Baby no 3, life in Terengganu & travelling with kids to Penang

6:29 PM ida ahmad 0 Comments

Salam & Hi All,

Ampun dan maaf sempena hari raya yg mulia dan kerana berkurun tak update blog. Vacuum jap sawang.. Haa.. Bersinar kembali. Banyak sangat perkara yg jadi tapi entah kenapa tak terupdate. Ya aah..salah satu sebabnya adalah kerana kami akan menyambut ahli ke-5 @ anak ke-3 dalam keluarga kami. Mengikut history, kalau pregnant ja memang internet sickness akan muncul. Alhamdulillah, kini baby dah 23 minggu, healthy and kicking !

Selain tu, kami dah merantau ke Pantai Timur sejak sebelum raya kerana follow abahnya out station. Cuma sementara waktu sahaja tapi lama jugalah anak-anak terpaksa tuang sekolah. Jadi, lepas cuti sekolah sempena raya, ibu pun ke hulu ke hilir cari sekolah sementara & Alhamdulillah ketemu sekolah yg sudi menerima kami.

Swimming Pool kanak-kanak di Resort World Hotel, Kijal, Terengganu yg awesome !

Bertempat di Little Khalif, Paka anak-anak ibu akan sambung menimba ilmu. Budak2 yg biasa bersekolah, bermain dan bersosial tak tahan lama bercuti. Anak-anakkulah. Sejak minggu akhir cuti raya lagi semasa di Hotel Awana @ Resort World, bangun pagi kata nak p sekolah, soh send video pada aunty Dira & nak bawak itu ini ke sekolah utk show off. Haha!! Kidsss..

Kami akan stay di Rumbia Villa Resort, Paka dengan jasa baik kawan husband yg sudi berpindah keluar & stay di Residence Paka disebabkan Rumbia fully booked. Mahal2 pun fully booked, ok. Mungkin ada event kot bulan 8 & 9, sambutan merdeka di Terengganu ka tahun ni?

Bersedia untuk sekolah dengan berpakain raya sempena Jamuan Aidilfitri

Tak sampai seminggu sekolah, terpaksa pula mohon cuti kerana ada urusan di
kampung halaman. Permintaan ayahanda, serba salah tak tunaikan. Flight khamis lepas sekolah pkl 3.30 dari Kuantan direct ke Penang. Kami sampai pkl 3.20 di airport hasil pecutan sebaik saja keluar rumah. Memang jadi last passanger. Terima kasih pada Fire Fly kerana consider kami & tak tinggalkan kami 3 beranak yg dah buat web check in. Paling syukur, anak2 behave very well walaupun Nazhan xsihat & Iris pun bagus ja. So, ibu pun relax dan calm traveling with 2 kids and a baby in my belly..  :)

Now in Penang !

0 comments: