Cara keluarkan kahak dan hingus bayi di rumah dengan kaedah steaming dan tepuk percussion

9:53 PM ida ahmad 13 Comments

Beberapa bulan lepas, group whatapps geng sekolah ibu 'soksek' sembang pasal anak2 tak sihat, kena neb, warded.. ibu hanya mampu baca dan bersimpati dengan anak2 ni... ibu bekerja kenalah ambil cuti menjaga anak-anak yang sakit. Syukurlah anak2 ibu jarang sakit dan ibu pun ada ja di rumah kalau mereka sakit tak perlu mengambil cuti.. Alhamdulillah, Allah izinkan ibu cari rezeki dari rumah sambil jaga anak2 sendiri.

Rupanya ilmu yang dikongsikan mereka, akan ibu gunakan pula untuk Nuh Iman. Abah pun ada share link untuk dibaca. Nuh Iman ni sejak lahir memang tak berhingus dan tak selsema. Namun bila MALAM SEMASA MENYUSU, nafasnya berbunyi SERAK, WHEEZY..Macam banyak kahak dan hidung tersumbat tapi masih boleh bernafas semasa menyusu. Lepas menyusu dan ok, tidur dah tak bunyi. Kadang-kadang ja la selepas menyusu, tak selesa nak tidur balik dan kena tidur meniarap baru lena. Lepas seketika, ibu akan pusing bagi tidur terlentang atau mengiring.


Menurut member ibu, anaknya pun mengalami simptom sama. Dia bawa jumpa Dr. Nadir di Klinik Wangsa. Dr. Nadir ni memang glamur juga di kalangan parents yang ada anak mengalami masalah pernafasan. Teori doktor selepas member ibu cerita keadaan anaknya adalah maybe kahak dah mampat. Macam dalam botol berisi kacang yang mampat, kita goncang tak akan berbunyi. Lepas guna nebulizer dan sedut dengan getah, banyak juga kahak keluar...


So hari ni, ibu buatkan teknik stim dan percussion untuk mencairkan kahak Nuh Iman jika ada. Risaukan sekarang ni banyak bayi yang meninggal dalam tidur, mungkin mengalami kesukaran bernafas semasa mereka tidur dan kita tak sedar. Lagipun kahak dan hingus boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia. Bronkitis terjadi bila mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Jadinya ruang udara menjadi kecil dan boleh akibatkan batuk.


Selalunya bayikan tak pandai nak keluarkan kahak dan hingus. Jadi bila anak-anak ada masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, selsema, pernafasan berbunyi atau wheezing, ibu bapa akan pergi ke klinik untuk menggunakan nebulizer yang membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna alat untuk menyedut keluar kahak dan hingus. Di rumah juga kita boleh buat konsep dan tujuan yang sama, cuma guna alatan apa yang ada.



Untuk Nuh Iman, ibu gunakan kaedah stim (wap air) dan percussion (teknik tepuk). Untuk steaming, ada beberapa cara. Ibu guna besen yang berisi air panas dan ibu hancurkan tablet garlic Shaklee untuk kesan antibiotik pada wap air.

Besen berisi air panas dan tablet garlic untuk kaedah steaming keluarkan kahak bayi
Besen berisi air panas dan tablet garlic


Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan
-food warmer
-bottle sterilizer
-periuk nasi elektrik
-on shower air panas dan bila bilik air dan berwap, masuk bersama bayi selama 15 minit
-besen berisi air panas

Tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti
- tablet bawang putih 'Garlic Complex Shaklee' yang dihancurkan
- minyak bawang putih
- bawang putih yang diketuk
- habatus sauda

Stim keluarkan kahak: Posisi bayi
Posisi condong bayi semasa steaming

Macam mana posisi bayi untuk steaming ni?

Baringkan bayi mengadap wap air.. Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki  bayi dan kaki biar lurus. Kalau nak cover dengan selimut lagi bagus tapi baby memang meggelupurlah. Bagi kena wap air tu ke muka bayi.. Stay selama 10-15 minit. Time ni baby memang akan nangis kow-kow dan muka merah.. Parents kena tabah sikitlah.. Kita nak diorang getting better kan.. Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit seperti fungsi nebulizer.


Cupping : Keadaan tangan semasa tepuk bayi
Cupping


Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak-kahak. Boleh dilakukan selepas steaming tapi ibu buat semasa steaming juga.. Sambil Nuh Iman meniarap, Ibu tepuk2 belakang Nuh Iman. Bukan direct tulang belakang tapi sebelah kiri dan kanan dan tangan dalam keadaan cupping iaitu melengkung di tengah. Jika nak buat selepas steaming, boleh alas perut bayi dengan bantal juga semasa percussion dilakukan.


Steam dan percussion bantu kahak dan hingus keluar
Hingus dan kahak yang keluar


Hingus dan kahak akan keluar sambil bayi menangis. Nuh Iman memang nangislah... Lagi baby nangis, lagi banyak hingus dikeluarkan. . Kalau keadaan bayi anda lebih serius, boleh buat lebih lama. Macam Nuh Iman, saya buat tak lama sangat dalam 10-15 minit dan hingus yang keluar warna putih sahaja.. Selepas proses steaming dan percussion, ibu follow up dengan nasal aspirator..sedut saki baki yang tinggal..

Nasal Aspirator

Nasal Aspirator untuk sedut hingus
Nasal Aspirator untuk sedut hingus


Finally, kenalah bagi upah susu hasil kerjasama Nuh Iman... Sayang anak ibu. Selepas 2 hari teknik ni dibuat, bunyi wheezing Nuh Iman hanya kadang2 ja dengar dan malam semasa menyusu pun dah tak berbunyi. Tidur lebih lena.. Suka ibu.. Kalau anak-anak yang lebih serius sakitnya, teknik ni boleh dibuat 1-2 kali dalam sehari..

Susu ibu yang menenangkan
Best buddy


Untuk video, boleh rujuk entry Video Fisio Untuk Batuk Berkahak di Hospital
Semoga bermanfaat ;)


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

13 comments:

Pengalaman mengandung, traveling dan melahirkan Nuh Iman di DEMC

12:17 PM ida ahmad 0 Comments

Sekarang keluarga kami telah berlima. Alhamdulillah, pantang pun dah settle. Sebelum terlupa, ibu nak share pengalaman melahirkan Nuh Iman, putera kedua dan anakanda ketiga kami.

Pengalaman mengandung Nuh Iman pun sangat berbeza dengan abang Nazhan  dan kakak Iris. Sepanjang mengandungkan Iman, ibu memang sentiasa bergerak maklumlah driver hantar abang and kakak pergi dan balik sekolah. Lebih kurang minggu ke -20 pula kami follow abah ke Terengganu out station. Toilet train Kak Iris pula..Jadinya mengandung kali ni di usia 30an pula perlukan kekuatan fizikal dan mental. Peneman ibu adalah vitamin mengandung Shaklee. Bisnes Shaklee pun dibawa bersama ke Terengganu. Ada juga ketika perlu ke pos opis dan beratur panjang. So terasa kepayahan seorang ibu mengandung tu...dapat pahala banyak la hendaknya. Semoga Iman pun menjadi anak yang kuat dan sihat hasil dari co-training dengan ibu semasa di dalam rahim.

Masuk minggu-minggu akhir kehamilan tu, ibu rasa Iman akan keluar awal. Masa tu ibu mengalami sakit girdel pelvis. Ibu tak di dignose pun. Bila bagitau doktor, doktor cuma cakap normal. So, google2 sendiri ja la sebab risau punya pasal. So rasanya sakit itulah yang ibu alami. Banyak ligamen menjadi lembut untuk persediaan bayi keluar namun turut menyebabkan otot, sendi dan pelvis terutama bahagian bawah punggung sakit kerana berat bayi yang semakin membesar. Suspend juga kalau sakit berpanjangan. Alhamdulillah sangat2, sekarang dah sembuh sepenuhnya. Rasa 3 minggu selepas melahirkan Iman jugalah ambil masa untuk pulih sakitnya. Kena pula, Iman agak besar dengan jahitan di perineum yang juga lebih kurang tempat yang sama.


Kali ni, first time ibu deliver anak di semenanjung, selangor dan di demc tampa bantuan epidural. Hehe. Nazhan dan Iris sah-sah epidural.. Maklumlah ibu muda.. Padahal dua2 comel molek dan tak la lama sangat sakitnya. Bila dah start 4cm memang contraction lebih cepat tapi ibu jenis tak lama.. tapi bila dah sakit sangat 4 cm tu, rasa nak tunggu 8-10cm mesti lagi sakit..sebab tu dulu ambil edpidural. Namun kali ni sebab dah tau tak lama, memang bertahan ja..dan sakitnyaaa...ohhh myyy...

Sehari sebelum Iman deliver, ibu dah turun darah tanpa sebarang rasa sakit. Pergi demc, memang tak ada bukaan lagi. So terus berjalan-jalan ke shopping mall since tak admitted. Di demc, check bukaan di labour room. Budak2 tak boleh masuk. Apa lagi masa bersalin nanti. Labour room jauh dari wad so memang tak boleh nak tinggal anak2 di wad. Compare labour room di Columbia Miri, Nazhan dulu tunggu di luar labour room ja masa ibu bersalinkan Iris tapi di DEMC x dapatlah..dalam labour room area tu ada 5 labour room lagi.

Esoknya tuk dah sampai..Lega2. Pagi 18hb Disember tu dah regular contraction.. Sampai tengah hari ja..lepas tu dah tak regular. Pukul 3 ibu dan abah keluar rumah ke Shah Alam Plaza cari camera. Tak dapat pun..Kemudian terus ke DEMC. Kali ni dah buka 4 cm lebih kurang pukul 6.45 petang. Alhamdulillah.. Doc aspect tengah malam tapi ikut pengalaman tak lama ni..

Pukul 7, abah pergi maghrib dan tapau makan. Doc pesan soh makan untuk energy. Kemudian bermulah contraction yang tak berapa cool. Nurse bawakan makanan, nasib baik katanya. Nurse ni baik sangat.. Tenang ja rasa.. Namun bila contraction dah semakin sakit, ibu dah gelabah..mana doktor ni.. Time nilah nurse tukar shift dan ibu dapat 2 nurse yang tak berapa mesra. Tragis2. Cakap lembut tapi muka kelat. Apakahh?


Pukul 8 ke 8.30, bukaan dah 9 cm..ibu asyik2 suruh nurse cek ja..sebab rasa sakit sangat dan nak doktor ada.. Rupanya di DEMC ni, semua nurse yang buat, doktor datang time baby dah nak keluar pun.. Tu pun ibu taktaulah apa function 2 nurse dan doktor selain sambut baby.. Huhu.. Sebagai ibu yang sedang bertarung nyawa, we need support. Time tu supporter ibu hanya abah dan Iman. Nurse boleh sembang kow kow..Ibu memang tak ada kudrat nak sound or ambil tahu apa yang mereka tengah sembang.. Mulut kumat kamit zikir dan bagi semangat pada diri sendiri dan Iman.. Alhamdulillah, pukul 9 Nuh Iman selamat dilahirkan.. Tangan abah habis calar balar ibu buat. Mujur ada abah yang minta ibu push dan tarik nafas semuaa.. Semoga 2 nurse tu tak buat perangai gitu pada patients lain dan doktor boleh tegur mereka bukan join sembang sama.





Nuh Iman dilahirkan dengan berat 3.52 kg..Semangat.. Paling herolah dia.. tapi pengalaman jaga anak besar ni senang banyaklah.. tak rasa fragile dan seriau.. Nanti ibu share lagi kisah Nuh Iman hero ibu ya.


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments:

Bila Iris kata itu phone pink dia

7:29 AM ida ahmad 1 Comments

Anak no 2, kakak Iris yang semakin bijak menutur kata-kata. Semalam abah buat lawak tak berapa sesuai.. Balik2 dari kerja, test Iris "I have a present for you". Seronoklah dia.. Tengok phone pink milik ibu. Tak berapa pink pun, kenapa tah dipanggil pink. Ibu ada di bilik belakang sedang menjahit. Kantoi.. Tak sambut suami balik kerja.. Huhu.. Actually selain nak tunjuk rajin dgn abah, itu ja kesempatan sebab abang & kakak boleh teman baby Iman sementara ibu menjahit.

Bila abang Nazhan nak bawa phone pada ibu, bergaduh-gaduh dengan Iris. Confident dan nekad habis kata tu phone dia. Ibu pelik dan bagitau Iris tu phone ibu la.. Siapa bagitau tu phone Iris? Sekali abah datang tersengih.. Haaa sudah..  So abah sendirilah kena betulkannya.

Bila suruh Iris tanya abah balik, siapa punya phone? Iris diam sekejap sebelum cakap, " Iris!. This is Iris's phone". Sampai tak berani nak tanya abah, siap tolong jawap sendiri. Kes naya ni..



Bila slow talk cakap ipad kan ada.. Dia mengomel, Ipad is big. I cannot carry ipad. Its to big for me. Its for game only.. Wahh.. Berjela-jela.. 

Takpa.. Ibu akan buat phone pink tu boring for Iris. Itu kepakaran ibu. No game in my phone. Kekeke..

Lesson learn: Jangan bergurau tak sesuai dengan kanak-kanak yang tak berapa nak faham ni. They take it seriously. Kesian nanti frust menonggeng. 

1 comments: