1st Sport Day Nazhan

10:09 AM ida ahmad 2 Comments

Sport Nazhan sekolah Nazhan cool. Bertemakan Thomas and Friends sebab ramai ex schoolmates Nazhan ni peminat Thomas so cikgu2 pun faham.





Nazhan team merah, James. Lawakan semua khemas tapi team merah yang menang khemas tercantik. Yeah!! Congrates to teachers yang kreatif menghias.




Acara 1st, roll big ball.




Acara 2nd: Lari bawa batton berhalangan.



Acara ketiga: Lari bawa puzzle dan yang last person akan susun puzzle. Yang ni team Merah no 1.




Acara sampingan: Iris mengambil
kesempatan yang ada.




Acara ke-4: Isi air dalam bekas dengan menggunakan span.




Acara bebas bermain dengan adik.




The champion!




Teachers terima hadiah untuk khemas tercantik @ No 2 secara keseluruhan acara sukan.


Sangat happy. Perubahan yang
nampak dari sebelum acara sukan ni adalah Nazhan dah tahu nak cepat skt. Kalau tak, dia tak kisah pun slow. Even ibu kata fast is good. Dia jawab, No, Slow is good.

Bila dah ada training sukan di sekolah, barulah Nazhan kisah pasal nak superfast. Nak siap cepat. Nak buat kerja cepat. Baru nak bertindak bila ibu cakap dia superslow :P

Tapi superfast dia no 4. Dia tak suka no 1. Huhu camna tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

My Shaklee Biz - Mysupervitamins

8:14 AM ida ahmad 2 Comments

Impian setiap orang tak sama. Impian aku sejak dulu, mmg nak bekerja dari rumah sebab tu amik degree multimedia. Tak sangka lepas grad terus tercapai impian tu walaupun tidak dikejar. Haha!! Percaya tak, walaupun ada ijazah dan first class honors, kerja di opis tak sampai 3 bulan, tu pun gaji sebulan kena bayar balik sebab tak bagi notis berhenti sebulan.

Dan sejak itu bekerja dari rumah. Masa awal kahwin aku terus ikut suami tinggal di Miri, so aku pun ambil kesempatan untuk biz Sarawak Kraf. Oklah, pos order hanya pada setiap sabtu. Dapat juga rm500 sebulan. 2 tahun lepas bila pindah semenanjung, tiba-tiba kena bayar balik biasiswa YTM RM500 sebulan sebab syaratnya kena bayar dalam tempoh 9 tahun. Belajar di MMU memakan belanja 70K. Kalau aku tau, aku amik PTPTN ja dulu, at least first class, pinjaman dia wave. Takpalah, itu yang tertulis walaupun masa peringkat awal nak bayar tu, mak yang sponsor. Baik hati mak i.. :X

Ok, cerita pasal biz Shaklee yang telah menjadi kerja hakiki sejak 2 tahun lepas, mmg senang dan enjoy. Ya lah, tak perlu nk apply cuti dan boleh shopping on weekdays dengan anak-anak. Masa yang diperuntukan untuk Biz pula sama dengan masa org lain berulang alik ke tempat kerja iaitu hanya 2-3jam sehari. Itu yang heaven tu. The rest adalah kerja rumah dan driver pada anak-anak. Yang ni ganjaran syurganya di akhirat kelak.

Bila tanya Nazhan, bila besar nak kerja apa..dia jawab engineer.. macam abahnya. Lepas tu cucuk balik, tak nak bisnes ka? Boleh duduk rumah macam ibu. Dah la sekolah sekerat hari pun tak nak pergikan. :D. Nak juga kerja engineer. So, kenalah rajin ke sekolah. Dulu ibu dan abah pun pergi sekolah. :D Sebab tu abah boleh kerja engineer. Then naik airoplane, naik boat pergi offshore. HUWAAA :(( Saiko anak dan husband sendiri.

Siapa yang taknak berjauhan dari keluarga tu, silalah apply untuk jadi downline saya k. Haha!! Kena apply dulu walaupun confirm dapat. Sebab tak ada allocate berapa post yang kosong. Biz ni biz sendirian berhad. Even dah jadi downline, saya hanya boleh membantu dengan memberi coaching personal, online dan offline, dan ada provide kelas secara berjemaah on request. Yang harus bersedia dan tekad adalah anda sendiri.




Sambil mengendong anak pun boleh memberi talk - my coach




Shaklee mengeratkan hubungan


Yang paling best, selepas 2 tahun, dah tak perlu nak pikir kerja opis. Dulu rasa Shaklee ni sementara ja sebelum bersedia untuk bekerja di opis kembali. Namun selepas dapat pegang 10kali ganda dari jual Sarawak Kraf dulu, sudah confident untuk lebih fokus dan menyahut cabaran :D and go for 5 angka pula.




Supports just around us


Kalau 2 tahun lepas, liat dan pikir 10 kali untuk bersedekah, sekarang sudah faham sedekah tu kunci untuk murah rezeki. Alhamdulillah, sekarang lebih ikhlas untuk memberi dan mencari jalan untuk lebih memberi. Seronokkan.. ini rupanya keseronakan orang kaya yang sentiasa memberi dan bertambah tambah kaya dengan rezeki dari Allah.




Bapak-bapak dan suami-suami yang memberi full support. Suami zaman sekarang memang lebih terbuka dan understanding.


Semoga kita semua dapat mencapai impian kita dan mencari redha Ilahi.

Ida Khairani
www.mysupervitamins.com
www.ceriterakami.blogspot.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com

2 comments: