AL-FATIHAH BUAT NURUL NADIRAH

9:07 PM ida ahmad 0 Comments


Rasa sebak mendengar laporan berita penemuan mayat rentung yang kemudiannya disahkan seorang anak perempuan kecil berusia 5 tahun, Nurul Nadirah bte Abdullah yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah kanak-kanak itu, atau nama manjanya Dirang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini, dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini..

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu.


"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Nurul Nadirah hilang dan dipercayai diculik pada 1 Mac lalu di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.

Didoakan roh Nurul Nadirah sentiasa berada di sisi Allah s.w.t. dan semoga keluarga allahyarhamah tabah menghadapi dugaan ini.

Semoga pihak berkuasa segera memberkas manusia kejam yang sanggup memperlakukan perbuatan keji dan zalim itu terhadap seorang anak sekecil Nurul Nadirah.

Al-Fatihah buat arwah. Sayunya hati seorang ibu. Semoga anak-anak kita sentiasa dipelihara Allah dari sebarang kecelakaan.

Berita lebih lanjut


Ida Khairani

www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

0 comments: