Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah

10:52 AM ida ahmad 2 Comments



Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah
400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong  )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
sedikit daun sup/bawang ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.
Cara Penyediaan



1.  Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis dan sedikit air.  Akhir sekali masukkan  sotong dan daun sup/bawang/kucai/kacang panjang. Mana yang available.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Credit ..Haha..Resepi simple pun nak google.. Ada la sikit2 ibu edit.


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Saya dah cuba sebentar tadi utk menu mkn mlm ni..sedap.tq.hihi

Hari ni... kita pun google resepi ni...
terima kasih ya...