Train and Pink Obsession

8:02 AM ida ahmad 0 Comments

Tahun ni, beberapa kali abah terpaksa meninggalkan kita untuk bekerja. Kalau tanpa abah, memang berat sikit la ibu nak masuk kedai mainan. Merbahaya.. Semua nak diangkut Iris dan Nazhan. (Oh..rasa macam nak buka kedai mainan sahaja suatu hari nanti.. )

Kalau buat perangai kang, jenuh pula nak mententeramkan kalau dah masuk kedai mainan. Sekali sekali tu adalah. Terapi and reward.. sudahlah rindu abah yang berada di perantauankan..



Kalau dulu kecil2 memang rajin bawa dan boleh main for freee.... Bila dah besar, dah pandai minta.. mulalah, ibu abah pun malas nak masuk kedai mainan.. Mesti ada yang sangkut.. Tak kiralah walau di rumah tu, mainan sudah 1 kontena. Yang baru, mesti nak angkut juga. Oh my kids..



Iris pantang nampak pink..semua nak.  Berjaya juga menukarkan Lego 1 container tu dengan DVD Super Why, salah satu favourite series Iris dan Nazhan.

@ Toys R Us, Empire Subang. Date: Jun 2012. :D

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: