Adab berdoa

10:23 AM ida ahmad 1 Comments

1. Berdoa dalam keadaan bersih dari hadas/najis.

2. Memulakan dengan bismillah, memuliakan Allah dan selawat ke atas nabi

3. Menghadap kiblat

4. Memohon ampun dengan rendah diri dan akui kelemahan diri dan dosa.

5. Berdoa dengan penuh kesungguhan dan memahami kandungan doa.

6. Berdoa dengan penuh tawaduk, kusyuk dan rendah diri.

7. Mendahulukan doa untuk diri sendiri sebelum orang lain.

8. Ulangai 3x hajat yang lebih berat.

9. Menghidari diri dr perkara yg ditegah dlm agama seperti makan dan
minum benda haram.

10. Berdoa untuk umum kaum muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

1 comments:

Birthday cake coklat Iris

11:44 PM ida ahmad 1 Comments

Berjaya juga ibu buat kek coklat moist comot untuk iris. Potong keta cars sebab Nazhan asyik minta kek thomas untuk dia. Kesian pula kalau tak ikut kehendaknya. Kalau follow pula, kang perasan kek dia pula.


So, ibu potong gambar mcqueen since 2-2 suka. Bukan edible image pun. Gambar dari magazine ja. Nazhan siap letak toy car mcqueen lagi atas kek. Selamba ja la..Janji tak dimakan keta tu sudah.

1 comments:

Genap 2 tahun Penyusuan Iris

11:42 AM ida ahmad 3 Comments

Iris lebih bertuah berbanding Nazhan. Nazhan hanya eksklusif BF 1 tahun 5 bulan lebih kurang. Bila ibu pregnant, ibu dah campur2 dengan susu formula. Seminggu lagi sebelum adik lahir, Nazhan dah fully on formula. Masa adik lahir Nazhan dah 2 tahun 1 bulan.

Hari ni Iris dah 2 tahun 1 hari. Sudah mula bagi susu formula pada dia tapi still lagi dia nak BF. Since tak pregnant lagi, agak fleksibel dengan Iris. Ikut formula dengan Nazhan dulu, ibu letak asam jawa pada nipple. Hopefully berhasillah untuk Iris. Hehe..kang dibuatnya dia suka rasa masam2 tu.

Semalamkan kata nak buat projek baking cake dengan anak2 tapi tak menjadi sebab bila pergi speed99 Bandar Bukit Raja, banyak bahan tak ada. So, adjust plan. Lepas ambil Nazhan dari sekolah kejap lagi, kami anak beranak nak ke Giant untuk shopping bahan buat kek. InsyaAllah menjadi plan hari ni. Haha!!

Semalam kami dinner di Pizza Hut. Lama gilaaaaaa tak makan pizza. Nazhan bertahan mata untuk tak tidur. Ya la, dia bukan tidur siang. Ibu dan abah pula lama ambil masa nak order. Hehe!

Bila makanan sampai.. Yummmy sedapp..kami xorder yang promo pizza udang tu tapi platter promo ala carte kami order. Sedap2x!! Jangan tak try ya..



3 comments:

Oh, sedihnya ibu .. Rakyat Malaysia diculik

11:34 AM ida ahmad 0 Comments


Penculik rakyat Malaysia di Jolo letak syarat baru, turunkan nilai tebusan RM100,000

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kumpulan penjenayah Abu Sayyaf yang dipercayai menculik rakyat Malaysia di kepulauan Jolo, Filipina, Mohd. Nazaruddin Saidin sejak Mei lalu, telah menurunkan jumlah wang tebusan daripada RM200,000 sebelum ini kepada RM100,000 daripada keluarga mangsa.


Bagaimanapun, kumpulan penculik tersebut dikatakan telah meletakkan syarat iaitu mereka sanggup membunuh ahli perniagaan cicak tokek itu dalam tempoh terdekat sekiranya permintaan itu gagal ditunaikan.
Menurut sumber, Nazaruddin yang kini diculik dan berada di selatan Filipina dalam keadaan selamat, namun dia semakin tertekan kerana nyawanya kini diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk'.

"Dalam beberapa rundingan sebelum ini, jumlah wang tebusan yang awalnya bernilai jutaan ringgit telah dikurangkan sehingga RM200,000. Bagaimanapun, jumlah wang tebusan terakhir yang diberi adalah RM100,000.
"Ini merupakan peluang terakhir untuk selamatkan Nazaruddin dan jumlah tuntutan paling rendah ditawarkan berbanding tebusan-tebusan lain sebelum ini.

"Kumpulan penculik beranggapan tiada gunanya lagi mereka terus menyimpan (menculik) Nazaruddin lagipun dia beragama Islam," kata sumber itu.

Nazaruddin ke kepulauan terbabit awal Mei lalu untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga cicak tokek. Namun, langkahnya ternyata silap apabila dia akhirnya menjadi mangsa sindiket penculikan yang dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.
Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.


