Resepi mee goreng mamak

1:36 PM ida ahmad 0 Comments





Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning, dibasuh dan ditos

Ayam, daging atau fish cake dipotong dan sebanyak mana yang suka

1 biji bawang besar dikisar

2 biji bawang putih dikisar

Cilibo sesudu besar atau cili kering dikisar

1 sudu serbuk kari dibancuh

1 sudu kicap pekat

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram / sos tomato

2 biji telur

Sayuran mengikut citarasa seperti sawi, taugeh

Garam secukup rasa


Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih sekejap & kemudian cilibo

2. Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air

3. Apabila sudah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam, daging atau fish cake dan gaulkan sehingga masak.

4. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram/tomato. Taburkan garam secukup rasa.

5. Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak.

6. Kemudian besarkan api serta pecahkan telur di tengah-tengah kuali dan kacau telur. Apabila telur dan agak masak, gaulkan dengan mee.

6. Masukan sayur dan gaul lagi sekejap dan padamkan api.

7. Untuk hidangkan boleh taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.

8. Sedia untuk dimakan. Yum yum!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: