Menangani tantrum anak

11:30 AM ida ahmad 0 Comments

Minggu ni nak try rutin baru. Sejak seminggu ni, Iris asyik buat perangai semasa lepak di sekitar sekolah abang. Boringlah dia dok setempatkan. Nama pun budak yang sedang membesar. Memanglah perlu exposer dan kebebasan. Yang tak bestnya disertai dengan tangisan, tu yang tak berkenan den.

So, ibu try berulanglah. Sempatlah sejam setengah di rumah. Then dah kena siap2 nak keluar balik. Penatlah juga. Bila berada di rumah ni, serba serbi nak buat. So, ibu limit time untuk buat kerja Shaklee ja. Still, selalu drag time sampai pukul 12. So, bila dah pukul 12 tu, tak boleh la drive 80km/j. Selalu 90 ke atas. 90 tu tenang lagi. Bila 110 manjang, mulalah nak weng.

Ibu dan Iris ni kira berkorban demi abang Nazhan la. Mujurlah agak berbaloi. Nazhan pun dah cakap banyak. Semalam, naik kereta nak ke tesco, panggil ibu dengan iris ' Hei guys.. bla bla.." Tiba-tiba pulak, mat salleh celup ni tapi lawaklah. Then ibu betulkanlah, no guys, Iris and ibu girls.. Then bila dia tersasul, dia betulkan, "Hei Girls.."..

Sebagai parents ni, anak tu tanggungjawab dan anugerah Allah untuk kita. Kalau sakit, kenalah cari rawatan. Kalau tak cukup, kita perlu berusaha cukupkan keperluannya. Itu dah memang amanah kita dari Allah. Bukan saja dari segi material, ilmu, pengalaman, contoh pun patut diberikan supaya anak-anak kita mampu meneruskan legasi dengan sebaik mungkin. Thats is our responsible.

Bila Iris buat perangai sakan tu, terdetik di hati ni, nak hantar ke nursery or such ja. Rasa macam nak give up dengan anak sendiri. Ada ka patut? Tak patut. Not yet. Kalau ya pun nak hantar bukan sebab ibu dah give up dengan Iris. Cuba bayangkan, kita nak terkencing ni, tapi dia berkeras tak nak pegi toilet dan melalak dan nak pergi ke tempat lain yang dia sendiri tak sure nak p mana. Kalau orang tua, kita kata selfish dah. Kita nak keluar surau, dia nak dok surau. Padahal sepanjang kita dok solat di surau, dia melalak nak keluar.

Memang kena put aside semua perasaan marah tu bila dengan anak yang suka tantrum ni. Kita memang tak boleh ikut perasaan. Sebab nanti, anak kita tu akan ikut perangai kita balik. Huhu. Sebab tulah, kami terpaksa berulang ni. Walaupun penat dan weng demi ketenangan dan perkembangan Iris, kena cari solution. So, for this time being, inilah caranya. Nanti bila Iris dah lebih behave bolehlah nak try cari playschool ka. Kang dengan tantrum dia tu, menaikkan angin penjaga kang, tak pasal ja kena aniya.


Kasut kesayangan Iris

Nak cerita 1 peel Iris ni, dia suka kasut dia ja. Aritu kasut dia hilang sebelah. Ni kali kedua kasut dia hilang sebelah. Beli kasut baru yang lebih kurang sama tak nak. Kasut abang lama pun taknak. (huhu..tak leh save budget). Last2, ada sepasang lagi kasut dia yang dah rosak. Kasut ni ada snap tapi dah rosak sebelah. So, emergency case, Ibu jahit button. Selamat la material dia lembut, so boleh dijahit. Sekarang sebelah snap, sebelah button. Yang tak bestnya, ibu kena pakailah untuk Iris. Kalau kasut lama, dia pakai sendiri sebab sarung ja.

 Life saver. 
Kalau tak, jenuh nak mendukung sepanjang masa sebab tak nak pakai kasut lain.



So, selalu kalau anak-anak tantrum, ibu akan buat tak peduli ja. Jika tak diam-diam juga, tenangkan diri dulu. Kalau dalam kereta tu, memang selalu buat taktau. Sevety first ok. Drive kena fokus. Kalau dah terpaksa, berhenti kereta, peluk anak. Tanya kenapa? Bila dia dah tenang, letak dan sambung drive. Kalau melalak juga, biar la. Janji dia tau, kita ada dan sayang dia.

Kalau nak pergi sekolah tu Iris melalak, Nazhan dan ibu akan nyanyi. Iris ni suka nyanyi. Tak larat melalak, dia joinlah nyanyi sama. So, carilah soft spot anak kat mana dan gunakan sepenuhnya.

Apapun, ibu love la both of u. Lets keep it moving forward!



Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: