Go Kart at Shah Alam Circuit

8:31 AM ida ahmad 0 Comments

Nanti kita sambung refresh event yang berlaku dalam 2 bulan sepanjang x berapa rajin nak update blog tu.. Hari ni nak share aktiviti cuti 3 hari sempena cuti Hari Malaysia.

Hari Sabtu kami ke Damansara selepas mengambil stok vivix di Shaklee. Pergi berkunjung rumah ke rumah Haziq, best friend Nazhan semasa di WQ Park sempenan birthday adiknya, Wafiq.





Best.. Lama xjumpa ibu-ibu yang sering berkongsi cerita anak-anak sewaktu sekolah lama Nazhan. Haziq pun dah ke sekolah baru. Irfan lagi seorang kawan yang datang juga tapi masih sekolah itu pun menunjukkan peningkatan. Great!!!. Makanan pun best. Tq Sida, mama Haziq sebab jemput kami.

Iris tidur lama even dah sampai sana dan ditidurkan di bilik yang ramai budak-budak sedang bermain. Penat sangatlah, malam sebelum tu tidur lewat dan pagi bangun awal.

Ahad kami tinggal di rumah saja sebab abah puasa. Last day of Syawal dan last day of his puasa 6. Ibu ada keluar sekejap untuk cod set penyusuan di Macdonald, Klang Central pada Puan Wati. Malam baru pergi berbuka dan beli barang dapur di shopping mall.


Semoga Wati berjaya dalam perjalanan penyusuan kali ke -4 ini. Semua anak-anaknya(4 orang) mendapat nikmat susu ibu dan bijak-bijak belaka.




Layan motor di shopping mall

Isnin masih cuti. Heaven... Byk juga aktiviti nak dibuat hari ni. Tiba-tiba teringin nak main go kart. So kami ke Shah Alam. Alamak.. Tak dapat nak cerita panjang la, dah lewat nak hantar anak-anak ni. Layan gambar ja la.



Safety First




Drama Queen

Alkisahnya, ibu xdapat naik Go Kart even tiket dah beli sebab Princess Iris sedang berdrama. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: