Gigi geraham bongsu yang bakal dicabut

10:49 AM ida ahmad 8 Comments


Zoom in habis.. Yang anak panas merah itulah geraham bongsu yang ditutupi dengan gusi. Lembut ja gusi tu. Saya boleh selak-selak untuk cuci dan check kalau ada kesan makanan. Dekat situ tak sakit. Yang sakitnya, area anak panah biru. Gusi bengkak sampailah ke tekak. Sakit ketika menelan.
Rasanya agak confirm nak buat surgery ni. Cewah.. Walaupun scary, kena juga tempuhinya.

Semalam lepas solat Maghrib, dok ngadu sakit dengan husband. Saya memang tak suka ngadu benda berulang-ulang ni tapi sakitnya memang dirasai seperti baru setiap kali. Kalau selsema, kita tidur, bangun rasa better. Sakit mulut ni, time tidur pun boleh jaga balik sebab sakitnya. Bila pain killer mulai hilang kesan, sakit akan mula rasa. Nak minum air susah, nak telan air liur pun perit. Jadi, saya risau kang suami bosan dok dengar saya mengeluh. So, minta maaf awal-awal.

Alhamdulillah, gigi saya semua ok so far. Nak jumpa dentist pun, time zaman-zaman sekolah ja la. Time dentist datang melawat tu. Tu pun, semua ok ja. Bila dah kahwin, ada la sekali p jumpa dentist ikut husband masa di Miri. Time tu pergi cuci gigi. Lepas tu, nyesal pulak. Macam cuci kat rumah sendiri lagi bersih ja. Haha!! Siap tuduh doktor buat lubang kat gigi. Haha!! Sebab sebelum ni gigi tak pernah sakit dan tak pernah nampak pun lubang tu masa berus gigi. Even lepas tu pun, gigi yang berlubang ceneot tu tak pernah sakit.

Oh, bila saya tanya dekat husband, kenapa saya boleh sakit gigi sedangkan saya jaga gigi dengan baik. Jawabnya, " Allah saja nak bagi rasa, macam mana orang sakit gigi rasa". Betul jugakan. Sana sini orang jumpa dentist pasal sakit gigi. Saya tak pernah rasa semua tu sebab gigi saya sihat sepanjang hidup ni. Gigi geraham ni nak sakit pun, bukan sebab saya tak jaga gigi. Even doktor gigi pun buang geraham bongsu ni. Saya baca blog doktor gigi, kapten Faiz Khaleed angkasawan negara yang no 2 tu.  So, baru la sedar. Oklah, betul la cakap husband saya tu. Jadi, saya lebih redha.

Sapa ada pengalaman cabut gigi geraham bongsu ni?

8 comments:

Ida..aku dah pernah 2-3 kali jugak cabut..syarat utama...relakskan diri time doktor nak inject ubat bius..baru tak sakit..jangan stress sampai mengeraskan badan..the rest you'll be fine..sbb dah bius..hehe

cabut geraham bongsu sekali dgn small surgery kan...huhuhuhu takut...berapa harga kalau gi private clinic? search internet dlm RM600...betul ke? kalau gi hospital kerajaan berapa pulak charge nye? gigi bongsu aku tumbuh senget...pastu agak renggang..so jadi lah tempat makanan berkumpul. doktor suggest cabut gigi bongsu...sebab dia risau akan effect gigi2 lain...so far tak rasa sakit apa2 lah..

ida khairani said...

tq amie. cabut geraham pernah tak?

kat klang ni, ada nak rekomen dentist mana2 tak?

ida khairani said...

adi, aku pun google juga. rate tu la kot or mahal lagi. huhuh. aku rasa kalau tak sakit, ok ja nak simpan. hehe.. sayang woo.. aku ni dok postpone sebab nak kasi chance dia tumbuh tapi every time habis pain killer, mmg rasa nak cabut tapi bengkak aku belum surut.

zenn said...

baru jumpe n3 ni..heheh saje nak share ngan kak ida :)

sy baru je cabut gigi bongsu 3nov lepas..sy buang 4 btg gigi sekaligus dgn GA (bius 1 bdn) 2 btg gigi atas cabut biase dan 2 btg gigi bawah, kena operate..sy buat kt Hosp Putrajaya..xde kena byrn evenpun kena warded sbb sy pakai GL hubby :) bila ubat bius dah abis, baru rase sakit berdenyut2 smpai ke kepala..tp xlame..seminggu je..tu pun kadang2 je sakit..(tgk tahap ketahanan tubuh badan gak).now sy dah bukak jahitan n dah leh makan mcm biase..cume setiap kali makan, kena kumur2 sbb xmo sisa makanan ade dlm gusi yg berlubang tu..saya cadangkan klau nak buang gigi bongsu,kiri dan kanan pakai la GA..klau LA (bius separuh) nnti kite leh dgr n nmpk ape doc buat..pastu sakit pun kena 2 kali..sbb kena buang kiri n kanan :D

Anonymous said...

Zenn,tq for sharing ur experience..btw, GA tu through mask or inject? After u wake up, still tk rasa sakit kan? How long we hv to endure the pain?? My appoinmt with serdang hospital this coming feb...but I'm so scared...

Anonymous said...

Assalamualaikum .. akak ..
kalau jumpa Dr. , dia bagi ubat apa je ?

ida khairani said...

Wsalam. Kalau p klinik biasa, d bagi ubat tahan sakit, ubat demam kalau demam, anti biotik, bonjela pn ya juga.