Bercuti ke Pangkor

8:43 PM ida ahmad 2 Comments

Best dapat bercuti.. Dah lama tak bercuti yang real begini. Terima kasih kepada FIL sebab bagi idea nak ke Lumut. Selamat juga, rumah peranginan Pet tu still available walapun book seminggu sebelum bertolak.

Kami bergerak dalam pukul 12 tengah hari Khamis. Check in time pun pukul 4pm. So oklah. Pagi2 tu sempat basuh, jemur baju dan baru nak packing. Hehehe..

Sampai Lumut dan check in dekat pukul 5pm. Half way high way, half way jalan biasa. Sejam kemudian FIL sampai dari Penang. Malam tu, mak mertua yang masak. Dah lepas Maghrib, pergi menjenguh bilik sebelah, ada lagi sikit nak masak, ayam goreng. So, bawak balik untuk dimasak yang bakinya. Makan best. Ada sambal udang, ayam goreng dan rendang daging. Sakan woo masak sendiri sambil bercuti pun. Rendang tu memamg dah siap dari Penang dengan nasi impit lagi. Malam tu cuma bersantai saja.

Esoknya, lepas makan breakfast yang dimasak fully orang mak mertua(dasar menantu tak pandai masak), kami gerak ke jeti. Sebelum pergi tu, diorang dah bermandi manda di swimming pool. Kami pulak plan nak bersnorkeling di Pangkor.

Feri ke Pangkor pukul 1.30 petang, sampai Jeti Pangkor kami terus jamak takdim. Surau dia cantik, baru lagi. Jetty pun baru dan bersih. Kami sewa teksi van, RM70 untuk round keliling pulau. Tambang dia tak ambil lagi. Bila dah settle petang karang, baru dia ambik.


So, 1st destination ke Kota Belanda, then ke tempat miniture Tembok Besar China. Kat 2-2 tempat just untuk bergambar dan beli sourvenier. Merata jual sourvenior Pangkor ni. Harga tak surelah mana yang murah. Beli pun ikut ala kadar ja. Lepas tu ke kilang jual hasil laut macam keropok, satay ikan dan sebagainya.


Kemudian dah pukul 4, baru sampai ke Teluk Nipah tempat bermandi manda. Bagusnya driver ni park dekat tempat untuk naik boat ke pulau-pulau berdekatan. So terpengaruhlah untuk naik. Lagipun memang teringin nak bersnorkeling. RM70 untuk sewa 1 boat pergi balik.


Boat ni dia bawak jalan ke beberapa pulau berdekatan. Yang ibu ingat, Pulau Monyet sebab banyak monyet, Pulau yang ada batu shape kepala buaya, Pulau yang ada shape kepala penyu. Then, dia bawa ke satu pulau untuk bersnorkeling sebab banyak ikan cantik. Tapi ramainya umat dan tak ada beach untuk budak-budak bermain. So, kami minta dia drop di bahagian pulau tu yg ada beach. Airnya tak la sejernih Pulau Gaya, Sabah atau Pulau Kapas, Terengganu, ikan pun tak nampak. Batu karang banyaklah.


So, dalam pukul 5 lebih tu, bila boat datang ambil, dia bawak pergi untuk bagi ikan di tempat yang banyak ikan dan umat tu. Ikan pun dah kenyang sebab dah petang dan ramai orang dok sedekah makanan. Jadinya, ikan tak nak muncul. Ibu dan abah pun bergilir terjun untuk snorkeling dalam seminit dua. Orang lain stay atas boat.


Seram jugalah. Ibu ni memang tak pandai berenang. Even pakai safety jaket still tak confident. Ni boat berenti, sah-sah tempat tak cecah kaki. Last-last, ibu meniti tali pelampung sempadan area tu ke tempat yang agak confident nak berenang. Ohh..lega2x..nampak juga ikan.

Akhirnya selamat juga berenang ke boat tanpa bantuan tali pelampung tu. Nyawa-nyawa ikan ja tu tapi nak berlagak soh pak mertua ambil gambar. Ala-ala scuba diving gitu.





Kami tiba di Teluk Nipah dalam pukul 5.40. So sempat untuk mandi dan salin baju dan beli sourvenior lagi. Pukul 6, gerak balik ke jeti. Pukul 7 sampai seberang sana, jeti Lumut. Kedai banyak nak tutup tapi kami singgah makan di satu kedai tu. Sedap jugalah. Ada yang order chow kueh teow, laksa, nasi goreng tomyam, ais kacang, teh tarik.. Sekali hujan turun lebat gila. Kami pun makan laju nak mampus.

Sepatutnya malam tu nak berbeku tapi semua kepenatan. Anak-anak ibu, Iris dan Nazhan dah hanyut dibuai mimpi tak ingat apa dah. Mandi pun tak. Ibu tukarkan baju pun tak sedar. Abah dan ibu ja malam itu berjaga tapi kami pun tak larat. So layan tengok tv dan komputer ja la. Pukul 11 lebih, Iris dah panggil soh masuk tidur.

Esoknya, hari terakhir sebelum pulang. Buat sekian kalinya, mak mertua yang baik hati yang siapkan breakfast. Memang terbaiklah. Menantu dia memang tak berapa boleh diharap part masak-masak ni. Part makan ok. Lepas breakfast, diorang nak p mandi swimming pool tapi Nazhan dah surrendar. So, ibu bagi green light kat abah untuk pergi bermandi manda tanpa anak-anak. Heaven abah..

Mesti buat terjunan maut, kuak lentang semua tu. Lepas lunch dan solat, kami gerak ke pekan Lumut untuk shopping kononnya. Beli lebih kurang ja la. Mahal pula rasa dekat sini. Then pukul 3.30pm, baru masing-masing gerak balik. Family in law ke Penang, kami ke Klang.

Perjalanan balik rasa lama gila. Selalu time balik rasa cepatkan. Mungkin kami ikut jalan lain kot. Tah la. Bergantung pada GPS semata. Pukul 7, singgal tol setia alam untuk solat jamak dan terus dinner di luar. Balik untuk berehat sahaja. Best2.. short and sweet holiday 3 days 2 night.


2 comments:

Yantie said...

bestnya p pangkor..aku dh lama tak bercuti kat pulau...asik2 tanah tinggi..maklumla dok kat tengah2 banjaran...hahaha

ida khairani said...

Yantie, datanglah ke Pulau Pinang. Hahaha!!!