct tulang belakang tapi sebelah kiri dan kanan dan tangan dalam keadaan cupping iaitu melengkung di tengah. Jika nak buat selepas steaming, boleh alas perut bayi dengan bantal juga semasa percussion dilakukan.


Steam dan percussion bantu kahak dan hingus keluar
Hingus dan kahak yang keluar


Hingus dan kahak akan keluar sambil bayi menangis. Nuh Iman memang nangislah... Lagi baby nangis, lagi banyak hingus dikeluarkan. . Kalau keadaan bayi anda lebih serius, boleh buat lebih lama. Macam Nuh Iman, saya buat tak lama sangat dalam 10-15 minit dan hingus yang keluar warna putih sahaja.. Selepas proses steaming dan percussion, ibu follow up dengan nasal aspirator..sedut saki baki yang tinggal..

Nasal Aspirator

Nasal Aspirator untuk sedut hingus
Nasal Aspirator untuk sedut hingus


Finally, kenalah bagi upah susu hasil kerjasama Nuh Iman... Sayang anak ibu. Selepas 2 hari teknik ni dibuat, bunyi wheezing Nuh Iman hanya kadang2 ja dengar dan malam semasa menyusu pun dah tak berbunyi. Tidur lebih lena.. Suka ibu.. Kalau anak-anak yang lebih serius sakitnya, teknik ni boleh dibuat 1-2 kali dalam sehari..

Susu ibu yang menenangkan
Best buddy


Untuk video, boleh rujuk entry Video Fisio Untuk Batuk Berkahak di Hospital
Semoga bermanfaat ;)


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

13 comments:

Fadhli said...

Why don't get humidifier dan cari hygrometer. Malaysia jarang guna sebab moist air, kt uk humidifier sgt common utk bantu babies yg ada coughing, blocked nose, runny nose etc.

ida ahmad said...

Good idea. Sangat rekomen untuk anak-anak yang mudah sakit ni kan. Air purifier pun membantu.

hyde dea said...

Owh....ghazi pun ade simptom yg same... Lusa nak try buat steaming ni... Risau bile tgk die mcm x bleh bernafas kekadang.... Harap2 berjaya le..

ida ahmad said...

Dah cuba Hyde? Hope dapat mengurangkan sakit anak tu. Kita ikhtiar mana yg boleh ;) Kalau anak setahun ke atas, boleh cuba amalkan omega guard as supplemen utk batuk dan selsema juga

Azeni Ahmad said...

Kesian rasanya kan bila bayi berhingus dan berkahak nie.
Nak minum susu pun susah sampai mengamuk-mengamuk.
Saya kadang2 sedur terus je hingus dan kahak tue melalui hidung,
Berkesan.

Ibu Ira said...

Good info sharing.

Www.zahirahhafizan.com

kie-na said...

ye sokong azeni ahmad..sy dari anak 1st smpi no.2 ni, mmg sy sedut je bile depa berhingus..lg efektif..anyway,tq ida.. :)

Sya said...

boleh jgk cuba sapu terus minyak habbatussauda dekat badan, dada n kaki baby...pastu wat tepuk percaution tuk longgarkan kahak...

boleh tgk dekat page : Habbatussauda, Zaitun & Madu

https://www.facebook.com/Habbatussauda-Zaitun-Madu-675568142587000/?ref=aymt_homepage_panel

Thanks Puan

Ila said...

Thanks info ni. sangat membantu masa baby derma batik sesame hari tu.. hampir jugak buat sonotron ( betul ke?) :)

Anom said...

Tak berkesan pun..jernih je keluar. Maybe sbb bb tak teruk sgt...bunyi biasa cuma kt hidung je takde batuk atau blocked nose pun

Anom said...

Tak berkesan pun..jernih je keluar. Maybe sbb bb tak teruk sgt...bunyi biasa cuma kt hidung je takde batuk atau blocked nose pun

Unknown said...

Mcam mna sedut sya buat tak kluar pun lngsung