Semoga tragedi ini berakhir dengan aman dan selamat. Ya Allah, lindungilah hambamu ini.

0 comments:

Anak perempuan ibu sudah 2 tahun

5:31 PM ida ahmad 2 Comments

Hari ni baru betul birthday Iris Nazurah. Namun, tak ada big celebration pun since dah celebrate sekali dengan abangnya, sebulan yang lepas. Still, saki baki hari yang ada ni, ibu plan nak beraktiviti dengan anak-anak.

Beberapa hari lepas bila ibu bagitau Nazhan, esok birthday Iris. What should we do? Dia jawab.. "idea..birthday cake.." dalam ayat berterabur dia, itu la yang clearly come out. Dari situlah datangnya nak bake birthday cake bersama anak-anak.

But..Dah pukul 5 petang, barang tak beli lagi. Huhu.. Iris pula tengah tidur.. InsyaAllah, akan kami usahakan juga. Haha!! Ibumu sungguh la tak well-plan kan.  Kalau jadi projek birthday cake bersama anak-anak ni, esok ibu post gambar di blog ni.. Alamak baru teringat, penimbang rosaklah.. Aduhhh..camna nak baking ni.. Haruskah dibeli juga?.. Huhu..

Sepanjang Iris 2 tahun ni, memang banyaklah ragamnya. Iris memang berbeza dengan Nazhan. Lately ni, dia banyak pick up words dari Nazhan dan tiru dan belajar dari Nazhan. Nazhan mula menjadi cikgu yang baik dan semestinya Iris akan jadi his very best student. Perangai Iris memang menguji kesabaran sometimes. Abah yang cool tu pun boleh berangin dengan Iris. Ibu dah lali. Lagipun penangan vitamin membuatkan ibu lebih cool dengan mood Iris.



Super Sweet Iris

Si comot Iris

Cool Iris

Penenang Iris

Penumbuk Iris


Semoga Iris menjadi anak solehah. HAPPY 2ND BIRTHDAY, IRIS NAZURAH!

Salam sayang dari Abang Nazhan, ibu dan abah. 

2 comments:

Resepi Vanila Muffin

12:15 PM ida ahmad 2 Comments

Resepi muffin yang dipelajari untuk menu birthday anak-anak. Then sesuai untuk dibuat bekal dan minum petang. Sangat sedap & senang.

Bahan-bahan:

8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
Isikan adunan tadi 1/2 atau 2-4 penuh ke dalam bekas muffin
Bakar selama 20minit/180C.

2 comments:

Bagaimana nak dapatkan Shaklee?

2:57 PM ida ahmad 0 Comments

Membeli produk Shaklee amat mudah. Ada beberapa cara untuk pilih


Cara 1
SMS details order, jumlah dan nama bank serta maklumat penghantaran nama penuh, alamat penerima, phone no dan email. Buat bayaran ke akaun maybank 161182036333 atau cimb 12610002429208 saya, Ida Khairani. 

Cara 2
Email ke admin[@]mysupervitamins[.]com details order, jumlah dan nama bank serta maklumat penghantaran nama penuh, alamat penerima dan phone no. 

Cara 3
Walk in ke cawangan-cawangan Shaklee di seluruh Malaysia. Boleh refer page ni untuk map danpage ini untuk alamat dan phone no. Boleh hubungi saya untuk dapatkan Shaklee Id supaya dapat membeli pada harga ahli.

Cara 4
Boleh pick up dari saya sendiri atau husband di kawasan berikut
-Pagi weekdays : Kompleks Perumahan Polis Kelana Jaya
-Petang dan malam weekdays : Rumah di Bandar Bukit Raja
-Tempat perjumpaan lain : Giant Klang Central atau Tesko Setia Alam
-Office Hours: KLCC 

Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. Kalau ada lebih suka COD, sila nyatakan tempat dan saya akan cuba dapatkan wakil di kawasan anda. Namun, perkhidmatan melalui pos adalah lebih mudah dan lancar.


Anda boleh mendapatkan konsultasi dari saya walau membeli dari mana-mana cara. Anda juga layak untuk cabutan bertuah bulanan dari mysupervitamins.com Untuk tidak ketinggalan promosi hebat setiap bulan, sila LIKE fanpage mysupervitamins di facebook atau mohon di email.


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382 Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang 'jawapan segera' di bawah.

0 comments:

A Famosa Resort Melaka

1:12 PM ida ahmad 2 Comments

Review A Famosa Resort Melaka Vacation

:D Kami pergi bercuti cuti Malaysia ni pada cuti tahun baru yang lalu. Betul-betul 1/1/2012. Percutian pendek 2 Hari 1 Malam. Memang masa tu, A Famosa ada pakej bermalam dan dapat 2 tiket theme park. Jadi, kami pilih water park. Park lain tu masih tak sure nak pergi atau tidak sebab bawa budak2 kecil ni kena ikut mood diorang juga. So kami nak beli on the spot ja.

Kami gerak ke Melaka dari rumah di Bandar Bukit Raja tengah hari. Sejam setengah dah keluar Alor Gajah, exit ke A famosa Resort dari lebuhraya utara selatan. Sampai lebih kurang 1.30pm dan Alhamdulillah bilik dah boleh masuk walaupun normal check in time 4.00 pm.

Lepas solat dan ready semua kami ke Water Theme Park. Walaupun ramai orang tapi tak sesak so bestlah. Fisrst time ibu ada chance turun slide guna pelampung. Tempat lain selalu hanya benarkan proper swimming attire. Lepas gilir-gilir dengan hubby sorang 2 kali, kasi chance kat budak2 pulak. Terus pergi tempat budak2 ja.

Happy Faces at A Famosa Water Park





Lepas keluar dari water park, terus tapau makanan dari luar. Asam Pedas yang kow. Meleleh.. Pilih untuk tapau sahaja sebab masa on da way, Nazhan dah tidur dalam kereta.

Selepas makan malam di bilik, kami ke Cowboy Town. Cowboy Town buka dari pukul 6pm. Kami gerak pukul 8pm, jalan kaki ja dari hotel sebab parking Cowboy Town dah agak full.  Ada show yang mula dari 8.20pm dan game untuk budak-budak. Seronok la Nazhan dan Iris. Sempat juga Iris buat show sendiri masa karnival sebab dia dah mengantuk. Lepas tengok game, hilang ngantuk dan marah dia.

Cowboy Town





Esoknya, selepas breakfast di hotel, kami check out dan ke Safari Park. Safari Park pun ada beberapa show. Kami naik bas yang bawak melawat binatang ke kawasan yang lebih luas. Ingatkan dia bawak ronda ke tempat show. Akibatnya ada show yang kami terlepas. Selain tu, kalau kita shopping dekat satu souvenior shop lebih rm20, dapat naik gajah free untuk seorang. Kalau 2 orang adult rm40 la kena shopping. Nak beli tiket pun boleh. Best juga naik gajah. Huhu.. Siap berjalan dalam sungai lagi.

Safari Park




Menariknya, tiket Safari Park dapat kupon lunch sekali. Selepas lunch dah kenyang kami pun terus balik ke Bandar Bukit Raja. Short and sweet vacation dah habis. Anak-anak pun enjoy. Sesuailah pakej 2 hari 1 malam ni. Sempat masuk 3 park tapi banyak lagi event yang boleh buat dan game yang boleh try kalau lama lagi macam go kart dan jurassic park.


So, where next?

P/S: Entry ni dah lama dikarang tapi phone ada problem. Dari new year sampai ke raya cina, baru upload. Cuti raya cina, di rumah ja sebab ada projek lain.

2 comments:

Happy 4th Birthday Nahzan & 2nd Birthday Iris

10:53 AM ida ahmad 3 Comments

Alhamdulillah, pada 26hb Disember, Nazhan genap 4 tahun. Kami adakan majlis yang sederhana sahaja. Majlis berjalan lancar. Nazhan & Iris pun sangat ok dan pandai membawa diri di majlis dan rumah sendiri.






Kek birthday kami beli, tak sempat buat. Hehe. Menu-menu lain buat sendiri. Tuklang prepare mee hong kong dan Tuk bawak buah-buahan tempatan macam rambutan, manggis dan jambu serta kuah rojak. Ibu prepare lasagna, pasta bakar, muffin coklat & vanilla, agar-agar marble dan puding jagung.





Deco kek ibu design dan tempah online untuk print as edible image. So tampal ja atas kek yang dibeli tu.





Orang masih belum ramai sampai tapi budak berdua ni dah dok tenyeh tenyeh kek, so teruslah potongkan.

Ni gambar sepanjang majlis. Habis dan tunggang langgang bilik toys dikerjakan budak2 yang datang. Pecah kepala la tengok toys berlambak.







Iris ni kalau terlepas keluar rumah memang terus tuju paip. So habis lencun dan kasi mandi terus. Mujurlah time ni dah hantar tetamu yang last2 dah. So, tak apalah.





Bila malam, Nazhan dah sibuk nak bukak hadiah. So, Nazhan unwrap hadiah malam tu juga. Iris dah selamat tidur. Aman..






Esoknya, Iris pulak bukak hadiah. Kiss barbie doll dia. Tq untuk semua hadiah ya.









"Semoga Nazhan dapat menjadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik. Ibu doakan Nazhan dapat meneruskan perjuangan dalam apa juga situasi, sentiasa positif dan ceria. Senyuman Nazhan sangat special dan menyenangkan hati ibu dan abah. We love you so much"

"Semoga Iris menjadi anak yang solehah dan lemah lembut. Kekalkan semangat Iris yang sentiasa membakar itu dan jangan kenal erti putus asa. You are so adorable. We love you so much too"

Happy 4th Birthday, Nazhan Iqbal. Happy 2nd Birthday(in advance) to Iris Nazurah. Muah muah:X:X

- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments: